Bayi Mati Akibat Kekurangan Zat Makanan Akibat "Pemakanan Alternatif"

Hakim Mieke Butstraen berkata kematian Lucas adalah "hasil daripada pemberian makanan yang tidak sesuai. Ini telah menyekat pertumbuhannya sehingga menjejaskan kesihatannya dengan serius dan dia akhirnya meninggal dunia." Berat Lucas hanya 4.5 kg, ketika dia meninggal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepasang suami isteri telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Belgium baru-baru ini kerana menyebabkan kematian bayi mereka yang baru 7 bulan.

Lucas telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi kerana ibu bapanya mengamalkan pemakanan yang tidak konvensional.

Baca tentang : Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Dehidrasi

Ibu bapa bayi tersebut diberi hukuman enam bulan kerana gagal untuk mengambil tindakan yang mencukupi untuk menjaga anak mereka.

Organ-organ Lucas didapati telah merosot hingga separuh saiz yang sepatutnya dan organ-organnya tidak diliputi sebarang lemak langsung.

Hakim Mieke Butstraen berkata kematian Lucas adalah “hasil daripada pemberian makanan yang tidak sesuai.

Ini telah menyekat pertumbuhannya sehingga menjejaskan kesihatannya dengan serius dan dia akhirnya meninggal dunia.” Berat Lucas hanya 4.5 kg, ketika dia meninggal.

Kes ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap penggunaan perubatan alternatif dan tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ia jelas defendan sudah diberi hukuman yang berat kerana mereka perlu terus hidup dan menanggung beban dan kesedaran bahawa mereka telah menyebabkan kematian anak kesayangan mereka,” kata Butstraen.

Pemilik kedai makanan semulajadi

Gambar hiasan sahaja sebuah kedai makanan semula jadi. Sumber: newtonstewart.org

Ibu bapa Lucas adalah pemilik sebuah kedai yang menjual makanan semula jadi. Untuk menunjukkan sokongan sepenuhnya terhadap makanan alternatif, mereka telah menggunakan kaedah pemakanan ini untuk anak ketiga mereka yang baru dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca tentang:

Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda

Ibu bapa Lucas telah membuat tanggapan bahawa anak mereka mempunyai alahan laktosa dan gluten, walaupun ini tidak pernah didiagnosis oleh doktor.

Mereka telah melakukan eksperimen dengan memberi Lucas makanan alternatif yang berbeza seperti beras, quinoa dan susu buckwheat (buckwheat milk).

Laporan mahkamah menunjukkan mereka tidak pernah membawa anak berjumpa doktor dan telah berhenti menerima penjagaan sosial untuk anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya mereka telah mendapatkan nasihat daripada pelanggan-pelanggan yang mengunjung ke kedai mereka dan bahan bacaan dari internet.

“Defendan sedar kesihatan anak mereka yang semakin merosot, namun mereka tidak meminta bantuan perubatan dengan segera,” kata hakim.

Pada hari kematiannya, Lucas dibawa ke doktor homeopati terlebih dahulu. Dia telah meninggal semasa perjalanan mereka ke hospital.

Apabila bayi tidak mendapat zat yang cukup

Sumber gambar : speechfoodie.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemakanan yang betul sepanjang tahun pertama bayi anda hidup adalah sangat penting dan boleh memberi kesan yang berpanjangan untuk sepanjang hidupnya.

Semasa tempoh yang kritikal ini, sejumlah besar perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal sedang berlaku.

5 nutrien paling penting untuk bayi :

Zat besi – Zat besi adalah penting untuk perkembangan otak. Kajian menunjukkan kekurangan mineral ini boleh membawa kepada pemikiran-pemprosesan otak serta pergerakan motor yang berkurangan.

Kalsium – Mineral ini penting untuk perkembangan jisim tulang dan diperlukan untuk membina tulang yang kuat agar tidak mudah retak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zink – Selain mempunyai kesan positif ke atas pembangunan kognitif anak, zink juga boleh mengekalkan fungsi imun dan memastikan pertumbuhan dan pembaikan sel yang optimum.

Kekurangan zink dikaitkan dengan pertumbuhan yang terjejas, peningkatan jangkitan dan peningkatan risiko cirit-birit.

Vitamin A, D, E, dan K – Vitamin A menggalakkan penglihatan yang baik dan kulit yang sihat.

Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan membantu dengan pertumbuhan tulang – kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit riket.

Kuasa antioksidan vitamin E membantu pertumbuhan sel dan pembangunan sistem saraf. Vitamin K membantu pembekuan darah yang normal.

Vitamin C dan B – Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan membantu mencegah skurvi.

Vitamin B, termasuk asid folik, meningkatkan sistem imun dan saraf. Ia juga mengekalkan kulit yang sihat dan ton otot, menggalakkan pertumbuhan sel dan mengawal metabolisma.

Oleh itu, sebelum cuba memberi pemakanan alternatif untuk bayi anda, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu!

Laman internet mungkin penuh dengan nasihat yang berbeza-beza, tetapi ibu bapa patut merujuk nasihat doktor sebelum beralih kepada makanan yang kurang konvensional.

Sumber: Telegraph.UK, Parenting

Penulis

Rosanna Chio