Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

Kajian oleh UK Biobank mendapati jika bayi kepala besar atau mempunyai lilitan kepala yang besar, peluang mereka untuk masuk universiti adalah lebih tinggi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang selalu kata bayi kepala besar, pintar orangnya. Tapi adakah ini benar atau hanya cakap orang semata-mata?

Ibu bapa yang mempunyai bayi dengan kepala bersaiz besar bolehlah bergembira sekarang kerana terdapat kajian yang menyokong “kata-kata orang” ini.

Kajian yang dilakukan oleh UK Biobank mendapati jika bayi kepala besar atau mempunyai lilitan kepala yang besar, peluang mereka untuk masuk universiti adalah lebih tinggi, kata Kidspot.

Biobank UK adalah pusat sumber khas untuk penyelidik, dengan maklumat kesihatan lebih dari 500,000 orang antara usia 37 – 73 tahun. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan data dari lebih 110,000 individu berusia 40-73 tahun.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Molecular Psychiatry itu mendedahkan jika kepala bayi besar, ini boleh dikaitkan dengan “peluang mendapat ijazah kolej yang lebih tinggi” dan “markah yang lebih tinggi untuk soalan numerik dan lisan.”

Bayi kepala besar – Adakah saiz penentu segalanya?

Tetapi dari penemuan kajian ini, patutkah ibu bapa rasa bimbang tentang masa depan anak jika mereka mempunyai saiz kepala biasa? Sudah tentunya tidak!

Kita tidak boleh mengatakan hanya bayi kepala besar akan menjadi anak yang pintar apabila membesar nanti. Saiz kepala tidak menentukan kualiti otak atau masa depan bayi tersebut.

Cuba tengok contoh otak Albert Einstein. Apabila otak Albert Einstein telah ditimbang, penyelidik mendapati berat otaknya lebih ringan daripada otak kebanyakan orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini membuktikan saiz kepala bayi tidak akan menjamin kepintaran anak. Sebaliknya, yang lebih penting adalah kualiti otak kanak-kanak itu dan bukannya kuantiti.

Kepala bayi besar tak menentukan kecerdikan anak

Kita juga perlu mempertimbangkan faktor sampingan seperti pengaruh genetik ke atas kemahiran kognitif, serta kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak itu.

Kajian juga menunjukkan kemahiran kognitif berkongsi pengaruh genetik bersama dengan saiz otak, bentuk badan dan pencapaian pendidikan,” kata Profesor Ian Deary (pengarang utama kajian), kepada Neuroscience News.

Jadi kesimpulannya di sini, ibu bapa perlu menjaga kesihatan anak dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun kajian menyokong bayi kepala besar lebih pintar, cara yang lebih berkesan sebenarnya ialah dengan memberi makanan yang berkhasiat dan memastikan anak sentiasa aktif dan cerdas untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Penyelidik Saskia Hagenaars turut mengulas, “kanak-kanak yang mempunyai kesihatan keseluruhan yang baik, lebih cenderung untuk mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

Penulis

Rosanna Chio