Bayi Kuat Menangis Maut Ditindih Pengasuh Yang Tak Tahu Apa Patut Dibuat!

Kronologi kejadian bayi ditindih pengasuh kerana kuat menangis yang akhirnya ditemui tidak bernyawa lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian pengasuh mendera anak asuhan kembali hangat apabila tular kisah bayi kuat menangis semasa tidur siang ini didera oleh pengasuhnya. Kejadian ini telah dirakam melalui CCTV di taska tersebut.

Suspek pembunuhan bayi tersebut merupakan salah seorang pengasuh di taska berkenaan yang bernama Liao, 40 tahun yang kini direman pihak polis bagi membantu siasatan. 

Bayi kuat menangis diseksa oleh pengasuh 

Semasa kejadian, aktiviti dan asuhan di We Care Baby Taipei Taiwan berjalan seperti biasa. Di ruang bilik khas, bayi dan anak kecil akan diasuh oleh seorang penjaga untuk tidur siang setelah penat bermain.

Seperti pengasuh yang lain, Liao juga berperanan yang sama. Dia perlu menidurkan semua anak asuhannya. Dalam rakaman CCTV itu, dapat dilihat dia sedang cuba tidurkan dan mendiamkan bayi menangis.

Bayi malang itu dilihat tidak berhenti menangis sehingga Liao bingung untuk berbuat apa. Namun apa yang mengejutkan, dia menindih anak kecil itu dengan dadanya supaya diam dan berhenti menangis.

Setelah itu, bayi berumur 11 bulan itu dilihat tidak bergerak. Namun itu bukan kerana dia sedang tidur, tapi sudah kehabisan nafas akibat ditindih si pengasuh itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila melihat keadaan yang tidak disangka itu, pengasuh lain merasa panik lalu memeriksa Lee. Kemudian mereka menghubungi pusat kecemasan untuk meminta pertolongan.

Bayi malang itu kemudiannya dibawa ke hospital dan didapati meninggal dunia pada hari yang sama.

Timbul rasa bersalah

Dengan bukti yang ada, maka Liao bakal dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan yang dilakukan itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya, dia menyangkakan bayi tersebut berhenti menangis kerana sudah tidur. Namun hakikatnya kehabisan nafas gara-gara ditindih oleh dirinya sendiri di bahagian dada.

Walau bagaimanapun, kes masih dalam siasatan polis.

Cara selamat untuk hentikan bayi menangis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Bedungkan bayi dan peluk lembut tubuhnya supaya dia rasa kehangatan pelukan ibu.
  • Mainkan muzik beralunan perlahan supaya dirinya rasa tenteram dan mendamaikan. Sebab itu anda disarankan untuk berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Bawa bayi berjalan sambil mendodoinya dalam pelukan anda.
  • Mengurut bayi di bahagian belakang atau perutnya juga dapat membantu si kecil lebih tenteram.
  • Membiarkan bayi menghisap sesuatu seperti puting kosong atau jari yang bersih.
  • Jika bayi masih menolak dengan semua cara di atas, sebaiknya anda menenangkan diri terlebih dahulu dan mencubanya sekali lagi. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi keibubapaan #1 di Asia Tenggara kami. 

 

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.compengasuh-dera-bayi