Bayi cedera semasa dilahirkan kerana air ketuban, ibu minta bidan minta maaf!

Gara-gara ingin memecahkan air ketuban, kepala bayi baru lahir ini tercedera! Mari semak apa risiko hingga boleh menyebabkan bayi cedera ketika dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa memasuki bilik bersalin, perasaan ibu pasti bercampur baur – cemas, takut dan paling penting anda teruja untuk berjumpa bayi anda. Selama lebih kurang 9 bulan mengandung, tentu anda teruja bakal bertemu anak. Malangnya, bukan semua proses kelahiran berjalan lancar. Seperti ibu ini, bayinya cedera semasa dilahirkan….

Kes Cecily Dantam ini ialah kes kepala bayi cedera akibat cangkuk yang digunakan untuk memecahkan air ketubannya. 

Bayi cedera: Bidan tak sengaja mencederakan kepala bayi ketika memecahkan air ketuban

Gambar hiasan

Sesiapa pun akan trauma jika berada di dalam keadaan ini. Selalunya, pemecahan air ketuban atau amniotomi dilakukan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Dalam kes Dantam, ia dilakukan kerana ‘kantung yang liat‘.

Jika dilakukan dengan betul, lubang kecil akan dibuat pada kantung amniotik dan ini akan membantu merangsang kontraksi.

Namun, pengamal perubat telah silap menjangka kekuatan kantung amniotik Dantam. Dantam akhirnya terkejut melihat kepala bayinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko amniotomi hingga bayi cedera

Amniotomi adalah satu prosedur yang perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana menggunakan cangkuk.

2 jari akan dimasukkan ke dalam vagina untuk memastikan kedudukan cangkuk. Menurut Medscape, jari tengah digunakan sebagai membantu cangkuk memecahkan kantung perlahan-lahan.

Bayi cedera di bahagian kulit kepala

Di dalam kes Dantam, bidan tersebut menyangka beliau telah ‘memecahkan‘ kantung, sedangkan sebenarnya ia adalah kepala bayi.

Dantam mengimbas kembali yang bidan tersebut terus mencucuk menggunakan cangkuk tersebut selama 10 minit dan mengatakan yang ia adalah kantung air ketuban yang paling liat pernah dia jumpa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai yang menganggap ini adalah kesalahan dalam prosedur ini, namun sebenarnya, ini adalah salah satu risiko jika anda terpaksa memecahkan kantung air ketuban menggunakan cangkuk.

Berikut adalah komplikasi yang mungkin terjadi dari prosedur ini:

1. Uri terkeluar (Cord prolapse)

Paling selalu terjadi di mana disebabkan air ketuban keluar terlalu cepat, uri juga turut keluar bersama bayi atau sebelum bayi keluar.

2. Saluran darah pecah (Blood vessel rupture)

Saluran darah terpecah boleh terjadi kerana tidak sengaja terkena semasa prosedur ini. Ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika terjadi ini dan uri terkeluar, pembedahan kecemasan diperlukan.

Gambar hiasan

3. Chorioamnionitis

Jangkitan disebabkan bakteria. Biasa terjadi jika kantung sudah pecah lama.

Bayi cedera: Keluarga bayi masih menunggu pihak hospital memohon maaf

Selepas bersalin, bayi Dantam telah dikejarkan ke NICU kerana gula dalam darah yang rendah, namun luka bayinya itu tidak dirawat. Namun sebarang permohonan maaf tidak diberikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dantam hanya mahukan pihak hospital meminta maaf. Bukanlah sebarang bayaran. Namun tiada sebarang respon.

Malah, Dantam pernah memuat naik amaran kepada ibu bapa lain. Namun amaran tersebut telah diturunkan. 

Kini bayinya sihat dan gembira. Semoga tiada tanda yang kekal. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent SingaporeWKRN.comStanford Children’s Health, ACOGMedscape

Kredit gambar: Daily Mail

Baca juga:

Beginilah proses bersalin czer peringkat demi peringkat, indahnya pengalaman!

Penulis

Aqma