Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

Ibu ini sungguh hebat kerana berjaya bersalin bayi seberat 6kg lebih secara normal. Tanpa suntikan epidural atau ubat tahan sakit pula itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau bayi besar, lahir normal atau melalui pembedahan?

Melahirkan bayi yang besar melalui faraj (cara normal) pasti amat sukar.

Tapi apa yang lebih sukar adalah apabila anda tak dapat sebarang suntikan epidural atau ubat tahan sakit lain!

Dan itulah yang terjadi pada ibu yang berasal dari Australia ini.

Tempoh hari, Natashia Corrigan telah melahirkan anak keempatnya, Brian Jr. melalui cara normal. Yang mengejutkan, Brian Jr. seberat 13.5 pound (lebih daripada 6kg) ketika dilahirkan!

Kredit: Inside Edition

Berat itu 2 kali ganda daripada purata berat bayi baru lahir yang biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan penuh hebat, wanita ini meneran dan menolak bayinya keluar tanpa sebarang ubat epidural.

Dia hanya menerima bantuan laughing gas (50% oksigen dan 50% nitrogen oksida) saja!

Ibu hebat yang berjaya mengharungi bayi besar lahir normal

Selepas bersalin, Natashia yang ditemu ramah 7 News First mengutarakan keterujaan beliau selepas berjaya melahirkan bayi besar ini melalui cara normal.

Beliau dipetik mengatakan –

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya memang mahu bayi yang besar dan sekarang saya sudah dapat satu!

Sebelum ini, ibu terbabit telah diberitahu yang anak dalam kandungan beliau sedikit besar. Ini kerana bayi itu sudah seberat 9 pound ketika baru memasuki 36 minggu.

Tapi, Natashia tidak menyangka bayinya seberat ini apabila dilahirkan! Malah, mungkin Brian Jr. adalah bayi yang paling berat pernah dilahirkan di Victoria, Australia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika ditemuramah, Natashia masih terkejut kerana beliau berjaya melahirkan anaknya itu dengan cara normal, dan hanya dengan bantuan gas saja. 

Baby Brian Jr. terpaksa memakai pakaian kanak-kanak yang bersaiz 0, berbanding memakai baju bayi baru lahir.

Tip berguna untuk bayi besar lahir normal

Jika mana-mana ibu mendapati anak dalam kandungan anda lebih besar daripada biasa, dan anda ingin bersalin melalui faraj, ikut tips berguna ini:

  • Bayi yang besar tak bermaksud ada kepala yang besar juga. Ingat: bayi yang besar akan lebih mampat dan senang untuk keluar
  • Ambil posisi yang beri lebih banyak graviti. Contohnya duduk atas kerusi bersalin, berdiri atau squat. Ini bagi anda lebih cepat bersalin

  • Cuba untuk jangan bersandar ketika meneran. Ini agar bayi yang besar lebih mudah melalui saluran beranak
  • Urut perineum anda dengan minyak zaitun untuk mengurangkan risiko terkoyak teruk

Anda pernah mengalami pengalaman yang sama? Kongsikan ia dengan kami!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apapun, kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan tahniah pada Natashia. Ketahuilah, kami amat bangga dengan anda, wahai ibu hebat!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Baca juga:

Kaki bayi ini mencucuk luar rahim ibunya, gerunnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris