'Bayi Tadika' Lahir 4.8Kg Secara Czer, Ibu Dedah Tiap Malam Suka Minum Milo Ais & Tiada GDM

Bayi lahir besar 4.8kg secara czer telah menjadi bayi yang paling besar dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh baru-baru ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PETALING JAYA – Seorang ibu bukan sahaja mengejutkan para petugas hospital, malah tular di media sosial kerana melahirkan bayi comel seberat 4.8 kilogram (kg) menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

Lebih mengejutkan, ketika kelahiran anak keempat ini, seluruh petugas di wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak menjadi kecoh sebentar kerana bayinya adalah yang paling besar dilahirkan pada 1 September (Ahad) lalu.

Berkongsi pengalaman tersebut, Wan Nur Jahidah Wan Muin, 26, berkata dia tidak menyangka berat bayi perempuannya akan mencecah 4kg disebabkan sudah melakukan pemeriksaan berkala setiap bulan.

Perut Kelihatan Seperti Mengandung Kembar

“Cumanya memang perut saya besar dan ramai tegur tanya mengandung kembar ke. Masa hari nak bersalin baru pakar ‘scan’ banyak kali untuk dapatkan anggaran berat anak yang paling hampir.

“Situasi dalam wad masa tu heboh sebab ketika itu anak saya je yang paling besar. Bilik pembedahan dengan doktor serta para petugas wad bersalin kecoh pasal anak saya yang besar tu.

“Dah lepas bersalin pun jururawat dan doktor selalu ambil anak saya, mereka nak gomol sambil-sambil bagi susu sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bercerita lanjut, Wan Nur Jahidah berasal dari Machang, Kelantan tidak menolak kemungkinan bahawa tabiatnya suka minum milo ais pada setiap malam adalah penyebab kepada saiz anaknya yang besar itu.

Tidak Hidap GDM Ketika Hamil

Walau bagaimanapun, dia mengakui tidak menghidap penyakit kencing manis atau diabetes gestasi (gestational diabetes mellitus) serta tidak mengamalkan sebarang pemakanan atau minuman tetap semasa mengandung.

“Doktor ada tanya juga saya ada kencing manis masa mengandung ataupun tidak. Tapi masa mengandung memang saya tak ada kencing manis, alhamdulillah sihat je.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Cuma setiap malam saya suka minum milo ais. Mungkin juga tu sebab anak saya besar. Saya pun tak ada amalkan apa-apa susu untuk ibu hamil. Memang makan seperti biasa sahaja.

“Alhamdulillah saya dan bayi dah pun keluar wad dan kami berdua sihat. Tapi disebabkan pertama kali saya czer jadi berpantang tu lain sikit, kena berkorban lebih,” jelasnya.

Digelar ‘Bayi Tadika’

Terdahulu, gambar yang dimuat naik Wan Nur Jahidah di aplikasi TikTok tular sehingga mendapat lebih 3.3 juta tontonan, 455,300 tanda suka dan 86,300 perkongsian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan anaknya sungguh comel dan boleh terus melaporkan diri ke taska kerana saiznya yang agak besar berbanding bayi biasa.

Wan Nur Jahidah berkata, dia tidak menyangka hantarannya itu tular malahan tindakannya memuat naik gambar tersebut hanya sekadar untuk menyimpan memori indah sahaja.

“Tak sangka hantaran saya boleh FYP (for you page) sebab muat naik pun sekadar untuk kenangan di akaun sendiri. Tapi baca setiap komen tu memang lawak sebab pengguna semua gelarkan anak saya ‘bayi tadika’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan