Bayi Meraung Tak Henti-henti Ketika Bersunat, Adakah Dia Sebenarnya Rasa Sakit?

Sakit atau tidak apabila bersunat terutama bayi yang masih lagi kecil? Kami ada penjelasannya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sunat adalah salah satu rawatan pencucian alat kelamin lelaki yang dilakukan oleh orang melayu. Malah budaya dari kaum lain juga turut bersetuju untuk melakukan sunat ke atas bayi mereka. Namun begitu, adakah bayi lelaki bersunat akan merasai kesakitan?

Sunat adalah proses mengeluarkan kulit penis yang dipanggil sebagai kulup dari kepala zakar. Ia bertujuan untuk kebersihan dan perubatan.

Ada juga yang melakukannya atas alasan budaya dan agama. Walaubagaimanapun, menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bersunat ketika masih bayi lebih berisiko berbanding ketika di usia kanak-kanak.

Sakit bayi lelaki bersunat

Kredit: Facebook Puan Nur Rafraf Ahmad

Seorang ibu berkongsi pandangan berkaitan hal ini di Facebook miliknya.  Menurutnya, kajian yang dijalankan oleh Pediatrik & Kesihatan Kanak-Kanak mendapati bersunat ini menyakitkan bayi walaupun selepas bayi disuntik dengan ubat bius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah wanita ini lagi, kes bersunat ini mendapati 45% doktor saja yang akan suntik ubat bius kepada bayi. Selebihnya tidak.  

Bayi hanya akan dipegang dan ditenteramkan oleh ahli keluarga atau jururawat. Kemudian, doktor menggunakan antiseptik untuk mensterilkan tempat yang akan disunat tersebut.

Bagaimana ingin mencegah jangkitan kuman?

Walaupun begitu, setiap doktor memberikan pandangan yang berbeza-beza. Tapi apa yang pasti, bayi lelaki bersunat akan menyebabkan kesakitan dan tekanan kepada bayi baru lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengkaji dari University of Minnesota Institute of Child Development mendapati apabila bayi lelaki bersunat mereka akan teriak dan menangis tanpa henti hingga membuatkan kekurangan oksigen akibat terlampau lama menangis semasa berkhatan.

Beberapa kajian juga dijalankan untuk mengkaji sekiranya melakukan sunat di kalangan bayi lelaki akan mendatangkan kesakitan yang melampau. Sebaiknya berbincang dengan doktor bagaimana ingin menangani kesakitan bayi ketika bersunat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: CafeMom

Dalam beberapa kes, bayi lelaki bersunat dapat mencegah dari jangkitan saluran kencing dan mencegah kanser zakar pada lelaki dewasa.  

Kesimpulannya, bersunat ini adalah perkara wajib pada umat Islam selain memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kebersihan di masa hadapan. Hal ini kerana, zakar mudah dibersihkan selepas bersunat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, bayi akan berasa sakit tetapi sunat tetap wajib dilakukan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore

Foto kredit: Mynewshub, Siraplimau & Pixabay 

Baca jugaIni rupanya cara sunat anak lelaki dengan rawatan pakar bertauliah. Ibu bapa wajib tengok dan kumpul maklumat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan