Bayi Ini Didera Dan Dipukul Dengan Teruk Oleh Ibunya Sendiri

Kasihan bayi ini yang didera dan dipukul dengan teruk lebih daripada 8 kali oleh ibunya sendiri. Tapi, ibu itu sewenang-wenangnya terlepas hukuman penjara!

Bayi didera di rumah

Seorang ibu dari Australia mengaku bersalah atas tuduhan memukul dan mendera bayi perempuannya dengan sengaja.

Wanita itu didapati memukul bayi 8 bulan tersebut dengan sudu dapur, hingga meninggalkan kesan lebam yang teruk.

Menurut laporan mahkamah – Lorien Norman, 26 tahun telah ditahan dan diperiksa pihak berkuasa sejak Oktober tahun lepas.

Kredit: Facebook

Dia mendapat perhatian apabila cuba untuk mencampak anaknya, Evie dari balkoni!

Apabila polis dihubungi, mereka mendapati muka, hidung, mata dan pipi Evie penuh dengan kesan lebam

Kedua-duanya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, Lorien menipu tentang kesan lebam itu mengatakan ia sebab Evie jatuh dari taman permainan.

Ibu ini terlepas hukuman walaupun mendera dan memukul bayinya dengan sengaja

Pemeriksaan doktor mendapati kesan kecederaan adalah akibat dicederakan secara fizikal. Yang sedihnya, Evie telah dipukul sekurang-kurangnya lebih dari 8 kali!

Senjata pukulan? Sudu di dapur

Kredit: Facebook

Walaubagaimanapun, Lorien terlepas daripada hukuman penjara sekurang-kurangnya 13 tahun. Dia hanya dikenakan hukuman 2 tahun berkelakuan baik dan denda $500 saja.

Ini kerana Hakim Mahkamah Daerah mengesahkan kecederaan Evie “boleh sembuh nanti”.

Sedangkan menurut Hakim Costello, Lorien menghadapi “masalah” ketika membesar dan mempunyai sejarah tingkah laku yang tak terkawal

Tambahan lagi, dia telah didiagnosis dengan masalah Borderline Personality Disorder

Bukankah lebih selamat jika Evie dijaga oleh bapanya saja?

Bapa Evie menegaskan hukuman ini “tak masuk akal” dan tidak memberi sebarang keadilan pada Evie. Beliau dipetik menulis dalam Facebooknya – 

“Kalau saya yang buat begitu pada anak ini, saya pasti masuk penjara.”

Inilah Lorien. Kredit: Facebook

Borderline personality disorder (BPD)

Menurut NHS, borderline personality disorder adalah sejenis gangguan dalam mood atau bagaimana seorang individu berinteraksi dengan orang lain.

BPD adalah gangguan yang paling banyak didiagnosis dalam kumpulan masalah personaliti.

Biasanya, simptom BPD terbahagi kepada empat iaitu:

  • Emosi yang tak stabil 
  • Corak pemikiran dan pandangan yang terganggu – gangguan kognitif atau persepsi
  • Kelakuan yang tak dapat dijangka 
  • Tak memiliki hubungan yang stabil dengan individu lain

Gejala-gejala gangguan masalah personaliti ini mungkin berbeza-beza, dan boleh terjadi ketika remaja hingga meningkat dewasa.

Lorien mungkin mengalami masalah personaliti dan tekanan. Oleh itu, dia memerlukan sokongan pasangan untuk menjaga si anak demi keselamatan bayi tersebut.

Kami di theAsianparent mendoakan Evie dijaga dengan selamat selepas ini agar kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Sumber rujukan: Yahoo, Mirror dan NHS Choice

Kredit gambar: Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtinggal-anak-umur-setahun-dalam-kereta-sorong-untuk-naik-permainan-thorpe-park/

 

Penulis

Ayu Idris