Warga emas ini akhirnya dihukum penjara selepas merogol bayi 11 bulan!

Hukuman yang dijatuhkan mungkin tidak setimpal dengan mimpi ngeri bayi dirogol ini. Bayangkan, bayi ini masih belum boleh berjalan atau bercakap...

Selepas membaca kisah bayi dirogol ini, pasti ramai ibu bapa akan tertanya-tanya: Adakah dunia ini tidak lagi selamat untuk anak-anak kita? 

Masakan seorang warga emas yang sudah berusia 68 tahun juga boleh melakukan penderaan seksual kepada bayi yang belum masuk usia 1 tahun pun??!!

Bayi dirogol warga emas

Menurut laporan media, kejadian bayi dirogol itu berlaku pada 20 Ogos 2018. Ia merupakan hari biasa saja buat pengasuh kepada bayi berusia 11 bulan itu. 

Namun, pengasuh itu ingin keluar sebentar untuk membayar cukai jalan dan insurans keretanya. Maka, dia meminta bapa mentuanya yang berusia 68 tahun itu – Hashim Karim untuk menjaga bayi itu sekejap.

Selepas pulang daripada menyelesaikan urusannya, pengasuh itu terkejut apabila melihat mangsa sedang menangis di dalam baby cot. Dia juga terlihat ada darah pada baju bayi ini!

Lebih banyak darah dijumpa kemudiannya apabila dia memandikan bayi. Dek tidak menyangka apa-apa, ketika ibu bapa mangsa datang mengambil anaknya, pengasuh ini mengadu mengatakan bayi mereka mungkin berak berdarah.

Ibu bapa yang kerisauan ini akhirnya membawa anak mereka ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

Di sanalah segala mimpi buruk dan berita ngeri ini dibongkarkan. Bayinya dirogol!

Bayi dirogol: Benda tumpul yang tajam mencederakan bayi

Doktor mengesahkan bayi perempuan itu didapati mengalami penderaan seksual selepas objek tumpul dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran! 

Apa yang berlaku sebenarnya pada hari kejadian ialah anak kecil itu telah dicabul oleh warga emas terbabit! Lelaki tersebut mengaku bersalah di mahkamah. 

Kredit gambar: Bernama

Dia juga memberitahu anak lelakinya yang dia “memasukkan jarinya ke dalam faraj bayi berkenaan”. 

Perbuatan kejinya itu akhirnya mendapat pembalasan apabila Hakim Mohd Kamil Nizam menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan dua sebatan padanya. 

Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Penjenayah yang merogol dihukum penjara – Adakah ia hukuman yang setimpal?

Hati siapa yang tidak robek mengenangkan nasib seorang bayi kecil yang masih belum boleh bercakap, atau berjalan, akhirnya diragut oleh warga emas yang cukup tua untuk jadi datuknya ini!

Warga emas durjana itu mungkin sudah semakin tua, namun, bayi itu baru saja ingin memulakan hidupnya. Apakah hukuman yang diberi ini setimpal?

Kita tidak tahu apa lagi “perkara durjana” yang telah dilakukan pemangsa ini pada bayi tersebut. Bagaimana dengan ibu bapa mangsa?

Sudah tiba masanya untuk kita menghentikan jenayah penderaan seksual pada kanak-kanak. Sampai bila kita ingin melihat kanak-kanak menjadi mangsa?

Sama-sama ambil tahu tentang tanda-tanda penderaan seksual pada kanak-kanak. Selalunya, pemangsa bukan orang jahat yang “menakut-nakutkan orang”. Tapi mereka berselindung di sebalik topeng.

Mereka ini selalunya orang yang kita kenal, orang yang kita percaya!

Hati-hati dengan siapa anda tinggalkan anak anda.  Kami faham, zaman sekarang ini, kita memang terpaksa bergantung kepada pengasuh atau orang gaji untuk menjaga anak kita sementara kita pergi kerja.

Tapi tolonglah…. perhatikan anak anda sehabis baik. Tengok tanda-tanda jika perangai anak “mula berubah”. 

Kami di theAsianparent sentiasa mendoakan agar kesejahteraan semua kanak-kanak di luar dijaga dengan selamat. 

Kami juga mengucapkan agar bayi perempuan ini cepat sembuh dari trauma yang diberikan kepadanya ini. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis Nalika dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/bapa-rogol-anak-600-kali/

Penulis

Ayu Idris