Jika sebelum ini ibu-ibu sering diingatkan supaya memberikan bayi bawah enam bulan minum susu sahaja, namun mungkin ada orang sekeliling berasa kasihan melihat si kecil ‘terliur’ sehingga memberikan bayi 4 bulan makan tanpa kebenaran ibu ayahnya.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bayi 4 bulan makan kurma dan buah pir, alami cirit-birit lebih 30 kali
- Bayi 4 bulan makan, ibu terkilan bila ada yang cakap cuma ”bagi anak rasa”
Bayi 4 bulan makan kurma dan buah pir, alami cirit-birit lebih 30 kali
Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Uda Meknul meluahkan rasa terkilan apabila melihat keadaan anaknya yang mengalami berak berdarah dan cirit-birit.
Doakan baby Uda sihat. Stres kalau orang pandai-pandai usik baby kita. Ikutkan hati nak je Uda saman.
baby bawah enam bulan jangan nak memandai bagi makan, nak bagi dia rasa segala tok nenek faham? Ini anak orang, bukan anak hang!
Sekarang baby dah kena masuk wad sebab berak berdarah. Bila kita marah, mengamuk bolehla cakap konon orang dulu Okay je. Orang bandar tak reti apa?
Penangan konon nak bagi ”rasa” kurma dan buah pear lah ni. Lain kali buat dekat anak sendiri jangan usik anak orang!
Ingat baby tu besar gemuk gedabak dia dah boleh makan ke? Dia baru empat bulan kot! Kenapa tak suap asam pedas ke, McD atau KFC!
Bayi 4 bulan makan, ibu terkilan bila ada yang cakap cuma ”bagi anak rasa”
Terkini: Baby cirit-birit lebih dari 30 kali. Cirit berdarah pun banyak kali. Kita yang dewasa ni kalau cirit 3,4 kali pun dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita. Ini kan pula baby cirit 3o kali.
Lemahnya semangat bila tengok anak yang ditunggu selama 8 tahun jadi macam ni.
Tidur di sinilah malam ni. Allahu, kelam kabut rasa. Dengan anak nak sekolah dengan kerja lagi.
Kerana ”bagi rasa je” tu tengok lah betapa susah dan ganggunya aktiviti harian orang.
Kalau kita cakap nanti kata kita tak hormat orang tu. Awak tu hanya kenalan je, bukan family atau ada pertalian darah pun.
Jadi jangan pandai-pandai nak usik anak orang. Nak bagi itu ini. Tanya parents dia dulu.
Harap parents lain alert dan tegas dengan anak masing-masing. Kalau boleh jangan bagi orang sentuh baby pun.
Biarlah nak cakap apa sebab sakit kita anak-beranak yang menanggung.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Kecewa Mentua Suap Bayi 3 Hari Makan Solid Food, Dada Jadi Bengkak & Naik Ruam
Baca juga: Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Minum Air Kosong, Bahayakan Nyawa!
Baca juga: Ibu Ini Menyesal Tak Sudah Sering Beri Anak Makan Processed Food, Ikuti Perkongsiannya…