Kes-kes bayi meninggal dunia akibat kecuaian ibu bapa kian terjadi, terutamanya kerana ketandusan ilmu mengenai pengambilan makanan untuk bayi yang baru lahir.
Baru-baru ini, terjadi kejadian menyedihkan di Jakarta Barat mengenai bayi yang tersedak setelah disuap buah pisang.
Paling sayu, bayi itu baru berusia 40 hari, yang mana kita mengetahui usia sedemikian tidak boleh diberi makanan lain kecuali susu ibu. Bagaimana keadaan ini berlaku?
Kronologi bayi meninggal kerana pisang
Bayi yang dikenali sebagai AH itu disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad 8 Disember yang lalu, ketika dia dibawa ke Pusat Kesihatan Kebon Jeruk. AH adalah salah seorang daripada anak kembar kepada Yuni Sari, 27 tahun dan Husaeni, 34 tahun.
Apabila pihak perubatan membuat pemeriksaan, tiada kesan luka ditemui pada badan bayi, jadi pihak polis tidak menangkap pasangan suami isteri ini dan bayi malang tersebut terus dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) Jakarta bagi menjalani proses bedah siasat.
Namun, laporan forensik mendapati bahawa bayi meninggal akibat tersedak beberapa keping pisang di saluran pernafasan.
Bayi tercekik pisang sehingga mati, tidak disedari ibu
Pihak polis di tempat kejadian menyatakan kematian bayi itu berlaku disebabkan oleh kecuaian ibunya. Ibu bayi berkenaan, Yuni mendakwa bahawa dia tidak tahu bayi yang masih berusia 40 hari tidak dibenarkan mengambil pisang.
“Dia tidak tahu bayi yang berusia 40 hari tidak boleh makan selain susu ibu. Akibat kecuaiannya, dia kehilangan bayinya sekelip mata,’’ kata pihak polis.
Mangsa telah dikebumikan di Wilayah TPU Kedoya Utara, Jakarta Barat.
Bahaya beri bayi makanan pejal seawal 6 bulan
American Academy of Pediatrics menekankan bahawa dalam 6 bulan pertama, bayi hanya boleh diberi susu ibu. Namun begitu, bayi pada usia 6 bulan ke atas dikatakan bersedia diberi makanan tambahan yang secara sedikit, berbentuk lembut dan halus.
Selain usia, beberapa aspek lain bagi menunjukkan bayi sudah bersedia untuk menerima makanan pejal, seperti:
#Bayi boleh duduk bersendirian tanpa bantuan
#Bayi boleh menggerakkan tangan mereka
#Si kecil boleh memegang kepala semasa berdiri tegak
#Bayi menunjukkan keinginan untuk makan dengan membongkok ke hadapan atau membuka mulut mereka
Menyuapkan makanan pejal pada bayi tanpa nasihat doktor tidak dibenarkan. Akan tetapi, terdapat makanan yang membahayakan jika diberikan kepada bayi di bawah umur 4 bulan jika ia mengandungi nitrat (garam).
Makanan bayi yang terlalu banyak nitrat akan menyebabkan gangguan darah kerana penghasilan methemoglobin yang tidak normal. Beberapa makanan yang dimaksudkan adalah bayam, bit, lobak merah, kacang hijau, atau labu
Cara yang betul beri makanan pada bayi
Selain usia dan tahap kesediaan si manja, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui ibu bapa tentang pemberian makanan, termasuklah:
#1 .Mula dengan bersederhana
Langkah pertama menyuapkan makanan pejal, ibu ayah perlu memberinya sikit demi sikit dan lihat reaksi bayi pada makanan berkenaan, seperti adakah kesan cirit-birit, ruam, atau muntah.
Setelah bayi boleh menerima dan terbiasa, barulah ibu ayah memikirkan menu yang seterusnya.
#2. Ambil kisah tentang nutrien
Pastikan setiap menu memberikan nutrisi lengkap untuk tumbesaran anak. Selain nutrisi seimbang, pengambilan zat besi dan zink adalah komponen yang penting pada usia ini.
#3. Jaga tekstur
Apabila memberi makanan pejal buat kali pertama, ibu ayah perlu beri perhatikan tekstur makanan. Suap makanan sedikit-sedikit supaya penghadaman tidak terkejut dan bayi tidak tersedak.
#4. Tambah menu sayur-sayuran dan buah-buahan
Jangan lupa untuk beri buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut kesesuaian usia bayi. Ingat! Ibu ayah harus terlebih dahulu jadikannya sebagai puri.
Bagaimana jika bayi enggan makan?
Dalam sesetengah keadaan, bayi menolak makanan anjal kerana mereka terbiasa minum susu ibu setiap hari. Jika ini berlaku, ibu ayah jangan stress sehingga memaksa anak menerima apa sahaja yang disuap.
Pakar mencadangkan agar ibu ayah cuba lagi dalam tempoh seminggu. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini berlarutan, ibu ayah perlu segera merujuk doktor.
Kami di theAsianparent Malaysia bersimpati dengan kisah bayi mati kerana tercekik pisang. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita tentang pentingnya pengetahuan tentang pemberian makanan anjal kepada bayi dan diharapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Sumber: Penulis asal Nisya. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Makan pejal pertama bayi: Apa ibu boleh buat dan apa yang tak patut dibuat