TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tongue Tie Punca Pertuturan Anak Tak Jelas? Pentingnya Periksa Lidah Anak Selepas Lahir

4 min bacaan
Tongue Tie Punca Pertuturan Anak Tak Jelas? Pentingnya Periksa Lidah Anak Selepas Lahir

Buntu jadinya bila bayi menangis seperti tak cukup susu. Sebelum buat apa-apa, periksa dulu lidah anak, mungkin dia mengalami tongue tie!

Serba tak kena jadinya bila bayi baru lahir menangis tidak henti kerana ‘tidak reti’  menghisap susu. Buat ibu baru, mungkin jadi lebih buntu. Sebelum buat apa-apa, periksa dulu lidah anak, mungkin dia mengalami tongue tie!

Ramai menyangka bayi memilih puting, tidak tahu menyusu, tidak mahu menyusu atau tiada susu tetapi tanpa sedar ia berpunca daripada tongue tie sebenarnya.

Anak anda alami tongue tie bila…

tounge tie

#1. Pergerakan lidah terhad

Sukar mengangkat hujung lidah ke bahagian belakang gigi kacip atas atau ke kiri dan ke kanan. Disebabkan ada tisu yang menambat lidahnya sudah pasti pergerakan lidah terhad.

Ia juga menganggu penyusuan kerana bayi sukar untuk melekapkan lidah mereka ke puting. Jadi periksa lidah anak anda, ada atau tidak tanda-tanda begini.

#2. Sukar menjelirkan lidah melepasi paras gigi

Ini mungkin boleh dikesan ketika bayi menangis atau menyusu. Adakah lidahnya boleh dijulurkan keluar atau tidak. 

#3. Apabila lidah dijelirkan terdapat lekuk di hujung lidah

Ia jadi seperti lekuk berbentuk ‘hati’ di hujung lidah. Cuba perhatikan lidah anak anda, ada atau tidak tanda-tanda begini

#4. Bayi mengamuk apabila menyusu

Apabila lidah tidak dapat digerakkan dengan bekas lekapan akan sukar berlaku dan bayi tidak boleh menghisap seolah-olah seperti tiada susu. Jadi sudah pastilah dia mengamuk kerana tidak dapat susu.

#5. Bayi masih kelihatan lapar walaupun baru lepas menyusu

Disebabkan bayi tidak boleh menghisap dengan kuat, jadi susu yang ditelan juga sedikit. Tidak hairanlah dia kelihatan sentiasa lapar.

Tongue tie punca anak meragam

Tounge tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, adalah suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut.

Selalunya tisu ini ‘menambat’ lidah anak menyebabkan ia tidak bebas bergerak. 

Sekiranya nampak seperti ada tali yang ‘menambat’ lidah bayi anda ia adalah tounge tie dan boleh mengganggu bayi menyusu dengan sempurna sekaligus menjadikannya punca dia meragam!

Memang jika tidak diperiksa, mungkin nampak biasa, tetapi sebenarnya amat penting untuk mengetahuinya lebih awal. 

Boleh ganggu pertuturan

Pentingnya periksa lidah anak selepas lahir kerana jika dia mengalami tounge tie dan tidak dirawat, ia boleh menggangu kualiti pertuturannya. Serius bukan? Jadi sebab itu perlunya ibu bapa periksa lidah anak selepas lahir.

Tidak semua akan mengalami masalah ini, tetapi disebabkan tongue tie pertuturan anak mungkin boleh jadi lambat atau pelat. 

Bukan saja mengganggu penyusuan tetapi pertuturan juga boleh terganggu yang mana ia pastinya akan memberi kesan kepada perkembangan bayi anda.

Jadi ibu, rajin-rajinlah periksa lidah anak ya selepas dia lahir, kepekaan anda mampu mengubah segalanya.

Pemakanan juga boleh terganggu

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

tounge tie

Lidah amat penting semasa proses pencernaan makanan semasa dalam mulut kerana ia merupakan organ deria rasa.

Tugasnya termasuk menghisap cecair dan mengunyah makanan (bersama-sama dengan otot pipi untuk memindahkan makanan di sekeliling mulut, dan mengawal pergerakan makanan antara gigi atas dan bawah sehingga makanan dikunyah), menolak makanan semasa menelan dan membersihkan mulut daripada sisa makanan.

Kanak-kanak dengan tongue tie mungkin gagal atau sukar mengendalikan makanan dalam mulut. Mereka akan menolak makanan yang mempunyai tekstur yang sukar diproses. Selain itu, karies gigi boleh berlaku kerana lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan di celah gigi, bawah lidah dan ruang gusi-pipi.

Rawatan simple je…

tounge tie

Kredit foto: DrGaheri

Jangan risau ibu ia bukan masalah besar jika anda mengesannya awal. Rawatannya dipanggil tongue tie release. Ia adalah pembedahan kecil dengan memotong frenulum itu. Prosedur ringkas ini dinamakan frenotomy.

Bagaimanapun, bagi orang dewasa disebabkan prenulum telah menjadi tebal dan mengandungi saluran darah kapilari yang banyak prosedur rumit perlu dilakukan. Prosedur ini dinamakan frenuloplasty. Ia dilakukan selepas pesakit dipengsankan dengan bius dan dilakukan dalam bilik bedah.

Selepas prosedur pembedahan frenuloplasty, senaman lidah mungkin disyorkan untuk meningkatkan pergerakan lidah dan mengurangkan potensi mendapat parut kerana jika berlaku parut kemungkinan masalah sama akan berulang.

Jadi pentingkan ibu tahu lebih awal? Lebih awal dikesan, lebih awal prosedur rawatan boleh dibuat. 

Sumber:drzubaidi, myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lidah Pendek Atau Tongue Tie Pada Bayi: Boleh Buat Bayi Sukar Menyusu & Menangis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Tongue Tie Punca Pertuturan Anak Tak Jelas? Pentingnya Periksa Lidah Anak Selepas Lahir
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham