Bayi diberi nama Mina sempena tempat kelahirannya, apa maksud nama Mina?

Bayi itu juga adalah bayi pertama dilahirkan di tanah suci sejak ibadah haji bermula. Ibu ayah tahu apa maksud nama Mina ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap tahun ribuan umat Islam akan pergi menunaikan haji yang telah diwajipkan untuk umat Islam sekurang-kurangnya dilakukan sekali dalam hidup mereka. Tanah suci Mekah akan dipenuhi dengan umat Islam dari seluruh negara.

Salah satu perkara yang wajib dilakukan ketika menunaikan haji adalah bermalam di Mina untuk sekurang-kurangnya 2 malam iaitu pada 11,12 atau 13 Zulhijjah.

Apa Maksud Nama Mina?

Berdasarkan kenyataan dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi di laman Twitter rasminya, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di Mina ketika ibadah haji berlangsung. Bayi itu juga adalah bayi yang pertama dilahirkan di tanah suci sejak ibadah haji bermula.

Pembedahan seksyen-C perlu dilakukan oleh ibu bagi melahirkan bayi itu dan mereka di dalam keadaan sihat dan sedang berehat.

Berdasarkan akhbar Al-Youm, kedua ibu bapa bayi tersebut berasal dari Afghanistan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi tersebut telah diberi nama Mina oleh ibu bapanya sempena bandar Mina, tempat di mana bayi itu dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siakap Keli

Penulis

Michelle Goh