[Video Viral] Janin 28 minggu gugur dalam ketuban tapi masih hidup dan bergerak!

Betul-betul menakjubkan... bayi masih dalam ketuban yang berusia kira-kira 28 minggu ini masih hidup dan bergerak walaupun berada di luar rahim!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali kita dengar tentang cerita viral bayi masih dalam ketuban, kita akan rasa sungguh kagum. Semasa kelahiran, biasanya ketuban, iaitu selaput pembungkus janin akan pecah supaya bayi dapat keluar dari rahim ibu.

Namun, perkara ini tidak terjadi pada bayi ini. Video bayi masih dalam ketuban yang viral di Facebook ini sudahpun dikongsi lebih daripada 195 ribu kali.

Tetapi para netizen yang sudah melihat video tersebut, kini tertanya-tanya jika bayi tersebut adalah mangsa keguguran. 

Dianggarkan bahawa bayi masih dalam ketuban itu berusia kira-kira 28 minggu.

Bayi yang berbalut kantung amnion itu masih hidup dan bergerak walaupun berada di luar rahim. Lihatlah video berikut untuk melihatnya.

Video bayi masih dalam ketuban

Amaran! Video ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan trauma bagi sesetengah orang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi masih dalam ketuban ketika lahir, mengapa ini berlaku?

Sumber gambar : Medical Talks, Facebook

Biasanya, semasa sakit bersalin normal iaitu kelahiran melalui faraj, kantung ketuban akan pecah sebelum bayi dilahirkan.

Dalam sesetengah kes, doktor pakar wanita ataupun jururawat juga akan memecahkan kantung dengan alat macam cangkuk yang panjang untuk mempercepatkan tempoh bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor pakar wanita turut akan melakukan yang sama semasa pembedahan caesar, tetapi dengan menggunakan pisau.

Kami pernah menulis kisah bayi yang dilahirkan masih dalam ketuban sebelum ini. Kelahiran jenis ini adalah keajaiban yang jarang berlaku dan dipanggil kelahiran caul atau topi dalam bahasa Latin.

Terdapat 2  jenis kelahiran di mana bayi masih dalam ketuban, iaitu:

1. Caul

Sumber gambar: Kelly O’Roke

Kelahiran caul berlaku apabila hanya sebahagian dari kantung amnion itu pecah dan selebihnya masih melindungi kepala dan muka bayi. Bayi itu akan nampak seolah-olah dia dilahirkan memakai topi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kantung ini hanya akan menutupi bayi dari kepala ke dada. Perut hingga ke kaki bayi itu bebas dari kantung amnion.

2.  En Caul

Kelahiran en caul pula adalah keadaan di mana bayi masih dalam ketuban ketika dilahirkan. Kes en caul hanya berlaku sekali dalam 80,000 kelahiran dan biasanya berlaku dalam kelahiran pramatang.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2010, kelahiran en caul dapat melindungi bayi pramatang dari trauma tekanan dalam rahim.

Bayi masih dalam ketuban ketika dilahirkan. Adakah ini berbahaya?

Menurut Dr. Susan Benson, pakar obstetrik dari St. Vincent Medical Group, Indianapolis, walaupun kelahiran caul sangat jarang, ia tidak akan membahayakan nyawa bayi.

Hampir semua bayi masih dalam ketuban ketika dilahirkan, tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi kecuali sudah didiagnosis terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya doktor tidak akan membiarkan bayi itu di dalam kantung amnion untuk masa yang lama dan akan segera memecahkannya supaya bayi boleh mula bernafas.

Menakjubkan bukan?!

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: laman Life NewsHellosehatApa yang perlu Jangkakan, theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Cerita Bersalin Ini Sungguh Gila Hingga Tak Dapat Diungkap Dengan Kata-Kata!

 

Penulis

Rosanna Chio