Ibu mana yang tidak sedih bila bayi yang dikandungkan tidak kesampaian untuk dilahirkan dengan sempurna dan bernyawa kerana bayi mati dalam kandungan.
Itulah yang terjadi pada bintang filem Twilight, Kellan Luts bersama isterinya Brittany apabila meratapi kematian anak pada usia kandungan enam bulan.
Bayi mati dalam kandungan
Bintang filem Twilight, Kellan Lutz mengumumkan berita tersebut bersama isterinya di mana mereka kehilangan anak pertamanya selepas enam bulan kehamilan.
Pelakon tersebut dan juga isterinya berkongsi foto hitam putih dan mendedahkan bahawa dia telah mengalami stillbirth.
Ia berlaku apabila bayi yang dikandungkan mati dalam rahim selepas 24 minggu hamil.
Dalam caption gambar tersebut, Kellan turut meluahkan rasa hati yang kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku kerana kejadian itu bermain dengan emosinya yang menunggu kelahiran cahaya mata.
Walaubagaimanapun, dia percaya emosinya itu akan pulih apabila berjalannya waktu.
Bintang filem ini juga menitipkan rasa syukur dan berterima kasih dengan semua pihak yang memahami situasi yang dialami pada masa sekarang kerana tidak putus-putus memberikan sokongan dan ruang waktu untuk mereka
menjelaskan apa yang berlaku terutama kepada pihak media.
Sementara itu isterinya, Brittany turut berkongsi mesej di Instagram miliknya dengan mengatakan dia teruja menjadi seorang ibu walaupun buat seketika.
Bahkan, dia sudah melakukan yang terbaik dan gembira melihat wajah kecil itu sepanjang masa ketika dipaparkan dalam skrin.
“Sayang…semoga kita dapat berjumpa kembali dan tunggu ibu di pintu syurga. Ibu amat mencintai kamu,” – tulisnya.
Penyebab bayi mati dalam kandungan dan cara mencegah
Setiap daripada wanita hamil tentunya berharap memiliki kandungan yang sihat sehingga bayi selamat dilahirkan ke dunia.
Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menolak takdir yang ditentukan Maha Esa apabila ada beberapa keadaan yang membuatkan bayi meninggal dalam kandungan atau kita panggil sebagai stillbirth.
Jom ketahui kondisi ini yang harus dicegah dan perlu mengambil langkah berhati-hati.
Menurut Dr Merry Dame Cristy Pane ada beberapa punca yang memicu keadaan ini berlaku seperti di bawah.
#1. Gangguan plasenta
Bayi meninggal dalam kandungan sering dikaitakan dengan plasenta yang tidak memberi kerjasama yang baik.
Ini kerana plasenta adalah organ yang menyalurkan nutrisi dan oksigen kepada ibu seterusnya menyalurkan pada kandungan.
Sekiranya organ ini mengalami gangguan, maka perkembangan bayi akan terbantut seterusnya menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.
#2. Penyakit ibu hamil
Ibu hamil yang mengalami penyakit tertentu dan tidak dikawal dengan baik juga boleh menyebabkan terjadinya stillbirth misalnya diabetes.
Ini kerana dengan adanya diabetes ia boleh meningkatkan risiko bayi meninggal dalam kandungan.
Bukan diabetes saja, tapi penyakit lain seperti darah tinggi dan preeklampsia juga turut berisiko terhadap stillbirth ini.
#3. Adanya infeksi atau jangkitan
Antara infeksi yang menyebabkan risko kematian bayi dalam kandungan adalah jangkitan bakteria berbahaya.
Kuman tersebut boleh tersebar dari vagina dan terus ke rahim kemudiannya memberi jangkitan kepada bayi. Seterusnya menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan ibu.
#4. Cacat lahir
Cacat lahir ini disebabkan gangguan kromosom yang menyebabkan ia terjadi. Di mana, struktur tubuh bayi kelihatan tidak normal atau mengalami cacat.
Selain kromosom, cacat lahir juga boleh disebabkan faktor genetik.
#5. Bayi terlilit tali pusat
Selain dari point di atas tadi, ada faktor lain yang memberikan risiko yang sama kepada bayi stillbirth. Iaitu satu keadaan apabila bayi terlilit tali pusat di bahagian lehernya.
Sekaligus, ia boleh menghambat aliran oksigen kepada bayi dan meningkatkan risiko stillbirth ini.
Cara mencegah bayi meninggal dalam kandungan
- Menjalani kehidupan yang sihat
- Bebas dari asap rokok dan minuman beralkohol atau ubatan terlarang.
- Pastikan anda memiliki berat badan yang ideal sebelum merancang untuk mengandung.
- Perhatikan pergerakan bayi dalam kandungan yang mula dirasakan sekitar 26 ke 28 minggu kehamilan.
- Catat setiap pergerakan bayi dengan betul dan tepat.
- Tidak skip berjumpa doktor kehamilan pada setiap bulan atau minggu supaya keadaan kandungan dapat dijaga dengan baik.
*****************
Kami di theAsianparent berharap Kellan dan isterinya tabah dengan dugaan ini dan boleh mencuba untuk hamil kembali pada masa yang akan datang.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hello Magazine, Alo Dokter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.combayi-meninggal-dalam-kandungan