Selamatkah jika gerakan bayi dalam kandungan terlalu agresif?
Pernahkah anda rasa bayi anda seperti terlalu agresif di dalam rahim anda? Dan pernahkan terlintas sama ada ianya selamat atau tidak?
Cuba anda lihat video ini, pergerakan bayi ini terlalu agresif hingga menyebabkan perut ibunya bergerak ke kiri dan ke kanan bagaikan bakal terkeluar.
Video di atas telah ditonton lebih empat juta kali dan mendapat beratus komen dari pengguna Facebook. Ramai yang terkejut bagaimana bayi di dalam kandungan ibu tersebut boleh bergerak sedahsyat itu.
Malah adalah juga yang berpendapat, ibu tersebut harus memeriksa kandungan kerana mungkin ada yang tidak kena.
Walaubagaimanapun, menurut seorang bidan berpengalaman di Hospital Plymouth, Clare Herbert, pergerakan bayi yang sangat aktif jarang menunjukan terdapatnya masalah pada sesuatu kehamilan itu.
Tetapi, pergerakan bayi yang dilaporkan kepada doktor atau bidan mungkin memberi signifikasi yang berbeza. Contohnya pergerakan yang aktif namun tiba-tiba tidak aktif untuk satu durasi yang lama.
Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan bayi yang normal?
Sekitar usia kehamilan 16 hingga 22 minggu, ibu hamil akan mula merasai pergerakan bayi. Bagi wanita yang sudah pernah hamil, mereka akan merasakan pergerakan lebih awal. Namun, jika di usia 22 minggu masih belum terasa sebarang pergerakan, segera dapatkan pemeriksaan.
Bermula trimester ketiga, ibu hamil perlu mengira jumlah tendangan bayi. Secara amnya, bayi akan bergerak tidak kurang dari 10 kali di dalam masa dua jam.
Jika kurang dari jumlah ini atau tiada pergerakan dalam jangka masa yang lama, anda harus segera mendapatkan pemeriksaan oleh doktor.
Perubahan yang tiba-tiba pada pergerakan bayi juga menunjukan bayi yang sedang stress atau tidak selesa. Kebiasaannya, bayi yang stress atau tidak selesa akan kurang bergerak.
Walaubagaimanapun, pergerakan drastik secara tiba-tiba juga mungkin tanda ada sesuatu yang tidak kena.
Bagaimana mengendali situasi bayi sedang bergerak?
Pasti ibu-ibu yang hamil tahu bagaimana tidak selesanya keadaan apabila bayi sedang aktif bergerak. Sama ada berehat atau tidur, keduanya tidak selesa.
Antara yang boleh anda lakukan ketika ini ialah; berjalan selama beberapa minit. Ritma dari hasil anda berjalan akan membuatkan bayi lebih tenang dan ingin berehat. (Sama seperti anda menggendong anak anda)
Elakan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman bikarbonat. Ini boleh menyebabkan bayi menjadi lebih aktif mengusap perut anda seperti anda mengusap kepala bayi serta berbualah dengan mereka memasang lagu atau bacaan yang menenangkan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda 🙂
Baca juga: