Waspada, Ini 9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Disebabkan ASAP ROKOK!

Ini ciri-ciri bayi batuk disebabkan asap rokok, waspada ibu ayah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tak risau bila tengok bayi baru lahir batuk tak henti-henti. Aduh, kenapa agaknya ya?

Ini kerana ada beberapa kes bayi meninggal kerana terlambat menerima rawatan akibat jangkitan infeksi. Salah satunya disebut pneumonia atau infeksi paru-paru.

Antara faktor yang sering menyebabkan bayi baru lahir batuk adalah disebabkan asap rokok. Berikut tanda-tanda bayi baru lahir batuk gara-gara asap rokok yang ingin kami kongsikan:

9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Kerana Asap Rokok

Ini beberapa tanda-tanda bayi batuk yang berpunca daripada asap rokok, jadi ibu ayah harus lebih berhati-hati semasa membawa si kecil keluar dan tidak terdedah dengan bahaya ini. 

#1. Bayi mengalami demam tinggi

Simptom utama yang sering dialami bayi adalah pneumonia hingga si kecil mengalami demam tinggi yang bersuhu 39 darjah dan ke atas.

Apatah lagi, demam ini memang sedikit sukar nak turun suhunya dalam beberapa hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, demam yang tinggi ini bukan hanya berpunca dari asap rokok semata-mata tapi disebabkan terkena virus juga boleh menyebabkan ia berlaku.

#2. Batuk hampir setiap hari

Ciri-ciri yang berikutnya adalah bayi dilihat batuk kering hampir setiap hari diikuti dengan kahak dan lendir. Malah kahak yang keluar bukan berwarna putih tapi seakan warna hijau atau kekuningan. Jadi hati-hati!

#3. Bayi susah nak bernafas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda perhatikan semasa si kecil bernafas, apakah dia mudah bernafas atau sebaliknya. Jika nampak payah, mungkin disebabkan asap rokok malah nafasnya juga tercungap-cungap dan mengeluarkan bunyi.

Meskipun itu, gejala ini mungkin sama seperti asma jadi lebih baik anda segera bawa anak berjumpa doktor.

#4. Selalu muntah-muntah

Muntah-muntah ini boleh juga disebabkan lebihan susu ibu yang diberikan pada bayi. Namun boleh jadi juga berpunca dari asap rokok jika berada di persekitaran tersebut.

Sekaligus, ia boleh membuatkan bayi sukar bernafas dengan baik. Langkah awal yang boleh dilakukan adalah tetap biarkan bayi menyusu supaya tubuhnya tetap dehidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Paru-paru warna putih

Jika melakukan rontgen atau X-Ray pada bayi dibahagian paru-paru maka kita dapat melihat keadaan warna paru-paru bayi itu.

Jika hasil keputusan menunjukkan paru-paru berwarna putih atau tidak gelap ini bermaksud bayi terkena infeksi paru-paru. Penyebab utama adalah asap rokok.

#6. Bayi menjadi lebih diam

Jika bayi seakan menjadi diam ini memang patut kita curigai. Malah si kecil itu juga tidak aktif seperti selalu. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak betul telah berlaku ke atas tubuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Hilang selera makan

Bayi yang sedang sakit biasanya menolak makanan termasuklah susu badan. Hal tersebut berlaku disebabkan si kecil rasa tak sedap badan lalu hilang nafsu makan.

Jadi sebaiknya rujuk kepada doktor dan bertanyakan kaedah yang boleh dibuat untuk meningkatkan selera makan bayi.

#8. Warna kuku dan bibir membiru

Untuk kondisi yang lebih teruk, bayi baru lahir bukan hanya batuk sahaja malah anggota tubuhnya juga mengalami perubahan warna contohnya kuku dan bibir mulai membiru akibat kekurangan oksigen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal tersebut disebabkan berlakunya penyumbatan pada bahagian paru-paru bayi dan sebaiknya anda segera bawa si kecil ke hospital bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tak diingini.

#9. Bayi selalu berpeluh sepanjang hari

Bayi dilihat sering berpeluh sepanjang hari juga adalah berpunca disebabkan asap rokok. Ini merupakan tanda bahawa sistem pengeluaran racun dalam tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jika ini berterusan pasti bayi rasa tak selesa dan sebagainya.

Justeru, inilah ciri-ciri bayi baru lahir batuk disebabkan asap rokok. Jika muncul salah satu tanda, segera lihat persekitaran anda jika ada seseorang yang sedang merokok. 

Sebaiknya elakkan bayi berdekatan dengan kawasan yang terdedah dengan asap rokok ini supaya kesihatannya terpelihara dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan suami anda. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: hamil.co.id

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkenapa-bayi-batuk