Bayi 3 Bulan Tiba-Tiba Tak Nak Menyusu, Ibu Jangan Panik Dulu, Itu Tanda Sensori Anak Sedang Berkembang Baik

Anda mungkin hairan, kerana bayi 3 bulan anda tidak mahu menyusu. Tiba-tiba saja dia menolak direct feed atau kurang menyusu. Ini sebabnya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda pernah alami perkara ini? Bayi anda tiba-tiba tidak mahu menyusu atau kurang menyusu ketika usia 3 bulan? Anda pasti risau kerana sebelum ini elok saja dia mahu menyusu. Tapi bila bayi 3 bulan, tiba-tiba dia tak mahu. 

Jangan panik dulu ibu, itu tandanya sensori anak anda sedang berkembang dengan baik. Disebabkan itu, dia mula merasakan pelbagai jenis tindak balas yang sebelum ini dia tidak rasakan ketika proses menyusu.

Bayi 3 bulan tak mahu menyusu, ibu jangan panik dulu

Tenang ibu. Usah gelisah. Kami kongsikan apa kata pakar mengenai keadaan tiba-tiba bayi 3 bulan tidak mahu menyusu, kurang susu atau tolak direct feed. 

Menurut pakar, jika anda alami tiba-tiba anak enggan direct feed pada usia ini, ia bukanlah tanda anak mahu berhenti penyusuan ibu. Ia juga bukanlah tanda anak mahu beralih minum dari botol.

Selain itu, jika anak minum susu formula atau daripada botol, tiba-tiba kurang menyusu dan nampak marah-marah bila disusukan dalam keadaan sedar, ia bukanlah tanda mereka sakit atau nak tukar susu.

Sensori anak sedang berkembang baik 

Anak kecil ini sebenarnya sedang bergelut memahami deria sensorinya yang semakin canggih. Yang mana jika sebelum ini tiada tidak boleh rasakan sesetengah rasa, kali ini dia sudah boleh rasainya. 

Ibaratnya, sensori anak ketika ini semakin canggih. Disebabkan itu dia jadi pelik jika dia sudah boleh merasai pelbagai rasa dan rasa itu berubah daripada sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu jangan terlalu susah hati

Ibu dinsasihatkan jangan sampai biarkan rasa susah hati ibu dan rasa risau ibu membuat ibu tolong fikirkan bagi pihak anak kononnya anak tak mahu direct feed atau sudah mahu berhenti penyusuan ibu. 

Jangan tak tahu ya, anak berperangai sukar secara on-off ketika waktu membesar ini, adalah tanda dia normal dan sihat.

Bukan selera makan anak saja yang kadang kala berubah atau terjejas di sepanjang waktu membesar, kualiti tidur serta ragam dan tangisan anak juga ada naik turunya. Ini kerana mereka normal dan naik turun itu adalah lumrah dan normal untuk mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anak yang sudah meningkat besar seperti umur setahun dan ke atas juga kadang kala kita perasan berubah-ubah selera mereka. Ada yang dulu terlalu sukakan sup, tiba-tiba kini dia sudah tak mahu makan sup. 

Mahu bertukar kepada menu lain pula. Jadi ibu-ibu jangan cepat panik, itu tanda sensori anak anda sedang berkembang pesat dan dalam proses menyesuaikan dengan keadaan rasa baru. 

Jangan paksa, layankan saja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar, dunia ini terlalu canggih buat anak. Dunia ini juga terlalu asing buat anak. Usah tambah kesukaran anak dengan sikap gabra, paksa- memaksa, resah, marah-marah dan sedih berlebihan ibu bapa. Satu nasihat terbaik pernah saya terima satu masa dulu dan kini saya panjangkan pula kepada ibu bapa lain.

Kemahiran yang paling penting perlu dimiliki ibu bapa adalah bertenang. Bila ibu bapa ada sikap tenang, ibu bapa dapat berfikir dengan lebih rasional malah lebih hebat mengawal situasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak kecil mahukan ibubapa yang boleh diharapkan dan ia mustahil dapat diberikan oleh ibu bapa yang sering resah gelisah.

Keadaan memaksa anak makan akan membuatkan anak lebih menolak apa yang kita beri padanya. Sama seperti orang dewasa, jika kita tidak mahu atau tidak menyukai sesuatu makanan, pasti kita akan menolak dan marah jika dipaksa untuk makan atau habiskan juga.

Ini sama juga seperti anak, walaupun mereka masih kecil, deria rasa sudah ada dan dia juga boleh rasai apa yang dia sukai dan tidak suka. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bahaya ‘Microsleep’ Jika Ibu Terlelap Sekejap Ketika Menyusu, Ini Cara Mengatasi

Baca juga: 5 Tips Diet Untuk Menyusu Agar Boleh Kurangkan Berat Badan Semasa Menyusu

Baca juga: 6 Resepi Air Detox Sesuai Untuk Ibu Menyusu, Cubalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar