Hospital Selamba Campak Bayi Yang Mati Selepas Lahir Dalam Baju Kotor Dobi

Ibu mana yang tak jadi gila, sudahlah bayi mati selepas lahir. Tiba-tiba, dapat tahu yang hospital selamba saja campak bayinya dalam baju kotor untuk dobi!

Bayi yang mati selepas lahir selamba dicampak begitu saja!

Malam selepas Esmeralda Hernandez melahirkan bayi pramatangnya, beliau memeluk erat bayi itu. 

Namun, bayi pramatang Hernandez tidak dapat diselamatkan. Hernandez sempat menamakan malaikat kecil beliau dengan nama José.

Malam itu, beliau meraung dalam bilik hospital mengenangkan bayi yang dikandungnya tidak berjaya hidup. 

Kredit: Flickr

Namun menurut peguam keluarga, pekerja Hospital Daerah di St. Paul, menawarkan sesi membakar mayat bayi itu dengan penuh “hormat dan bermaruah“.

Akan tetapi, 2 minggu kemudian, keluarga yang masih bersedih itu menerima satu berita yang cukup ngeri lagi kejam!

Seorang bayi yang sudah mati ditemui dalam longgokan kain kotor di sebuah dobi. Dobi tersebut terletak 45 batu dari hospital terbabit.

Bayi yang sudah mati itu pula masih memakai lampin dengan gelang pengenalan hospital! 

Seorang pekerja dobi dikatakan sedang mengatur baju-baju kotor dari hospital sebelum tiba-tiba seorang bayi tercampak keluar dari longgokan. Ya Allah!

Pihak hospital merahsiakan hal ini

Yang lebih menyedihkan, pihak hospital tidak terlintas pun untuk memberitahu hal ini ada keluarga Hernandez. 

Keluarga tersebut perlu menelefon dan menyoal hospital, barulah mereka mengaku bayi itu adalah José. 

Menurut laporan polis, bayi tersebut telah dibalut dengan kain linen dan diletakkan di atas rak di bilik mayat.

Namun, salah seorang pekerja hospital telah “tersalah anggap” dan menyangka kain linen tersebut merupakan kain kotor.

Inilah hospital terbabit. Kredit: Wikimedia Commons

Maka, dia mencampaknya ke dalam longgokan kain kotor untuk dihantar ke dobi.

Penemuan bayi tersebut di dobi mencetuskan kejutan. Pekerja di dobi itu tidak terus melaporkan penemuan itu pada pihak hospital.

Sebaliknya, mereka ternganga melihat Baby José, mengambil gambar dan menyebarkan di internet pula!

Keluarga itu kini akan menyaman pihak hospital terbabit sebanyak $50,000 atas “kesakitan dan sengaja mengganggu mental” ibu mangsa.

Permohonan maaf dari pihak hospital yang mencampak bayi dalam baju kotor

Jurucakap pihak Hospital Daerah itu telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin lepas, meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Namun, permintaan maaf itu tiada faedahnya!

2 hari selepas mayat José ditemui di kedai dobi, seorang bayi yang mati selepas lahir bernama “Chang” pula dilaporkan hilang.

Kredit: Wikimedia Commons

Menurut mahkamah, bayi tersebut mungkin juga dicampak ke dalam longgokan baju kotor sama seperti José!

Ini bukan lagi tindakan cuai, sebaliknya satu perbuatan kejam yang harus dihentikan. Di mana keadilan untuk bayi yang mati ini?

Ketika pihak polis menyoal hospital tentang kecuaian tersebut, mereka diberitahu yang ibu kepada mangsa telah memberi keizinan untuk mayat bayi itu dibuang tanpa pengebumian.

Ibu mana yang sanggup berbuat demikian! 

Cara pengurusan bayi yang mati selepas lahir

Selepas tergemparnya kisah ini, ramai hospital disoal tentang bagaimana mereka menguruskan bayi yang mati selepas lahir (stillborn). 

Terdapat beberapa hospital yang memasukkan badan si mati ke dalam beg plastik beserta label yang jelas.

Namun, hospital daerah tidak berbuat demikian. Sebaliknya, mereka akan membalut stillborn dalam kain linen dan diletakkan di atas rak bilik mayat.

Akan tetapi, kain linen yang mengandungi bayi tersebut seringkali dianggap sebagai kain kotor!

Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Jika itulah amalan hospital terbabit, setiap keluarga mangsa berhak menyaman mereka!

Gambar sekadar hiasan.

Sumber rujukan: The Washington Post dan MPR News

Kredit gambar: Pinterest

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comlif-badan-terputus-dua/

Penulis

Ayu Idris