Bayi Dipukul, Dipijak Sehingga Maut Oleh 4 Remaja Sebab Asyik Menangis!

Membiarkan bayinya berada dalam jagaan 4 orang rakannya kini merupakan penyesalan yang sangat besar bagi si ibu...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa biasanya mempunyai tolerasi yang lebih tinggi apabila mempunyai anak sendiri, dan boleh mengendalikan anak dengan kesabaran. Tetapi malang bagi seorang ibu yang membiarkan rakan-rakannya ‘menjaga’ anaknya sehingga si bayi dipukul sehingga maut!

Bayi Dipukul, Ditampar Sehingga Maut Oleh 4 Remaja

Dalam satu kejadian di Semporna, Sabah, seorang ibu muda yang berusia 23 tahun telah melalui episod trauma dalam hidup apabila anak kecilnya meninggal dunia akibat didera. 

Tambah menyedihkan, bayi yang baru berusia 20 bulan itu telah didera oleh rakan-rakan ibu mangsa yang menumpang di rumah mereka.

Media melaporkan, 4 orang remaja yang masing-masing berusia 16 ke 19 tahun tersebut telah melakukan perbuatan tersebut semasa ditugaskan untuk ‘menjaga’nya semasa ibunya keluar rumah atas urusan peribadi.

sumber: ohbulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mangsa, Muhammad Al Suhaimi Alsarif, dikatakan telah ditampar, dilempar ke tilam, ditarik sehingga terkena besi katil dan dipijak, menyebabkan si kecil mengalami trauma yang menyebabkan kematiannya!

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan 4 remaja perempuan warga asing pada hari kejadian setelah menerima laporan polis.

Ketua Polis Semporna Supt Sabarudin Rahmat berkata, bayi malang itu dihantar oleh ibunya ke Wad Kecemasan Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaan Muhammad Al Suhaimi semakin kritikal dan disahkan meninggal dunia selepas itu.

Sadisnya! Sampai hati gadis-gadis tersebut melakukan perbuatan ini kepada bayi kecil ini, hanya kerana dia tidak berhenti menangis! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4 Tips Menjaga Anak Orang Lain Dengan Tenang

Menguruskan anak orang lain tentunya lebih rumit dari anak atau ahli keluarga sendiri. Kalau tak boleh bersabar, ada kemungkinan penjaga boleh hilang sabar dan menyebabkan bayi dipukul atau dimarahi pula!

Apatah lagi jika si penjaga tiada pengalaman langsung dalam mengendalikan kanak-kanak. Seperti dalam kes di atas, penjaganya hanya berusia belasan tahun dan berkemungkinan menganggap tahap toleransi bayi sama seperti orang dewasa.

Sebelum anda memberi orang lain tanggungjawab untuk menjaga anak, atau anda sendiri yang menjaga anak orang lain, ini beberapa perkara yang boleh anda belajar praktikkan:

#1 Layan Kanak-Kanak Seperti Orang Lain

Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi boleh menjadi sukar untuk diingat – jangan sekali-kali berborak tentang isu dewasa seperti perkara lucah atau masalah ekonomi negara dengan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda hanya perlu melayan kanak-kanak dengan rasa hormat, sama seperti layanan kepada orang dewasa. Jangan pula terlalu mengambil ringan layanan kepada mereka, hanya kerana anda rasakan yang mereka tidak faham banyak perkara.

#2 Ketahui Minat 

Tanya ibu bapa mereka tentang apa sukan atau hobi mereka berminat, atau mengetahui sedikit tentang sekolah mereka.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah mendengar apa yang diceritakan oleh kanak-kanak, walaupun anda tidak memahaminya. Kanak-kanak cenderung untuk memulakan perbualan tanpa diminta, jadi apa salahnya kita layan sahaja kan?

Salah satu cara terbaik mencipta perbualan dengan kanak-kanak adalah bertanya kepada mereka tentang mainan atau rancangan tv kegemaran

#3 Berada Pada Paras Ketinggian Kanak-Kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda boleh, kekalkan hubungan mata dengan duduk di kerusi, atau hanya membongkok semasa berbicara dengan kanak-kanak. Ini supaya mereka tidak merasakan anda seperti seorang gergasi pula! Hihi.

Anda juga mungkin mahu mengelakkan dari menyentuh kanak-kanak itu, kerana sesetengah kanak-kanak mungkin tidak selesa atau mungkin telah diberitahu untuk tidak membenarkan orang lain menyentuh mereka.

#4 Tanya Soalan Yang Betul

Sama seperti orang dewasa yang baru saja anda temui, anda tidak seharusnya melampaui sempadan dengan bertanya kepada kanak-kanak terlalu banyak soalan peribadi.

Oh ya,  jika anda merasa kanak-kanak itu berkelakuan tidak baik, ingatlah ia bukan tugas anda untuk menghukum mereka ya. Sekiranya kanak-kanak itu mengganggu anda, rujuk ibu bapanya sendiri dan mereka akan bertindak yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengasuh-dera-bayi

Penulis

Beto Rahman