Kejamnya bapa ini, tergamak dia merogol bayi perempuannya yang baru berusia 10 bulan. Apakah dia punya nafsu lebih teruk dari binatang hingga sanggup merogol dan membiarkan bayi 10 bulan mati begitu sahaja.
Malah selepas dirogol dan anaknya tidak sedarkan diri, sempat dia membuat carian di google ‘bagaimana untuk tahu bayi sudah meninggal’ dan ‘bagaimana jika tidak mendengar degupan jantung bayi’ dan hanya membuat panggilan 911 sejam selepas itu.
Dirogol bapa yang merupakan jurulatih bolasepak
Austin Stevens kini didakwa dengan kesalah serangan seksual yang kejam & merogol anaknya yang bernama Zara Scruggs.
Mengikut laporan Daily Mail, Stevens merogol bayi 10 bulan itu ketika menjaganya pada malam Sabtu.
Polis menjumpai lampin Zara yang dipakai selepas dirogol itu penuh dengan darah. Hasil siasatan juga mendapati carian Google di telefon bimbit Steven penuh dengan subjek seperti ‘bagaimana jika bayi berhenti bernafas,’ juga di laman sosial Instagram, Steven sempat berkongsi gambar dan mesej dengan dua wanita berkaitan anaknya yang sudah terlantar tidak bernyawa.
Mengikut laporan bedah siasat, bayi 10 bulan itu yang baru sahaja belajar berjalan, mengalami trauma di bahagian rektum dubur dan trauma benda tumpul di bahagian kepala.
Kes ini boleh dikatakan terlalu kejam, sukar untuk dibayangkan bayi ini yang mengalami trauma ketika dirogol malah dibiarkan mati kerana bapanya lambat bertindak untuk hubungi ambulan.
Apa itu penderaan seksual kanak-kanak?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penderaan seksual kanak-kanak adalah “apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks dan seringkali kanak-kanak atau remaja tak faham tentang situasi ini atau tak dapat menghalang/mengelak dari situasi tersebut.”
Penderaan seksual termasuk pendedahan kepada kelakuan tak senonoh dan tak sopan, pornografi, sentuhan di payudara, kemaluan, atau melancap dan semua jenis kelakuan seks termasuk oral, faraj dan dubur.
Kesan penderaan pada kanak-kanak boleh memberi implikasi serta-merta atau jangka panjang pada tahap fizikal, emosi dah psikologi.
Biasanya kita sukar untuk tahu dan sedar jika seorang kanak-kanak telah didera secara seksual. Ini kerana penderaan seksual biasanya berlaku secara rahsia, atau anak itu, lebih-lebih lagi yang masih sangat kecil, tak sedar yang mereka sedang didera.
Kanak-kanak biasanya tak akan beritahu kita jika ada sesuatu yang mengganggu mereka. Oleh itu, kita perlu memerhatikan perubahan pada sikap anak yang mungkin menunjukkan tanda penderaan seksual.
Berikut adalah beberapa tanda penderaan seksual pada anak yang boleh anda perhatikan:
Perubahan sikap seperti cepat marah, menangis atau menyendiri
Tekanan dan depresi meningkat
Takut ketika berseorangan dengan seseorang
Menunjukkan sikap yang tidak sesuai dengan umur atau tahu tentang bahasa atau perbuatan seksual
Simptom jangka panjang yang boleh berkekalan hingga meningkat dewasa adalah:
Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)
Depresi dan keinginan untuk membunuh diri
Masalah dan tekanan seksual
Bermasalah dalam berhubungan
Kurang keyakinan diri dan tak menjaga penampilan diri
Ketagih dadah atau alkohol, suka mencederakan diri sendiri dan gangguan makan
Salah satu cara untuk mencegah penderaan seksual pada kanak-kanak adalah meningkatkan kesedaran dan menyiapkan anak anda dengan skil melindung diri.
Penderaan seksual kanak-kanak: Bagaimana nak bercakap dengan anak tentang penderaan seksual?
Dalam artikel untuk Huffington Post, Mary L. Pulido, Pengarah Eksekutif Masyarakat New York dari Jabatan Pencegahan Kekejaman Terhadap Kanak-Kanak berkata, ibu bapa perlu mula mendidik anak-anak tentang penderaan seksual dan bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka seawal yang mungkin.
Salah satu cara yang anda boleh lakukan dari awal adalah dengan merujuk bahagian peribadi anak anda dengan anatomi yang betul: zakar, faraj, punggung dan payudara.
Jika anda tak selesa, anda boleh rujuk sebagai “bahagian peribadi/sulit”. Ini akan memudahkan anda untuk bercakap tentang cara untuk melindungi diri mereka dari pemangsa bila tiba masa yang sesuai.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Daily Mail
Baca juga:
Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!