Apabila bayi berumur setahun, si kecil itu kita akan mula lincah dan semakin bijak. Mereka akan membesar dengan sangat cepat sehingga kita sendiri pun tak perasan!
Jadi, jom hayati fasa bayi si manja dengan melakukan beberapa perkara berikut. Inilah masanya untuk kita menikmati detik indah – sebelum mereka mula berusia setahun!
6 cara menikmati waktu bonding dengan bayi berumur setahun ke bawah
1. Melaram dengan baby carrier
Sebelum bayi berumur setahun, inilah masanya untuk kita mencuba memakai baby carrier. Bila dia sudah semakin besar, kita tak dapat merasa memakainya lagi.
Tugas mendukung bayi memang bukan mudah. Boleh sakit tangan dan pinggang jadinya.
Tapi, segala kesusahan ini pasti berbaloi apabila kita dapat merasai betapa dekatnya anak kita apabila dia menyandarkan kepala ke dada kita!
2. Memakaikan anak dengan baju kostum yang comel
Ya, anda masih dapat memakaikan baju kostum walaupun anak anda sudah berusia 2 atau 3 tahun.
Tapi, ia masih tidak dapat menandingi kecomelan baju kostum bayi! Lagipun, walau anak masih bayi, dia tidak dapat permintaan kita untuk memakaikannya baju kostum teddy bear atau kostum katak yang kiut-miut itu!
3. Bercuti dengan bayi
Walaupun bayi anda tidak dapat mengingati memori percutiannya dengan anda, tapi ia adalah detik indah untuk anda simpan sebagai ibu ayah.
Sebenarnya, bercuti dengan bayi tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu berlapang dada dan berfikiran positif saja.
Yang paling penting, nikmati percutian istimewa anda dengan anak, dia tidak akan kekal menjadi bayi selama-lamanya!
4. Buat rakaman video
Mungkin kita seorang ibu yang suka menangkap gambar comel bayi kita. Tapi, itu saja tidak mencukupi. Buat juga rakaman video.
Bayi mempunyai pelbagai detik pertama dan melalui banyak milestone dalam hidupnya. Tangisan pertama, gelak tawa yang pertama, mandian pertama, dan pelbagai lagi momen indah!
Dengan merakam video, anda pasti dapat melihat semula riak wajah comel, reaksi emosi, dan bunyi tangis dan ketawa si kecil. Sungguh indah sekali untuk dikenang!
5. Kukuhkan hubungan kasih sayang
Sebaik saja kita menerima cahaya mata baru di rumah, kita mudah untuk terperangkap dengan kesibukan menguruskan bayi.
Itu belum termasuk tekanan perasaan, rasa letih, tidak cukup tidur, dan segala rasa sakit yang datang selepas bersalin.
Jadi, sebelum bayi berumur setahun, jom kukuhkan ikatan kasih sayang antara keluarga kita. Contohnya, dengan membuat kenduri meraikan kehadiran bayi dengan suami atau ahli keluarga terdekat.
6. Menulis jurnal atau blog
“Wah, saya ada masa ke nak tulis jornal ketika menjaga bayi di rumah?”
Anda mungkin terfikir tentang hal ini. Manalah ada masa untuk kita menulis. Bayi memerlukan banyak masa dan tenaga.
Tidak juga. Menulis jurnal tidak memerlukan anda membuat satu karangan lengkap. Cukup sekadar anda meluahkan perasaan dan memori indah yang dilalui oleh anda dan bayi anda pada hari itu.
Ia juga memberi manfaat buat si ibu dari segi mengekspresikan perasaan. Selepas bayi berumur setahun nanti, boleh anda baca semula dan mengenang memori lama ketika menjaga bayi anda yang masih kecil itu.
Bila dia sudah besar nanti, kongsikan juga jurnal atau blog anda dengannya!
Sumber: theAsianparent Singapore, Romper, Fit Pregnancy
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Eratkan Ikatan Ibu Bapa Dan Anak Dengan Cadangan Masa Bonding Ini (Bergambar)