Bayi comel sejak dari kecil
Maafkan saya, tapi saya rasa semua bayi baru lahir comel. Sudahlah comel, mereka juga ada bau yang sungguh wangi hingga ibu-ibu boleh ketagih.
Tapi bila bercakap tentang bayi yang comel, pasti semua ibu bapa akan mengatakan bayi mereka yang paling comel dan lucu, kan?
Lebih-lebih lagi kalau ada ramai yang memuji betapa comel si kecil itu.
Di Barat, bayi yang comel digelar sebagai “Gerber Baby”. Gerber baby adalah bayi yang memiliki dahi luas, mata besar, pipi atau paha yang gebu dan tembam, malah mempunyai rambut yang kerinting.
Bayi ini dikatakan lebih comel berbanding bayi dengan dahi yang tenggelam, mata kecil atau dagu sedikit besar dan panjang.
Menurut kajian, gerber baby akan lebih dipandang dan menerima lebih senyuman atau pujian daripada masyarakat berbanding bayi yang lain.
Malah, kajian juga membuktikan bayi yang comel akan membesar jadi lebih sosial dan mudah untuk dijaga.
Jadi kalau anak anda adalah salah seorang bayi comel yang selalu mendapat perhatian, pasti anda tertanya-tanya sama ada mereka akan membesar jadi cantik/handsome ke bila besar nanti…
Dan jawapannya ada pada kajian ini.
Kajian tentang bayi comel dan kesannya apabila mereka besar
Sebuah kajian mendapati kanak-kanak berusia 10 tahun yang cantik, comel atau tampan akan cenderung menjadi lebih cantik/handsome apabila mereka dewasa.
Tapi bagaimana dengan bayi comel pula? Adakah mereka akan makin menawan apabila membesar?
Sebuah penelitian yang dilakukan oleh pakar psikologi, Marissa Harrison, Gordon Gallup Jr, dan rakan setugas telah menemui satu jawapan.
Tanggapan yang daya tarikan fizikal (seperti paras rupa) akan berkekalan sepanjang masa (dari kecil hingga besar) adalah tidak benar.
Jadi, walaupun si kecil anda itu amat comel sekarang, tiada kaitan yang mengatakan dia akan membesar jadi cantik atau handsome juga.
Penelitian doktor pakar itu berdasarkan psikologi. Mereka menggunakan buku tahunan sekolah untuk melihat hampir 108 alumni sekolah.
Kesemua alumni sekolah terbabit mempunyai gambar ketika mereka masih bayi yang disertakan dalam buku tahunan sekolah.
Selepas itu, pakar meminta beberapa mahasiswa untuk memberi penilaian tentang daya tarikan alumni itu ketika mereka masih kecil dan dewasa.
Hasilnya, tiada kaitan antara daya tarikan ketika masih bayi, dan daya tarikan ketika sudah dewasa.
Ada anak yang comot ketika kecil dulu, sekarang berubah menjadi cantik dan tampan. Ada juga yang sebaliknya.
Namun, perilaku individu masih kekal sama. Contohnya, anak yang sedikit kekok ketika berhadapan dengan orang ramai akan kekal kekok apabila mereka membesar.
Hargai waktu dengan bayi yang comel itu
Penelitian yang dilakukan itu menunjukkan daya tarikan ketika masih bayi mampu membuatkan ramai orang jatuh hati pada bayi comel.
Tapi, hal ini tidak bermaksud bayi itu akan kekal menarik apabila dewasa.
Jadi ibu bapa semua, nikmatilah waktu bayi anda menjadi perhatian sekarang. Tengok betapa comel dan lucunya dia. Ambil gambar sebanyak mungkin.
Ini kerana mereka mungkin akan membesar dan memiliki daya tarikan yang berbeza. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia dan Psychology Today
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkoleksi-gambar-bayi-comel-yang-akan-membuatkan-anda-geram/