Awal bulan ini, kita dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila seorang bayi berusia lima bulan ditemui mati dan disumbat ke dalam peti sejuk pengasuhnya. Sekarang, satu lagi berita sedih di mana seorang bayi jatuh di rumah pengasuh.
Bayi jatuh di rumah pengasuh hingga tengkorak kepala pecah
Pada hari Selasa 17 Julai, Naufal Amsyar bin Nabil Fikri dilaporkan mengalami sawan dan tak sedarkan diri semasa bersama pengasuhnya.
Dia dikejarkan ke hospital. Doktor menemui kesan lebam di dahi, darah beku di mata dan retak tempurung kepala.
Nawfal yang merupakan anak tunggal kepada pasangan Nabil Fikri Anwar dan Noraziqah Rahman ini terlantar di hospital selama 4 hari dan meninggal pada Sabtu lepas pada tanggal 21 Julai.
Menurut bedah siasat, bayi ini meninggal akibat pendarahan otak. Nabil yang mengharap anaknya akan sembuh menerima takdir yang Naufal tak akan lagi bersama mereka.
Pasangan ini juga tak menyalahkan pengasuh yang berusia 35 tahun atas kematian anak mereka. Kata Nabil, mereka menyerahkan kes ini pada pihak berkuasa untuk menyiasat punca kematian anak mereka.
Nabil memberitahu yang pengasuh anaknya itu memberitahu Naufal tak sedarkan diri selepas makan bubur yang dibuat sendiri oleh isterinya.
“Pengasuh beritahu saya yang mata anak terbeliak dan dia tak memberikan apa-apa reaksi. Pada awalnya, dia ingat yang anak saya tercekik semasa makan. Tapi selepas dimasukkan ke hospital, kami diberitahu yang anak kami cedera selepas jatuh dari katil,” kata Nabil.
Nabil memberitahu yang dia tak berapa kenal dengan pengasuhnya itu dan isterinya meminta cadangan di Facebook sebelum menghantar anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh tersebut.
Ini bukan kali pertama anak mereka jatuh di rumah pengasuh. Sebelum ini, dilaporkan anaknya pernah jatuh dua kali dari buaian di rumah yang sama.
Bayi jatuh di rumah pengasuh: Kesedihan seorang ibu
Noraziqah telah menulis nota yang menyedihkan tentang pemergian anaknya di Facebook. Berikut nota tersebut:
www.facebook.com/eyka.evanss/posts/1852876788091830
Sementara Nabil yang juga seorang polis meminta orang ramai untuk tak melakukan apa-apa spekulasi sehingga penyiasatan selesai. Pengasuh itu dikatakan memberi kerjasama dalam siasatan ini.
Bayi jatuh di rumah pengasuh: Tip untuk mencari pengasuh yang baik
Semua taska di Malaysia memerlukan lesen untuk beroperasi, tapi ada beberapa tempat yang menawarkan khidmat menjaga anak secara senyap di rumah.
Tempat sebegini biasanya lebih murah dan kadang-kadang mereka tak mempunyai pengalaman untuk menjaga bayi mereka.
Sebahagian dari mereka tak ada latihan untuk menjaga anak dan tak tahu apa yang mereka perlu lakukan jika berlaku kecemasan atau kecederaan pada anak.
Tapi sebagai ibu bapa kita perlu cuba sebaik mungkin untuk mencari pengasuh yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang menarik.
Beberapa tip di bawah boleh digunakan semasa memilih pengasuh:
- Periksa latar belakang. Ia sangat penting dan dapat membantu anda memastikan pengasuh anda tiada jenayah lampau atau salah laku.
- Cari agensi yang bagus dan bereputasi. Jangan takut untuk bertanya. Jika rakan anda mempunyai pengasuh yang bagus, minta mereka cadangkan agensi atau pengasuh untuk anda.
- Percaya pada “naluri ibu”. Jika anda rasa tidak sedap hati tentang seseorang walaupun dia dilihat baik, percayakan naluri anda dan cari orang lain. Tak berbaloi untuk anda risikokan keselamatan anak anda jika anda rasa tidak senang dengan orang yang menjaga anak anda.
Kami di theAsianparent mengucapkan takziah kepada keluarga Nawfal dan mendoakan agar mereka terus kuat dalam menghadapi dugaan ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.commemilih-pengasuh-anak-yang-baik