Kisah mengharukan, lelaki ini menguburkan 10,000 bayi mangsa pengguguran

Kerana kasihan , lelaki ini kebumikan dan mendoakan bayi-bayi mangsa pengguguran . Kini, beliau mendirikan rumah anak yatim bagi anak yang tak diingini ibu bapanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah mengharukan ini bermula bertahun-tahun yang lalu. Pada masa itu, Tong Phuoc Puc, seorang lelaki Vietnam, bersama isterinya yang sedang hamil pergi ke rumah sakit.

Saat itulah dia perasan bahawa ada wanita hamil datang ke rumah sakit untuk melahirkan, tetapi pulang tanpa membawa bayinya.

Kenyataan bahawa bayi itu telah digugurkan membuat Tong sangat sedih. Dia pun meminta agar jasad para bayi yang telah digugurkan boleh dia bawak pulang untuk dikebumikan.

Beliau memilih sebuah lereng bukit yang indah sebagai tanah perkuburan jasad para bayi yang malang. Selama 15 tahun Tong telah menguburkan dan berdoa untuk 10, 000 bayi hasil pengguguran.

Suatu hari, Tong menubuhkan sebuah institusi untuk menampung dan mengasuh para bayi yang tak diingini. Pada masa ini, ada kira-kira 100 kanak-kanak tinggal di tempat perlindungan itu.

Tong memberi kesempatan kepada orangtua anak-anak itu untuk mengambil kembali anak mereka, jika mereka telah siap menerima kehadiran si kecil yang tanpa dosa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihatlah video singkat ini. Sungguh sebuah kisah mengharukan yang menyentuh hati, apalagi bagi kita yang telah merasakan betapa bayi adalah sebuah anugerah di dalam hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

A.Maya.TM