Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!

Bayi makan mungkin waktu yang sukar bagi kebanyakan ibu, ada sesetengahnya makan sambil bermain dan ada juga menyembur makanan. Ini tips berdepan dengannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti bayi makan seharusnya menjadi sesuatu yang menggembirakan buat ibu dan si manja. Namun ia hanyalah sekadar harapan semata-mata kerana pada hakikatnya anak kecil anda tidak mahu makan, menunjukkan raut wajah menjengkelkan serta menyembur makanan ke lantai.

Sudah pasti sebagai ibu, anda berasa sangat kecewa kerana sudah memasak menu makanan bayi yang terbaik dan sebolehnya tidak mahu mencemarkan rumah. Persoalannya, mengapakah bayi suka menyembur makanan?

Baca juga: Resepi Berkhasiat Fluffy Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tidak Suka Makan Nasi!

Normalkah bayi makan sambil menyembur?

credit to sources

Setiap anak mempunyai mood tersendiri ketika makan sama seperti orang dewasa. 

Menurut pakar dari RS Royal Taruma, Dr Elisabeth Hutapea Spa, menegaskan bayi sembur air liur atau makanan disebabkan oleh aktiviti ini dianggap menyeronokkan. Dalam hal ini ia melibatkan gerakan refleks bayi. Dia hanya ingin bereksperimen dengan bahagian tubuh terutamanya mulut.

”Misalnya, saat mengumpul air liur dan mula menyembur, si manja mengenali bunyi yang dikeluarkan oleh mulut sendiri ”Brrr” bunyi ini bagi bayi sesuatu menyenangkan. Tidak hairanlah dia sering melakukannya berulang-ulang.” jelasnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala, Ibu Rose menjelaskan bahawa bayi sembur makanan disebabkan oleh dia ingin menguji kendali bahagian mulut. Ini amat penting dalam membantu si manja agar cepat bercakap.

Ibu jangan panik, tidak mengapa untuk membiarkan sahaja bayi melakukannya setiap kali makan. Ia cuma fasa perkembangan si manja, tidak ada kena mengena dengan akhlak.

Namun ibu hendaklah bijak untuk tidak meletakkan makanan dihidangkan kepada orang lain dekat dengannya agar semburan bayi tidak termasuk ke hidangan tersebut.

Tips mengatasi anak suka sembur makanan atau mengeluarkan makanan

Perilaku ini biasanya terjadi ketika bayi mula diperkenalkan makanan pejal pada usia seawal 6 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Itulah reaksinya terhadap makanan yang dianggap sesuatu yang asing. Selain sebab yang dinyatakan di atas, ada beberapa hal lain menjadi faktor pemicu anak suka sembur makanan iaitu:

  • Tumbuh gigi
  • Tidak menerima makanannya
  • Kenyang
  • Bosan melihat makanan 
  • Sakit
  • Makanan terlalu sejuk atau panas
  • Suapan terlalu banyak

Justeru, ada beberapa tips bagi membantu ibu berdepan dengan masalah anak suka menyembur ketika makan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ciptakan suasana makan

Ketika si manja makan, ibu ayah hendaklah menciptakan suasana yang membuatkan dia tidak fokus untuk menyembur. Anda boleh ajak makan bersama atau sambil berbual dengan bayi.

#2. Jangan memberi respon berlebihan

Ada sesetengah ibu ayah sering ketawa dan berasa teruja ketika anak melakukan sembur makanan. Ini sebaiknya perlu dielakkan ya, kerana ia membuatkan si manja berasa senang dan berjaya mencuri perhatian.

Dia juga akan cuba mengulangi perbuatan yang sama setiap kali makan. Bukan itu sahaja, elak memberikan respon marah berlebihan sewaktu berdepan bayi menyembur kerana ini akan membuatkan si manja trauma untuk makan.

#3. Membiarkan anak makan sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Ini boleh menjadi salah satu alternatif kerana anak yang makan menggunakan tangan sendiri biasanya memasukkan makanan yang disukai dan sekaligus tidak terjadinya kejadian sembur-menyembur.

#4. Ubah tekstur makanan

Ketika ibu memberikan anak makanan dengan tekstur lebih cair, ia sememangnya memudahkan untuk disembur. Adalah lebih baik mengubah jadi bentuk lain bagi mengurangkan anak melakukan perbuatan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu boleh ubah makanan menjadi bentuk hirisan kasar atau batang.

Jika si manja dalam proses tumbuh gigi, sediakan makanan sejuk atau biskut bagi mengurangkan rasa gatal gusi atau tidak selesa pada bahagian dalam mulut.

#5. Bersabar dan bercakaplah dengan anak dengan lembut

Kunci terakhir adalah kesabaran. Semua kesukaran anda hadapi dalam proses membesarkan anak memerlukan sabar yang tinggi. Tetaplah cuba pelbagai tips di atas dan konsisten sehingga ia membuahkan hasil.

Selain itu, tidak salah untuk ibu bercakap dengan si manja dengan nada lembut seperti ”Adik, kita makan dulu ya. Nanti kamu lapar dan sakit perut” atau ibu juga boleh menyuap makanan tersebut masuk ke dalam mulutnya.

Ibu juga dinasihatkan agar tidak memberikan susu atau snek ketika menghampiri waktu makan agar anak makan dengan berselera.

Sumber: Mamibuy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia