Kenapa Bayi Kurang Kencing? Ini 3 Perkara Yang Ibu Perlu Peka Elak Anak Dehidrasi

Apabila bayi kurang kencing salah satu sebabnya mungkin mereka dehidrasi, ia bermakna mereka mungkin kurang susu, pasti timbul kerisauan kepada ibu bapa.

Sebahagian besar ibu bapa kadangkala tidak tahu adakah cukup susu yang mereka berikan kepada anak. Salah satu perkara yang boleh dirujuk adalah kekerapan mereka buang air kecil. Jika sedikit kekerapannya bermakna bayi kurang kencing.

Apabila bayi kurang kencing salah satu sebabnya mungkin mereka dehidrasi, ia bermakna mereka mungkin kurang susu. 

Buang air kecil adalah proses pembuangan carian dan racun dalam tubuh. Biasanya sisa pembuangan ini bergantung kepada berapa banyak ia diambil selain sesuai dengan usia. Walaupun tiada ukuran yang spesifik, tetapi bayi perlu kencing dalam sehari, dan jika kurang kencing pasti menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa.

Bayi kurang kencing, mengapa ia terjadi?

Kencing atau buang air kecil adalah proses semulajadi dalam tubuh. Apabila kita membuang air kecil, akan keluar zat yang sudah tidak diperlukan oleh badan lagi dalam bentuk cairan.

Proses ini tidak boleh ditahan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kepada saluran kencing dan seterusnya pundi kencing.

Orang dewasa normal akan membuang air kecil sebanyak enam hingga lapan kali sehari bergantung kepada cairan yang mereka ambil. Jadi bagaimana pula dengan anak kecil? 

Frekuensi orang membuang air kecil memang tidak sama kerana ia bergantung kepada jumlah cairan yang diambil. Ia juga bergantung kepada aktiviti yang dibuat, jika banyak berpeluh mungkin mereka akan kurang buang air kecil.

Tetapi bagi bayi, mereka sepatutnya buang air kecil 6 hingga 8 kali sehari yang mana ia bermakna mereka cukup susu.

Bagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan bayi yang minum susu ibu mungkin kurang kencing kerana susu ibu mudah menyerap dalam badan dan ia akan dikeluarkan pula dengan cara lain seperti berpeluh.

3 sebab bayi kurang kencing

#1. Minum susu ibu

Secara umumnya, menurut popmama kurang kencing wajar terjadi kepada bayi yang minum susu ibu berbanding susu formula. Ia kerana susu ibu dapat diserap ke dalam tubuh dengan lebih baik dan hanya sedikit yang dikeluarkan melalui najis seperti air kencing atau tinja.

Selain itu, perlu diingat, metabolisme setiap tubuh manusia tidak sama, dan ia bukan hanya bergantung kepada kekerapan buang air kecil saja, tetapi juga ketika berpeluh, buang air besar dan sebagainya. 

#2. Berat badan pengaruhi kekerapan kencing

Menurut heathline.com, jumlah kencing bayi normal adalah sekitar satu hingga dua mililiter/kg berat badan per jam. Ia bermakna, jika berat bayi antara dua hingga 5 kg, maka air kencing yang dihasilkan memang belum banyak, hanya 60 hingga 240 ml saja sehari. 

#3. Keadaan kesihatan bayi

Jumlah cairan yang diambil mempengaruhi kekerapan kencing bayi. Selain itu suhu di sekitar dan keadaan kesihatan bayi amat mempengaruhi kekerapan bayi membuang air kecil. Jika tidak sihat bayi mungkin mengalami muntah-muntah atau cirit birit. Jadi air akan keluar melalui dua aktiviti itu juga. 

Warna air kencing bayi juga mempengaruhi kesihatannya, jika kuning pekat, ia mungkin tanda bayi kurang air. 

Selain itu, bayi mungkin mengalami masalah pundi kencing seperti posterior urethral valve dan masalah saluran buah pinggang seperti vesico-urethral reflux.

Anak dehidrasi, apa yang parents patut tahu?

Apa yang patut mak ayah tahu? Menurut Dr Rusyainie Ramli, statistik menunjukkan di Malaysia, salah satu penyebab kematian kanak-kanak di bawah usia 5 tahun ialah Acute Gastroenteritis (AGE).

AGE disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus atau bakteria pada sistem penghadaman. Disebabkan simptom-simptom itu, kanak-kanak akan hilang air dan garam galian dari badan dan ini menyebab dehidrasi yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat dengan betul dan cepat.

Simptom-simptom anak dehidrasi

  1. Mulut kering
  2. Bila anak menangis, air mata tak ada atau sedikit sangat
  3. Mata nampak macam cengkung
  4. Untuk bayi, ubun-ubun dia macam ke dalam
  5. Lampin yang dipakai kurang jumlahnya dari biasa atau kurang kencing
  6. Kulit nampak kering dan sejuk dari biasa
  7. Merengek atau kelihatan tidak selesa
  8. Kelihatan lemah dan tidak bermaya

Tanda-tanda dehidrasi teruk

  1. Terlalu lemah atau mungkin tidak sedarkan diri
  2. Mata sangat cengkung
  3. Mulut dan lidah terlalu kering
  4. Anak menangis tetapi tiada air mata
  5. Tak mampu nak minum pun
  6. Kulit abdomen menjadi sangat kendur bila dicubit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Medical MythBusters Malaysia,popmama

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar