Kematian bayi semasa dalam kandungan adalah pengalaman yang paling sedih dan tragik untuk ibu bapa.
Kegembiraan dan impian untuk mendakap si kecil dengan tangan sendiri berkecai begitu sahaja.
Begitulah kisah seorang ibu bernama Kayleigh dari Cardiff dengan anaknya Charlie yang mati dalam kandungan pada usia 35 minggu.
Apabila Kayleigh telah hamil, dia sangat gembira dan pasti dia akan menjadi ibu terbaik untuk anaknya.
Malangnya, semasa pengimbasan pada minggu ke-11, mereka telah mengesan masalah dengan kehamilan itu dan Kayleigh telah dirujuk ke Hospital Universiti Wales.
Harapan Kayleigh hancur apabila doktor memberi diagnosis bahawa kehamilannya tidak normal, dan ada kemungkinan Kayleigh akan kehilangan anaknya sebelum genap 20 minggu.
“Doktor telah bertanya jika saya ingin menamatkan kehamilan saya, tetapi saya tidak sampai hati dan saya akan tetap berjuang untuk anak saya.”
Menjelang minggu 25, Charlie telah membesar sehingga mencapai berat 0.7 kilo.
Dia juga mempunyai pelbagai masalah jantung, termasuk sebuah lubang besar di dalam jantungnya.
Walaupun ia diagnosis sebagai ‘tiada harapan untuk hidup’, Kayleigh tetap bersikap positif.
Katanya, “Taraf perubahan sekarang jauh lebih maju. Saya akan terus berdoa dan mengharapkan yang terbaik.”
Baca juga:
Doktor menawarkan pilihan untuk menamatkan kehamilan itu sekali lagi, tetapi Kayleigh telah menolak: “Saya akan cuba segala-galanya dengan harapan bayi saya akan hidup.”
Pada minggu ke-29 , Charlie berjaya mencapai berat badan dalam anggaran 1.2kg dan hati Kayleigh penuh dengan harapan.
Bersama dengan pihak hospital, Kayleigh telah mula membuat persiapan untuk kelahiran Charlie menerusi induksi.
Tetapi 2 minggu sebelum tarikh kelahiran, imbasan ultrasound menunjukkan bahawa jantung bayi Charlie telah berhenti.
Terdapat banyak sebab mengapa janin boleh mati dalam kandungan, diantaranya:
Masalah genetik – 30% keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-8 disebabkan oleh masalah genetik.
Embrio yang terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal untuk membesar dan membahagi untuk menjadi janin.
Plasenta dan tali pusat – Jika plasenta terpisah atau tercerai daripada rahim, bayi tidak akan mendapat bekalan darah dan oksigen yang diperlukan.
Ibu hamil mungkin akan mengalami pendarahan dan menyebabkan kelahiran awal.
Terdapat juga situasi dimana tali pusat bayi terbelit ketika dalam kandungan yang hanya dapat dikenal pasti sebaik saja bayi dilahirkan.
Kesihatan ibu – Kesihatan dan cara hidup ibu hamil juga boleh menyumbang kepada kesihatan bayi mereka.
Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi yang tidak dikawal, ataupun masalah struktur dalam rahim dan fibroid kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.
Jangkitan penyakit seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes malah demam panas yang melebihi 37.8C juga boleh menyebabkan keguguran.
Trauma – Kemalangan yang mengakibatkan hentakan kuat, terjatuh atau terhantuk boleh mendedahkan ibu kepada risiko kematian bayi dalam kandungan.
Walaupun banyak faktor yang boleh menyebabkan anak lahir mati, terdapat juga situasi di mana janin boleh mati tanpa sebab yang jelas.
Inilah sebab mengapa doktor selalu mengingatkan ibu hamil untuk sentiasa peka terhadap pergerakan bayi mereka.
Bayi yang normal dan sihat akan bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh masa 2 jam.
Sekiranya bayi didapati tidak bergerak untuk jangka masa yang panjang, segeralah berjumpa doktor.
Baca juga:
10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius
Sumber: Wales Online, Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia