Kejadian Depan Mata: Bayi Tiba-Tiba Jatuh Dari Tingkat 5 Ditangkap Guna Selimut

Malang tak berbau, seorang bayi tiba-tiba terjatuh dari tingkap rumahnya. Nasib baiklah seorang jiran telah berjaya menangkap bayi itu dengan selimut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi jatuh dari tingkap rumahnya

Ini insiden yang sungguh menggemparkan!

Mana taknya, satu video secara “tak sengaja” telah direkod oleh seorang jiran yang menunjukkan seorang bayi tiba-tiba terjatuh dari tingkap rumahnya!

Nasiblah seorang insan yang tak dikenali dengan pantas bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu dengan selimut.

Tak percaya?

Anda boleh tonton video di bawah:

Bayi jatuh diselamatkan jiran guna selimut

Menurut laporan akhbar The Sun, kejadian ini berlaku di bandar Arsenyev, Rusia. 

Beberapa individu yang berjalan di sekitar kawasan perumahan tersebut dapat melihat seorang bayi sedang berdiri berhampiran tingkap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi itu tanpa penjaga dan kelihatan tak stabil bermain-main di bucu tingkap. Tiba-tiba, dia terjatuh!

Seorang individu yang tak dikenali pantas mengambil keputusan menggunakan selimut yang kebetulan ada di bawah untuk menyambut bayi tersebut.

Video ini dirakam oleh jiran yang duduk bersebelahan dengan apartmen mangsa. 

Ibu bayi yang jatuh itu tertidur

Laporan media tempatan mengatakan bayi tersebut berusia satu tahun. Beliau dijaga oleh ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ibunya telah tertidur selepas 24 jam menjaga bayi itu seorang diri.

Walaupun terselamat selepas jatuh, namun bayi itu di bawa ke hospital dan disahkan mengalami kecederaan otak traumatik dan gegaran otak.

Polis mengucapkan ribuan terima kasih pada saksi kejadian yang menyelamatkan nyawa bayi itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Sinar

Keselamatan di rumah (child-proofing)

Kecuaian seperti ini mungkin boleh dielak jika ibu bapa lebih peka dengan keselamatan di rumah.

Kanak-kanak atau bayi seawal usia 1 tahun gemar meneroka dan tidak mustahil terlibat dalam pelbagai kejadian yang tak diingini jika ibu bapa terlepas tangan.

Malang memang tak berbau. Sebab itu ayuh kita ambil panduan dan langkah-langkah keselamatan ini bagi mencegah kemalangan sedemikian daripada berulang.

Menurut Impiana, ada beberapa tempat dalam rumah yang memerlukan child-proofing. Ia adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ruang tamu
  2. Dapur
  3. Bilik tidur
  4. Bilik air

Keselamatan di ruang tamu

Lazimnya, perabot di ruang tamu ada banyak bucu tajam.

Untuk mengelakkan kemalangan seperti kecederaan di kepala – ibu bapa perlu menggunakan pengadang bucu atau kain berlapik.

Jika rumah anda ada tangga, lebih baik sediakan pagar yang boleh menutup tangga.

Kredit gambar: Sinar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keselamatan di dapur

Simpan semua alatan tajam yang boleh dicapai oleh si kecil. 

Wayar yang bergantung juga berbahaya. Pastikan wayar tersebut semua disorok dengan penutup wayar atau dengan pita pelekat. 

Satu lagi, simpan beg plastik agar kanak-kanak tak lemas apabila bermain dengan beg plastik.

Keselamatan di bilik tidur

Guna selak atau penutup tombol bagi mengelak anak terperangkap dalam almari. 

Satu lagi, jangan susun sebarang perabot seperti katil atau katil bayi berhampiran tingkap. Nanti anak anda boleh panjat dan menghampiri tingkap!

Pasang jeriji atau penghadang pada tingkap agar ia tak boleh dibuka.

Keselamatan di bilik air

Anda perlu memastikan pintu bilik air sentiasa tertutup. Temani anak anda jika mereka ingin ke tandas. 

Jangan benarkan mereka duduk dalam besen atau kolam seorang diri. 

Semoga kejadian seperti ini dapat dielak daripada berulang. Hati-hati, ya ibu bapa semua! Sayangi anak anda, anda dapat mengubahnya. 

Sumber rujukan: The Sun dan Sinar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comadakah-rumah-anda-baby-proof/

Penulis

Ayu Idris