Bayi Ditinggal 10 Hari Gara-Gara Ibu Pergi Bercuti

Bayi ditinggal 10 hari sendirian di rumah ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati disebabkan kecuaian ibunya sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Binatang pun tahu sayang anak! Sayu hati apabila bayi ditinggal 10 hari sendirian di rumah ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati.

Tergamak seorang ibu pergi bercuti dengan kekasih selama itu. Tak berhati perut langsung! Kisah yang menimpa bayi malang itu berlaku di Ohio, Amerika Syarikat.

Bayi ditinggal 10 hari, Jailyn mati kelaparan

Ketika kejadian, ibunya baru pulang ke rumah setelah 10 hari bercuti. Dia mendapati bayinya dalam keadaan tidak bernafas di dalam playpen atau ruang bermain sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan.

Merujuk laporan perubatan, pakar patologi forensik, Elizabeth Mooney berkata, sebelum bayi perempuan berusia 16 bulan itu meninggal dunia disebabkan kelaparan dan kehausan yang teruk, dia turut mengalami fasa separation anxiety melampau.

“Keperitan & penderitaan yang ditanggung Baby Jailyn bukan sahaja berjam-jam dan berhari-hari tetapi makan masa selama seminggu”.

Bayi itu dijumpai terbaring atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikelilingi dengan air kencing dan juga najis. Matanya sudah cengkung, bibir dan badan menjadi 'kering' , serta terdapat sisa najis pada kuku dan mulut bayi. 

Ibu Akui Rasa Tertekan & Murung

Pihak peguam memaklumkan bahawa anak guamnya bergelut dalam masalah kemurungan dan masalah kesihatan mental.

Kristel sendiri dalam kenyataannya di mahkamah berkata, dia berdoa setiap hari dan berharap mendapat keampunan daripada Tuhan dan anak perempuannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Saya sangat terluka dengan apa yang terjadi. Saya tidak cuba untuk membenarkan tindakan saya tetapi tiada siapa yang tahu betapa saya menderita dengan apa yang saya alami.

Hakim yang mendengar kes itu, Brendan Sheehan berkata, perjalanan ke luar negeri dengan meninggalkan bayi sendirian tanpa makanan adalah pengkhianatan dan tertuduh wajar menerima hukuman undang-undang paling keras.

Seperti mana kamu meninggalkan dia sehingga hidupnya berakhir, seperti itulah kamu akan meringkuk di penjara tanpa kebebasan. Yang bezanya, sekurang-kurangnya di penjara kamu makan” kata hakim.

Atas sebab insiden malang itu ibunya, Kristel Candelario dihukum penjara seumur hayat tanpa parol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Mengatasi Kemurungan

Merasakan diri bukanlah ibu yang baik merupakan salah satu tanda ibu mengalami postpartum depression yang lebih teruk jika dibandingkan dengan baby blues.

Jangan risau, masalah ini masih boleh dikawal dan dirawat biarpun mungkin mengambil masa yang lama.

1. Berhenti bandingkan diri dengan orang lain

Jika sayangkan diri sendiri, berhentilah dari membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Contohnya, ibu lain dapat memberikan penyusuan penuh kerana susu terlalu banyak tetapi anda tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih baik fokus dengan perkembangan dan pertumbuhan anak-anak yang jauh lebih penting.

2. Minta bantuan

Jika anda terlalu letih dalam menjaga dan menguruskan bayi, jangan malu untuk minta bantuan dari orang terdekat. Memaksa diri melakukan kerja dalam keadaan yang letih hanya mengundang bahaya kepada bayi.

3. Me-Time

Ambil masa yang sesuai dan lakukan perkara yang anda suka. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan tanggungjawab kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah mood kembali tenang, peluk dan cium anak sebanyak yang mungkin. Anak obses dengan kita kerana kitalah dunia mereka.

Sampai satu masa nanti bila anak sudah membesar, pasti kita akan merindui saat ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu kongsi bagaimana anaknya meninggal semasa tidur, ambil kisah ini sebagai pengajaran!

Baca juga: Kelahiran Mati Bukan Salah Ibu Bapa, Fahamilah Kesedihan Mereka

Baca juga: Menyedihkan! Bayi 40 Hari Maut Selepas TERSEDAK Diberi Pisang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah