Bayi Dipercayai Maut Disebabkan Pengasuh

Mangsa mengalami kecederaan pendarahan dalam otak, kesan darah mengalir ke bahagian mata dan juga keretakan di bahagian tempurung kepala yang disyaki disebabkan penderaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sungai Petani: Kejadian berlaku pada Khamis yang lalu di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau, di mana seorang bayi perempuan yang berusia empat bulan ketika itu dipercayai maut disebabkan oleh penderaan daripada pengasuhnya.

Menurut laporan yang diterima Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, doktor yang merawat bayi itu pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 27 October yang lalu telah menerima pesakit di dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang mengalami sawan dan keadaannya agak kritikal pada masa itu.

Ketika dihubungi pada 3 November 2016, beliau berkata berdasarkan hasil pemeriksaan, mangsa mengalami kecederaan pendarahan dalam otak, kesan darah mengalir ke bahagian mata dan juga keretakan di bahagian tempurung kepala yang disyaki disebabkan oleh penderaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada pukul 10.30 pagi Isnin lalu.

Sehari selepas kejadian itu, polis telah menahan suspek iaitu pengasuh mangsa sejak Ogos lalu yang merupakan seorang wanita berusia 40 tahun.

Md Zukir menyatakan bahawa ibu bapa mangsa bekerja di sebuah kilang yang berhampiran dan mangsa adalah anak bongsu daripada dua adik-beradik kembar.

“Setelah pengakuan dibuat oleh suspek, didapati kepala bayi telah terkena lantai ketika suspek menghayunkan buaian pada 7.30 pagi. Mangsa ketika itu masih lagi sedar walaupun dalam keadaan tidak bermaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Bayi itu kemudian dihantar ke rumah neneknya oleh suspek tanpa memberitahu apa-apa kerana suspek tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan,” kata Md Zukir.

Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Buit Selambau oleh neneknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes sedang disiasat atas Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rencana dipetik dari Harian Metro

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh