Bayi Baru Lahir Dipaksa "Menari" Dan Dipanggil "Anak Syaitan"

Kasihan bayi yang baru lahir ini diganggu, dipaksa menari dan dipanggil "anak syaitan" oleh 2 petugas hospital yang tak bertanggungjawab. Kalau anda ibu bapa bayi ini, apa anda buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petugas hospital didakwa mengganggu bayi baru lahir

Baru-baru ini, warga Facebook digemparkan dengan satu video yang mencetus kemarahan ibu bapa.

Video tersebut menunjukkan dua orang petugas hospital mengganggu malah mengejek seorang bayi baru lahir dengan nama "anak syaitan".

Kedua-dua petugas terbabit dikatakan memuat naik gambar bersama kapsyen "anak syaitan" tersebut di Snapchat, sebelum ia disebarkan.

Kredit: Facebook

Mereka bukan saja mengejek bayi baru lahir dengan nama sedemikian, malah mengganggu bayi baru lahir itu dengan mengangkat dan "menarikan" beliau dalam lagu rap.

Jururawat hospital yang mengganggu bayi baru lahir

Pada mulanya, kedua-dua wanita terbabit didakwa sebagai jururawat untuk Tentera Laut. Namun, kenyataan hospital telah dikeluarkan untuk menafikan perkara itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka berdua hanyalah petugas hospital junior dan kini telah dipecat selepas video tersebut tersebar. 

Dalam video itu, seorang wanita didapati mengangkat seorang bayi dan cuba "menarikannya" dengan lagu rap 50 Cent.

Wanita yang merekod video terbabit pula kedengaran ketawa riang di belakang sambil sempat menyebut "matilah kita..."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan Fox 30, bayi tersebut baru saja lahir tak sampai beberapa jam!

Kemudian, mereka memuatnaik gambar bayi tersebut dengan isyarat carutan bersama kapsyen "anak syaitan" ke media sosial Snapchat.

Hospital ditekan untuk memberi kenyataan

Setelah insiden itu mendapat perhatian ramai, pihak hospital ditekan untuk memberi kenyataan berhubung isu kejadian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kenyataan hospital telah keluar pada hari itu juga oleh pihak atasan hospital. Menurut kenyataan, pesalah laku bukanlah seorang jururawat, namun hanya petugas hospital.

Malah, mereka juga telah dipecat (atau dikeluarkan) daripada menguruskan hal-hal penjagaan pesakit. 

Permohonan maaf juga diselit dalam kenyataan tersebut dan pihak hospital menjelaskan tingkah laku tersebut tidak akan dimaafkan. 

Reaksi ibu bapa terhadap isu bayi baru lahir ini

Ramai ibu bapa yang marah dengan kejadian itu. Petugas hospital terbabit dikatakan "kejam" dan sangat mengotorkan.

Lihat saja kukunya yang panjang itu memegang bayi baru lahir! Bagaimana kalau bayi itu tercedera? Terkena jangkitan kuman?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjagaan bayi baru lahir di hospital

Malah isu ini mendatangkan kerisauan pada ibu bapa yang akan menimang cahaya mata kelak. 

Bagaimana dengan penjagaan bayi baru lahir di hospital? Adakah orang tak dikenali boleh sewenang-wenangnya mendapat kebebasan untuk menghampiri dan mengganggu bayi tersebut?

Menurut Cleveland Clinic, sebaik saja bayi anda dilahirkan, doktor akan menyedut mulut dan hidungnya untuk membuang mukus dan cecair amniotik. 

Kredit: Newcastle Hospitals

Kemudian, si manja anda boleh mula bernafas dengan sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas itu, doktor akan memotong uri dan melakukan pemeriksaan Apgar untuk melihat denyutan nadi, warna kulit, respon reflex, pergerakan otot dan pernafasan bayi.

Bayi baru lahir juga akan diberi titisan antibiotik mata untuk mengelak jangkitan mata. Vitamin K juga diberi untuk mengelak masalah. 

Jika bayi lahir pramatang, mereka akan dihantar ke NICU, atau unit rawatan rapi untuk bayi baru lahir, kerana mereka berisiko terkena jangkitan. 

Biasanya, bayi yang baru lahir dan tanpa sebarang jangkitan boleh kembali ke pangkuan ibu selepas 1 hingga 2 jam.

Semoga kejadian seperti ini tak berulang lagi.

Sumber rujukan: Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

 

Penulis

Ayu Idris