Tolong! Bayi baru lahir saya tidak ingin menyusu!

Langkah-langkah untuk mengurut bahagian mulut bayi untuk menguatkan otot-otot muka serta cara-cara lain untuk merangsangkan bayi baru lahir untuk menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang paling membimbangkan ibu baru adalah apabila bayi baru lahir mereka tidak mahu menyusu. Sering kali selepas kelahiran, bayi akan kelihatan sangat mengantuk dan tidak berminat untuk menyusu.

Walaupun bayi itu sudah melekap pada payudara ibu, dia tidak menghisap susu ibunya.

Terdapat beberapa sebab mengapa ini boleh berlaku. Mari kita bincangkan dan saya juga akan kongsi beberapa tip yang boleh membantu ibu-ibu baru mengatasi masalah ini.

Mengapa bayi lahir tidak mahu menyusu?

Ibu baru perlu ingat, jika bayi lahir anda tidak ingin menyusu, pasti ada sesuatu yang menghalang bayi tersebut dari menyusu.

Tidak pernah ada bayi yang akan menolak payudara ibu, kerana dia pun tahu susu ibu paling best!

Banyak faktor yang boleh menyebabkan bayi anda tidak mahu menyusu selepas kelahiran:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

pembedahan C-Seksyen. Sumber gambar: Pinterest

  • C-seksyen: bayi yang dilahirkan melalui c-seksyen akan berasa sangat mengantuk selama dua hari pertama. “Ubat bius yang diberikan kepada ibu boleh menyebabkan bayi lembap dan mengantuk,” jelas Dr. Dolan.
  • Persalinan yang sukar: selepas kelahiran normal dengan proses bersalin yang panjang dan sukar, bayi selalunya agak letih dan perlu berehat sedikit.
  • Ubat penahan sakit yang telah diberikan pada ibu mungkin akan membuat bayi itu mengantuk. Ini termasuk ubat Epidural! Kesan yang paling teruk adalah penggunaan ubat sakit narkotik seperti pethidine.
  • Pra-matang: jika bayi dilahirkan kurang dari 37 minggu, ada kemungkinan besar kemahiran bayi itu untuk menyusu belum matang 100%. 
  • Bayi yang dipisahkan dari ibu: jika bayi baru lahir telah dipisahkan dari ibu, ini akan menyebabkan bayi rasa tertekan, dan ini boleh menjejaskan penyusuan.
Bagaimana untuk mengalakkan bayi untuk menyusu

Mula dengan kaedah skin-to-skin 

Gunakan sentuhan skin-to-skin atau kulit-ke-kulit sehingga bayi itu mula hisap sendiri. Pendek kata, sentuhan skin-to-skin boleh merangsangkan badan bayi untuk mula menyusu.

Ia adalah kaedah yang paling berkesan serta boleh memastikan paras gula darah bayi tidak jatuh dan bayi tidak terlalu sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan bayi anda lebih mengantuk.

Picit sedikit susu dari payu dara ibu

Sumber infografik dari naturealmom.com

Orang lain mungkin akan memberitahu ibu untuk memberikan botol susu. Jangan putus asa, picit sedikit susu dari payu dara ibu dan cuba lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam tempoh 24 jam pertama, bayi tidak memerlukan susu yang banyak. Bayi anda tidak akan mati kelaparan, tetapi ibu bapa perlulah perihatin tanda-tanda bayi dehidrasi.

Dapatkan bantuan pakar, kalau kurang pasti badan menghasilkan susu yang secukupnya ataupun tidak.

Jika bayi anda belum mendapatkan susu ibu 6-8 jam selepas kelahiran, ibu boleh mula memerahkan susu payudara untuk meningkatkan pengeluaran susu badan.

Ia mungkin lebih senang untuk memerah dengan tangan daripada menggunakan pam disebabkan payu dara yang penuh dan kembang. Jangan bimbang kalau setitik dua saja yang keluar, ini perkara yang biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan jari yang bersih, suapkan kepada bayi anda. Jika ibu berjaya mendapatkan lebih daripada beberapa titik, picagari, sudu teh atau cawan kecil boleh digunakan untuk memberi susu kepada bayi. 

Terus mengepam sekurang-kurangnya 8 kali setiap 24 jam untuk menghasilkan bekalan susu yang lebih.

Cara untuk merangsang otot menghisap pada bayi

Kadang-kadang, otot pada muka bayi memerlukan sedikit rangsangan untuk mula menghisap.

Dengan menggunakan jari telunjuk anda, urut muka bayi dengan perlahan-lahan pada bahagian-bahagian berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber infografik dari loveandbreastmilk.com

  1. Urut pipi bayi mengikut garisan lurus dari pusat telinga ke sudut mulut.
  2. Urut bahagian atas bibir bayi, bermula dari pusat bibir ke sudut mulut (ulang untuk kedua-dua belah kanan dan kiri).
  3. Urut bahagian bawah bibir dari kiri ke kanan dengan ulang alik.
  4. Letakkan jari anda di bawah dagu bayi dan urut perlahan-lahan dengan menggunakan gerakan membulat yang kecil – ini akan merangsang lidah bayi dari bawah.
  5. Menepuk dengan jari anda untuk merangsangkan bibir bayi. Jika bayi membuka mulut dan terus rooting, biarkan bayi hisap jari anda untuk seketika. Apabila bayi mula menghisap dengan baik, keluarkan jari dan arahkan mulutnya ke puting ibu.

Sumber: Love and Breastmilk, Cafe Mom, Natureal Mom

Penulis

Rosanna Chio