Kasihannya… Pihak berkuasa telah menyelamatkan bayi baru lahir terbiar di China. Penduduk menjumpai bayi baru lahir terbiar ini di halaman kotor dengan tali pusat dan uri masih melekat pada bayi malang terbabit.
Bayi baru lahir terbiar selepas dicampak melepasi tembok
Syukur, bayi ini kini dalam keadaan stabil dan para doktor sedang menanti dia sembuh sepenuhnya.
Polis juga meminta orang ramai untuk berkongsi maklumat yang mereka tahu tentang ibu bapa bayi ini. Mereka akan didakwa kerana mengabaikan bayi.
Di China, bayi perempuan terbiar adalah satu perkara yang agak biasa kerana amalan mereka lebih suka mempunyai anak lelaki dari anak perempuan.
Ramai pasangan telah menunjukkan minat untuk mengambil bayi baru lahir terbiar ini sebagai anak angkat
Gambar dan video bayi baru lahir terbiar ini juga telah tular di media sosial.
Sejak berita tentang bayi baru lahir terbiar ini tersebar di sosial media Cina, ramai orang sudah melawat bayi ini.
Ramai pasangan yang menyatakan keinginan mereka untuk mengambil bayi ini sebagai anak angkat. Harapnya bayi ini ditempatkan dalam keluarga yang penyayang dan akan menjaganya dengan baik.
Jika anda ingin melihat bagaimana bayi baru lahir terbiar ini ditemui, sila tonton rakaman video di bawah ini.
Amaran: Video mengandungi kandungan sensitif yang tidak sesuai untuk semua orang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber dari: theAsianparent Singapore
Baca juga:
Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah – Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!