Bayi Sering Terjelir Lidah? Ini Mungkin 6 Masalah Kesihatan Yang Anda Tak Tahu

undefined

Melihat kerap kali bayi jelir lidah tentunya membuatkan hati ibu ayah rasa bimbang dan curiga. Berikut punca kenapa keadaan itu berlaku pada bayi anda

Pernah tak terdetik di hati anda kenapa bayi jelir lidah? Biasanya, bayi jelir lidah bagi mengekspresikan diri sebagai tanda menangis, lapar atau meminta perhatian. 

Anda juga akan dapat lihat si kecil pandai mencium pipi ibu bapanya bagi menunjukkan kasih sayang atau menghisap jarinya tanda ingin tahu. 

Namun, pasti ramai ibu bapa yang panik dan cemas bila sering melihat bayi mereka menjelir lidah dalam waktu yang lama kerana ia sering dikaitkan dengan Syndrom Down. Tapi, tak usah terlalu bimbang.

Sebelum anda buat kesimpulan yang bukan-bukan, mari kita teliti 6 punca bayi jelir lidah ini dahulu. 

6 punca kenapa bayi jelir lidah 

Punca bayi jelir lidah #1. Keadaan normal yang selalu bayi buat 

bayi jelir lidah

Kredit: medicalnewstoday.com

Jelir lidah adalah normal sebagai tanda mengekspresikan perkembangan si kecil yang baik. Ia akan hilang setelah bayi masuk umur empat-enam bulan.

Baca juga: Tongue Tie Punca Pertuturan Anak Tak Jelas? Pentingnya Periksa Lidah Anak Selepas Lahir

Punca bayi jelir lidah #2. Macroglossia 

bayi jelir lidah

Kredit: insider.com

Sebilangan bayi dilahirkan dengan lidah besar yang dipanggil Macroglossia iaitu lidah memiliki lebihan jaringan hingga sukar untuk lidah berada dalam mulut. 

Macroglossia juga boleh jadi sebahagian sindrom lain seperti sindrom Beckwith-Wiedemann, Hipotiroidisme Kongenital, atau Akromegali (pertumbuhan hormon yang tinggi).

#3. Mulut kecil 

bayi jelir lidah

Kredit: healthline.com

Akibat lidah tidak boleh masuk ke dalam mulut kecil, maka bayi terjelir lidah. Sebab itu anak-anak down syndrome memiliki mulut kecil kerana lengkungan lelangit yang sempit.

Mulut kecil juga dikaitkan dengan sindrom diGeorge di mana dagu yang ditarik atau rahang bawah tersembunyi yang boleh menjadi micrognathia (rahang bawah kecil). 

Punca bayi jelir lidah #4. Hypotonia 

Bayi Sering Terjelir Lidah? Ini Mungkin 6 Masalah Kesihatan Yang Anda Tak Tahu

Kredit: bundoo.com

Hypotonia adalah keadaan apabila berlakunya penurunan berat otot. Namun, ia tidak sama dengan kelemahan otot

Mereka yang sihat mampu menahan lidah dalam mulut kerana otot aktif tapi hypotonia menyebabkan tubuh kehilangan daya untuk menyimpan lidah dalam mulut. Gara-gara itu, lidah pasti keluar dari mulut. 

#5. Kista 

bayi jelir lidah

Kredit: beautyhealth.tips

Akibat jangkitan, ada ketikanya bayi mengembangkan kista di dalam mulut, sekaligus menyebabkan lidah terdorong keluar. 

Namun, kista boleh sembuh dengan sendiri dan seeloknya anda berjumpa doktor untuk penerangan yang lebih jelas.

#6. Bernafas melalui mulut 

Bayi Sering Terjelir Lidah? Ini Mungkin 6 Masalah Kesihatan Yang Anda Tak Tahu

Kredit: safebabyhealthchild.com

Bila bayi bernafas dari mulut, ia boleh menyebabkan lidah terjelir. Ini terjadi kerana hidung tersumbat, kesejukan, alergi, adenoid atau amandel yang bengkak.

Alergi mungkin boleh hilang dengan ubat-ubatan. Manakala, masalah radang tonsil atau adenoid mungkin memerlukan pembedahan kecil supaya dapat diatasi.

Apapun segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang kemusykilan tentang tahap kesihatan anak anda. 

Jelaskan di sini jelir lidah itu membawa maksud yang berbeza-beza dan bukan kerana down syndrome sahaja. Semoga artikel ini dapat membantu kalian. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lidah bayi ada corak begini, adakah ia membahayakan kesihatan mereka?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!