Jiran Cubit Bayi Sampai Lebam, Layaklah Kena Denda RM6000!

Bayi lelaki berusia 10 bulan tersebut dipercayai dicubit kedua-dua belah telinga sehingga mengalami kesan lebam. Seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedangkan nyamuk nak gigit bayi sendiri pun kita jentik, apatah lagi orang lain nak cubit anak kita. Tular baru-baru ini bayi menangis tanpa sebab menjadi punca jiran mencubit bayi akibat geram!

Memang setimpal hukuman yang diberi kepada tertuduh yang telah dijatuhkan hukuman denda RM600o, atau dipenjara selama 3 bulan. 

Bayi lelaki berusia 10 bulan tersebut dipercayai dicubit kedua-dua belah telinga sehingga mengalami kesan lebam. Seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini.

Cubit sebab geram

Noor Aziana A. Samad, 33, dijatuhkan hukuman selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Wanita tersebut memberi alasan mencubit telinga bayi berkenaan dengan berkata “saya berasa geram kerana bayi itu menangis tanpa sebab dan keadaan rumah tiada air pada masa itu,”.

Ibu kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua belah telinga mangsa di sebuah rumah di Taman Melati, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2 petang, 5 Mac lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman

denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

 

Foto: Baby Center

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman setimpal 

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah bayi.

“Tindakan tertuduh mencubit telinga bayi berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kesan lebam adalah tidak wajar kerana mangsa tidak berdosa.

Tertuduh mempunyai anak kecil seharusnya dia menjaga mangsa seperti anaknya sendiri dan bukannya melakukan perbuatan tersebut,” katanya.

Noor Aziana yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun serta dia tidak bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gagal mengawal kemarahan

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu iaitu ibu mangsa ingin mengambil anaknya dari rumah tertuduh terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah telinga dan luka pada dahi serta tangan kiri mangsa.

Pengadu telah bertanya kepada tertuduh dan diberitahu anaknya yang menggigit mangsa.

Namun, selepas pengadu memberitahu yang dia mahu membuat laporan polis, tertuduh terus mengaku mencubit mangsa kerana bayi itu menangis selain tertekan dengan keadaan di rumahnya yang tiada air selain gagal mengawal kemarahan.

Kesan pada emosi bayi yang didera 

Sewaktu bayi lah emosi mereka akan mula terbentuk, jadi jika sedari kecil mereka rasa terancam dan tidak dilayani dengan baik efeknya adalah apabila mereka membesar nanti. Ini antara kesan apabila emosi mereka terganggu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1.Memendam amarah: Selalunya, mereka yang pernah mengalami penderaan emosi tidak tahu bagaimana menangani rasa marah atau sedih.

Mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkan dengan cara yang sihat jadi, mereka memilih untuk memendam hingga kadang-kala ‘meletus’.

#2.Tidak mempertahankan diri: Akibat dari sering didera secara emosi, mereka sukar untuk mempertahankan diri sendiri. Mereka menjadi takut untuk mengambil tindakan dan sering mengelakkan konflik.

#3.Selalu mengambil hati: Mereka akan lebih memilih untuk memuaskan hati orang lain berbanding diri sendiri kerena pengalaman yang menakutkan.

#4. Keresahan atau kemurungan: Akibat terlalu banyak memendam rasa dan emosi, mereka sering kali mempunyai masalah keresahan atau kemurungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Terlampau pemalu: Akibat sering terpaksa berdiam diri, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan orang lain.

#6. Sering menyalahkan diri sendiri: Walaupun bukan mereka yang bersalah, mereka akan memilih untuk menyalahkan diri sendiri.

Akibatnya, mereka menjadi takut untuk mengambil risiko dengan apa yang mereka benar-benar mahukan.

#7. Membuli diri sendiri: Sentiasa memikir yang buruk tentang diri sendiri hingga menjatuhkan diri sendiri. Kerana sudah terbiasa diperlekehkan.

#8. Memerlukan pujian: Akibat sering didera, mereka rasa seperti perlu dipuji apabila melakukan sesuatu tugasan. Ini kerana mereka sudah terbiasa direndahkan.

Dari sudut sebagai seorang ibu atau bapa, lihat saja bagaimana penderaan emosi boleh memberi kesan terhadap seseorang untuk jangka masa yang lama.

Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai emosi mereka terdera.

Jika ada di antara anda yang pernah mengalami penderaan emosi dan mengalami simptom di atas, janganlah malu untuk mendapatkan bantuan.

Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjutawan-malaysia