Bayi Mati Selepas Minum Susu Ibu Yang Dicampur Dengan Air

Kematian tragis seorang bayi 10 minggu menyoalkan tentang susu ibu yang bercampur dengan air. Adakah bayi yang diberi susu ibu memerlukan air? Apakah akibatnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mac 2015 yang lalu, bayi yang hanya berumur 10-minggu Nevaeh Marie Landell meninggal dunia selepas ibu bapanya berulang kali memberi susu badan bercampur dengan air.

Susu ibu yang dicampurkan dengan air telah mengakibatkan penurunan dalam tahap elektrolit dan natrium Nevaeh dan menyebabkan otaknya membengkak.

Menurut pendakwa raya, Herbert George Landell dan Lauren Heather Fristed didakwa enggan memberi rawatan perubatan apabila anak mereka jatuh sakit; alasan yang diberikan adalah kerana kepercayaan agama mereka.

Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat.

Lauren Heather Fristed (kiri) and Herbert George Landell (kanan) didakwa membunuh bayi mereka kerana mencampur susu badan dengan air. Gambar: YouTube

Landell telah didakwa dengan jenayah pembunuhan dan penyeksaan. Fristed didakwa dengan jenyah penyeksaan yang teruk dan kekejaman terhadap anak-anak.

Laporan berita US menyatakan bahawa kedua-duanya berada dalam penjara tanpa diikat jamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sentiasa tragis untuk mendengar cerita seperti ini, terutama apabila ia agak jelas bahawa Nevaeh mungkin masih hidup jika ibu bapanya lebih berilmu mengenai penjagaan dan pemakanan bayi mereka yang masih kecil.

Apakah peraturan mengenai pemberian air kepada bayi yang masih diberi susu ibu di bawah umur enam bulan?

Adakah bayi sekecil ini memerlukan susu badan dan dan juga air kosong?

Atau adakah susu ibu menyediakan penghidratan yang mencukupi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Adakah bayi yang diberi susu ibu memerlukan air?

Pakar-pakar laktasi daripada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan La Leche League International (LLLI) bersetuju bahawa bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan.

Ini kerana susu ibu terdiri daripada 88% air – terutamanya “susu utama” yang ada dalam setiap makanan.

Oleh itu, susu ibu telah memenuhi semua keperluan penghidratan bayi anda.

Apa yang diperlukan untuk bayi yang baru lahir supaya kekal hidrat hanyalah kolostrum yang ada dalam susu badan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah risiko jika anda berikan juga air kosong kepada si kecil itu? Jom baca lebih lanjut.

Mengapa anda tidak perlu memberi air kepada bayi yang menyusu susu ibu yang berumur di bawah enam bulan?

Nasihat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Academy of Breastfeeding Medicine, American Academy of Pediatrics dan KellyMom.com menerangkan fakta-fakta berikut mengenai risiko memberikan air kepada bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif di bawah usia enam bulan:

  • Memberi air boleh mengganggu frekuensi normal penyusuan susu ibu dan boleh menyebabkan kekeliruan puting apabila air diberikan dari botol.
  • Memberi makanan tambahan seperti air atau air glukosa kepada bayi yang baru lahir boleh meletakkan si kecil itu pada risiko yang tinggi untuk peningkatan bilirubin (yang boleh menyebabkan penyakit kuning).
  • Ia boleh menyebabkan keracunan air, tanda-tandanya adalah pening, kekeliruan, mengantuk, bergerak-gerak dan sawan. Pakar perubatan professional mengatakan bahawa minum terlalu banyak air terutama untuk kanak-kanak di bawah umur satu tahun boleh mencairkan tahap natrium normal bayi dan boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan juga kematian.
  • Air tidak mengandungi kalori, yang bermaksud memberikan air kepada bayi anda membuatkan dia kenyang tanpa menambah kalori. Ini boleh menyebabkan kenaikan atau penurunan berat badan.

Jika mahu beri juga air kosong kepada bayi, bilakah masanya yang sesuai?

Memberi air kepada bayi: Bilakah masa yang sesuai?

Tidak kisahlah sama ada cuaca di luar sangat panas, bayi susuan ibu sepenuhnya masih tidak memerlukan air tambahan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda hanya perlu meningkatkan kekerapan anda menyusukannya untuk memastikan si manja anda kekal terhidrat.

Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk memberikan air kosong kepada anak saya?

Jawapannya: apabila bayi anda berumur enam bulan dan telah belajar untuk menggunakan cawan! 

Pakar mengatakan ia adalah baik untuk memberinya menghirup air beberapa kali sehari, tetapi tidak lebih daripada dua auns setiap 24 jam.

Juga, apabila si manja anda memulakan makanan pepejal, nasihat profesional adalah anda boleh memberikan kepadanya beberapa hirup susu atau air dengan makanan pepejal beliau untuk mengelakkan sembelit.

Untuk bayi yang lebih tua dan juga kanak-kanak, anda boleh terus menyusukan dan memberikan air secara sederhana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda terus menyusukan bayi selepas usia setahun, perlu diingatkan bahawa air susu itu masih menyediakan penghidratanyang banyak kepada anak anda kerana dia dibenarkan untuk menyusu tanpa batas.

Kesimpulan: Jadi, ibu-ibu tidak perlu risau. Air susu itu sudah cukup untuk mengekalkan hidrasi badan si kecil anda. Tidak perlu ditambah air jika dia menyusu badan ya!

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Philippines

Penulis

Michelle Goh