Bayi 10 bulan terjatuh dari kenderaan atas jalan raya tanpa disedari ibu bapanya?!!

Bila masuk pintu kereta, pastikan ia dikunci dengan betul jika tak mahu kejadian ini berulang kembali...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengucap panjang bila tengok video yang menyaksikan seorang bayi jatuh dari van ini. Bayi tersebut berumur 10 bulan tergolek atas jalan raya akibat kecuaian ibu bapanya! Kejadian ini dikhabarkan berlaku di China.

Ibu ayah, silalah lihat dan check keselamatan anak anda ketika dalam kereta. Sebab bila jadi apa-apa menangis air mata darah pun tak berguna lagi. Oleh sebab itu, kami ada berkongsi panduan pemakaian car seat yang betul demi keselamatan anak.

Ini supaya ibu bapa faham kepentingan meletakkan anak dalam car seat ini. Boleh baca dekat sini, car seat.

Bayi jatuh dari van

Walaupun anda mungkin terkejar-kejar masa, mana nak hantar anak kecil ke rumah pengasuh manakala si abang dan kakak pula perlu di hantar ke sekolah, hingga terlupa untuk kunci pintu kereta dan tak letak bayi kecil dalam tempat duduknya.

Di manakah letaknya sikap menjaga keselamatan anak pada diri ibu bapa? Tak kasihankah pada anak jika apa-apa berlaku? Tepuk dada tanya iman. 

Bayi malang itu dilihat terjatuh dari sebuah van yang ketika itu sedang melalui jalan Changzhou, China. Nasib baiklah, ada pengguna jalan itu menyaksikan kejadian tersebut dan segera mendapatkan bayi itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun bayi tetap dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas ibu bapanya menyedari yang dia tidak ada di kerusi belakang penumpang. Kemudian mereka berpatah semula di tempat kejadian.

Bagaimana kalau kes ini berlaku di Malaysia? Pasti ibu bapa itu akan berhadapan dengan pihak polis dan mahkamah kerana kecuaian.

Silap hari bulan, masuk ke dalam la mak ayah dia! Huh! Netizen yang baca ini mesti panas hati kan? Sabar…sabar… 

Anda boleh lihat video tersebut di sini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi jatuh dari van: Ibu bapa kena sentiasa beringat! 

Kes kecuaian sebegini bukan sahaja terjadi di negara China tapi di seluruh dunia. Misalnya di USA kanak-kanak terjatuh ketika kenderaan bergerak berlaku sekitar November 2017.

Malah awal tahun lalu pula, kanak-kanak berumur 4 tahun terjatuh dari van ketika jalan sedang sesak teruk. Oleh sebab itu, ibu bapa harus mengunci pintu kereta dengan ciri-ciri keselamatan.

Ia bertujuan agar tidak lagi berlaku kecuaian seperti ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mommy, walaupun anda dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke pejabat, letakkan keselamatan sebagai nombor satu. Jangan leka, terlupa atau tak ingat untuk mengunci pintu kereta atau lock guna safety door.
  • Kalau ada bayi berumur bawah setahun, letakkan dia dalam car seat yang sesuai dengan usianya kemudian pakaikan tali pinggang keselamatan.
  • Sekiranya anak anda sedikit lasak seperti suka bermain dengan pintu dan suka membuka lock pintu, pesan dan beritahu padanya bahaya jika bermain pintu kereta. Jika boleh pesan berulang kali setiap kali dia naik kereta. Baru dia akan faham dan tak buat lagi.
  • Ingat tiga langkah mudah ini. Masuk kereta pakai tali pinggang, tutup pintu dengan rapat dan terus kunci. Senang, kan? Anda pun rasa selamat untuk terus kan pemanduan di samping anak-anak tercinta. 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-merangkak-atas-jalan