Sekumpulan video rakaman bayi dibalut dalam bedung telah viral apabila bapanya memuat naik video tersebut yang disunting dengan muzik rancak.
Kaden(@KPtheBaby), bayi yang baru berumur 5 bulan itu mempunyai refleks kejut yang kuat, yang dikenali sebagai refleks Moro.
Ini menyebabkan Kaden terjaga dengan kerap pada waktu malam. Apabila dibalut dengan bedung, ia telah membantu Kaden berasa selamat dan tidur dengan lebih baik.
Setiap kali kain bedungnya dibuka, Kaden akan mengangkat tangannya seolah-olah meraikan kebebasannya. Ini telah mendorong bapanya (Kent Siri) untuk menyunting beberapa video Kaden, dengan muzik yang rancak apabila tangannya diangkatkan. Video comel itu sungguh mengelikan hati sehingga telah viral dalam internet.
Apakah itu Refleks Moro
Refleks Moro sama seperti refleks terkejut. Contohnya apabila bayi terdengar bunyi kuat atau benda jatuh. Bayi ni akan terkejut, dan mengejang badannya. Kepala bayi akan digerakkan ke belakang, lengan dan kaki bayi akan terbuka.
Tindakan refleks ini bagaikan naluri yang melindungi kanak-kanak dari bahaya:
- berlaku apabila bayi menerima rangsangan deria yang berlebihan.
- membantu mereka berpaut kepada apa sahaja yang rapat, seperti ibu mereka.
Jika bayi tidak mempunyai refleks Moro, sama ada pada satu atau kedua-dua bahagian badannya, ini mungkin menandakan masalah dalam sistem saraf bayi.
Cara Bedung yang Betul
sumber : DR SITI SCAN
Membedung dengan menyekat pergerakan kaki bayi dan memaksa kaki bayi kekal lurus adalah amalan yang salah. Lebih-lebih lagi jika bayi dibedung dengan terlalu ketat.
Tetapi bagaimana pula apabila kain bedung yang digunakan mudah terlucut atau terlerai bila bayi menggerakkan badannya?
Puncanya cara bedung bayi yang dilakukan tidak tepat. Untuk ibu bapa baru khususnya, infografik ringkas dibawah boleh dijadikan panduan.
- Bentang kain bedung dengan salah satu bucu kain menghala ke atas. Lipat bucu kain menjadi segi tiga. Letakkan bayi pada bahagian segi tiga tadi seperti gambar rajah. Bahagian kain yang dilipat hendaklah sama paras dengan bahunya.
- Turunkan tangan kanan bayi ke sisi badannya. Tarik kain bedung sebelah kanan menyelimuti tangan dan dadanya kemudian selit hujung kain di bawah punggung bayi sebelah kiri.
- Bawa hujung kain bedung bahagian bawah ke arah dada bayi sehingga bahagian bawah berbentuk segi empat.
- Turunkan tangan kiri bayi ke sisi tubuhnya kemudian tarik pula kain bedung sebelah kiri untuk menyelimuti tangan dan dadanya.
- Selitkan hujung kain ke bawah punggung pada sisi kanan tubuh bayi. Selesai.
Ibu bapa dengan bayi yang mempunyai refleks kejut yang kuat ataupun refleks Moro boleh cuba kaedah bedung yang betul untuk membantu anak mereka berasa selamat dan tidur dengan lebih baik.
Sumber: Nested Bean