Bayi Ini Di'pos' Oleh Ibu Bapanya Selepas Mereka Tidak Berjaya Mendapat Pesawat Semasa Ribut Salji

Brooklyn telah dilahirkan di China dengan sindrom Alagille, penyakit yang memberi kesan buruk pada hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada musim sejuk 2016, keluarga Faris mempunyai kekangan masa untuk bergerak dan ianya adalah soal hidup dan mati.

Nick dan Jesse Faris menetap di Memphis dan mereka harus membawa anak mereka, Brooklyn yang berusia dua tahun ke Hospital Kanak-kanak Ann & Robert H. Lurie di Chicago selewatnya pagi keesokan harinya untuk pemindahan hati.

Malangnya ketika itu, kebanyakan jalan dan lapangan ditutup akibat ribut salji. Nick dan Jesse merasakan keadaan tidak menyebelahi mereka.

Namun mereka harus melakukan apa sahaja bagi memastikan anak mereka sampai ke hospital pada masanya.

Brooklyn telah dilahirkan di China dengan sindrom Alagille, penyakit yang memberi kesan buruk pada hati. Di China, peluang Brooklyn untuk mendapat rawatan medikal bagi menyelamatkan nyawanya adalah tipis. 

Apabila Nick dan Jesse mendengar tentang keadaan Brooklyn, mereka tahu yang mereka harus mengambilnya sebagai anak angkat. 

Nick dan Jesse segera mencari pilihan yang mereka ada untuk pergi ke Chicago. Memandu di dalam ribut salji akan memakan masa yang sangat lama, begitu juga jika menaiki kereta api, mereka hanya akan ada satu jam sebelum pembedahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penderma muncul untuk memberikan jet persendirian mereka dan $10,000 untuk menyewa kapal terbang, namun cuaca buruk mengatasi semua pilihan yang ada.

Akhirnya, seorang rakan baik keluarga telah membuat beberapa panggilan dan mendapati FedEx kadang-kala akan menerbangkan pesakit di dalam kecemasan yang ekstrem.

Oleh kerana mereka bukanlah pembawa penumpang, mereka boleh membuat keputusan untuk bertindak di dalam cuaca teruk.

Selepas FedEx mendengar situasi keluarga Faris, mereka bersetuju untuk menerbangkan keluarga tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di dalam masa 30 minit, Nick, Jesse, Brooklyn dan kakaknya, Rhet, yang telah diambil sebagai anak angkat dari Ethopia, menaiki pesawat ke Chicago.

Keesokan harinya, jam 10 pagi, Brooklyn sudah berada di dalam pembedahan dan selepas 10 jam pembedahan, dia disatukan dengan ibu bapanya.

Setelah sebulan berada dihospital bagi tujuan pemantauan, Brooklyn disahkan sihat untuk pulang ke rumah.

FedEx telah sekali lagi menyediakan penerbangan istimewa untuk keluarga mereka ke Memphis. Cerita keluarga ini telah memberi inspirasi kepada ramai orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan inspiremore

Pernahkah anda mendengar tentang sindrom Alagille yang dihidapi oleh Brooklyn? Mari kita ambil tahu sedikit tentang sindrom ini.

Sindrom Alagille

Sindrom Alagille ialah gangguan genetik yang boleh menjejaskan hati, jantung dan bahagian lain. Salah satu ciri utama sindrom Alagille ialah kerosakan hati yang berpunca dari saluran hempedu yang tidak normal.

Saluran ini membawa cecair hempedu dari hati ke pundi hempedu dan usus kecil. Saluran tersebut sama ada sempit, cacat atau kurang bilanganya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan daripada saluran yang tidak normal ini, cecair hempedu berkumpul di dalam hati dan menyebabkan parut.

Parut ini menyebabkan hati tidak dapat berfungsi secara normal untuk menapis kotoran dari darah.

Selain itu, Alagille juga berkait rapat dengan masalah jantung termasuklah saliran darah dari jantung ke paru-paru yang terjejas (pulmonic stenosis).

Antara simptom atau tanda seseorang mempunyai sindrom Alagille ialah:

  • kulit yang kekuningan
  • kuning pada putih mata (seperti jaundice)
  • gatal-gatal pada kulit
  • pengeluaran kolesterol pada kulit (xanthomas).

Sumber: inspiremore, ghr

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma