“Allahuakbar” itulah jeritan bapa mangsa apabila panik melihat bayi 9 bulan yang mati dalam kereta.
Bayi 9 bulan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya dalam kenderaan miliknya di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota di sini pada tengah hari tadi.
Kejadian di tapak meletak kenderaan kompleks itu disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat dan mahu memasuki dalam keretanya.
Bayi 9 bulan mati dalam kereta, polis masih buat siasatan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor Yusof Ali semasa dihubungi pihak media mengesahkan kejadian, namun kes masih menunggu laporan penuh siasatan.
Semasa kejadian, setelah menyedari bahawa anaknya berada dalam kereta bapa mangsa yang ketika itu panik hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam yang berhampiran kawasan itu.
Mangsa kemudiannya dibawa orang awam ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dengan menaiki motosikal sebelum disahkan meninggal dunia.
Fungsi Child Lock dalam kereta
Boleh dikatakan masih ramai pengguna kenderaan khususnya kereta tidak tahu akan fungsi Child Lock pintu yang biasa terdapat pada pintu di belakang sama ada kanan mahupun sebelah kiri.
Fungsi Child Lock itu sebenarnya adalah supaya penumpang yang berada di kerusi belakang yang biasanya diduduki anak kecil agar tidak boleh membuka pintu dari dalam kenderaan.
Hal ini kerana, bimbang semasa kenderaan sedang bergerak, anak-anak membuka pintu kereta hingga mengakibatkan bahaya pada pengguna jalan raya yang lain mahupun dirinya sendiri.
Kerana sifat anak kecil yang aktif itu mempunyai rasa ingin tahu yang membuak-buak maka biasanya mereka suka bermain dan memegang lock kunci kereta hingga tak sedar mereka cuba membuka pintu kereta tanpa ibu bapa sedari.
Atas kesedaran itu, setiap kenderaan yang dikeluarkan mestilah dilengkapi dengan System Child Lock ini.
Child Lock ini terletak pada tengah pintu kereta dan terdapat tuas kecil yang boleh dinaik dan diturunkan. Biasanya, ia dilabel dengan petunjuk Lock dan Unlock.
Jika tuas itu ditekan pada posisi Lock maka pintu tidak boleh dibuka dari dalam kereta tapi ia hanya boleh dibuka di luar kenderaan.
Sekiranya anda menukar posisi tuas pada unlock maka pintu akan kembali normal dan boleh dibuka sama ada dari dalam mahupun di luar kenderaan itu.
Sekararang, cuba tengok kenderaan anda, adakah Child Lock ini telah dipasang dengan betul?
Cara nak elak lupa anak dalam kereta
Untuk mengekang kes terlupa atau tertinggal anak dalam kenderaan sehingga mengakibatkan kematian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggaris beberapa panduan untuk ibu bapa.
Langkah pencegahan yang disarankan adalah meletakkan kanak-kanak atau bayi di dalam kerusi khas di tempat duduk depan.
Seterusnya, kanak-kanak yang sedikit besar diwajibkan memakai tali pinggang kaledar dengan kemas selain tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang khususnya di belakang kerusi pemandu kerana ini adalah titik buta.
Selain itu, ibu bapa juga disarankan meletakkan barang penting seperti beg tangan, telefon bimbit, beg duit atau apa saja di bahagian belakang atau di ruang kaki penumpang.
Jika tidak letakkan beg anak di tempat duduk hadapan supaya mengingatkan anda tentang kehadiran anak dalam kenderaan.
***************
Dalam kita sibuk tentang coronavirus, demam Influenza dan car seat baby, rupa-rupanya insiden kematian anak dalam kereta masih lagi berulang seperti kejadian hari ini.
Pesanan kami, jangan lupa tag dan share kan artikel ini bersama suami atau isteri anda supaya kita saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang kepentingan keselamatan anak semasa berada dalam kenderaan.
Apapun, kami di theAsianparent Malaysia berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi di kemudian hari dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Sinar Harian, Kompasiana, Xtra
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comanak-meninggal-dalam-kereta