Netizen digemparkan dengan kes bayi merangkak atas jalan
Kejadian ini berlaku di New York. Seperti yang kita tahu, jalan raya di Malaysia ini memang sibuk. Apatah lagi jalan raya di New York itu kan… pasti lebih sibuk dan padat! Di tengah kesibukan itu, perkara terakhir yang kita ingin lihat adalah bayi merangkak atas jalan.
Tapi, sebuah video tular menunjukkan seorang bayi merangkak sendiri di tengah kesibukan jalan raya! Ibu kepada bayi, Ledrika Ford, telah didakwa atas kesalahan membahayakan keselamatan anak pada 9 Mac 2018.
Lihat video di bawah:
Bayi merangkak atas jalan raya: Mana ibunya?
Menurut Jabatan Polis Utica, mereka menjalankan penyiasatan sejurus selepas penemuan bayi merangkak atas jalan raya tersebut.
Mereka berjaya menemui Ledrika, ibu kepada bayi yang berusia 9 bulan itu setelah mencarinya selama berjam-jam. Ledrika menjelaskan dia berada di dalam kereta bersama saudaranya dan dia sendiri tidak tahu bagaimana anaknya boleh berada di tengah jalan!
Apa??!!! Hmm…
Menurutnya lagi, dia meletakkan anaknya di kerusi belakang dengan selamatnya. Tapi apabila dia menoleh ke belakang, anaknya sudah tiada dalam kereta!
Selepas mencari beberapa ketika, Ledrika berjaya menemui anaknya. Leftenan Bryan Coromato dari Jabatan Polis Utica berkongsi, mereka telah melaporkan perkara ini kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.
Anak Ledrika yang berumur 9 bulan, 1 tahun, 2 tahun dan 5 tahun akan diambil dari Ledrika Ford. Ledrika bukan dalam tahanan polis tapi jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara selama setahun.
Bayi merangkak atas jalan: Langkah keselamatan yang perlu kita ambil tahu selepas bayi mula merangkak
Sementara kisah bagaimana anak Ledrika terlepas masih menjadi misteri, tapi kita tahu yang apabila anak kita mula aktif bergerak, mata kita tak boleh lepas dari mereka.
Ibu, apabila anak kita sudah boleh merangkak, memang susah untuk kita perhatikan setiap gerak-geri mereka.
Ini adalah beberapa langkah keselamatan yang boleh kita ambil:
- Pastikan kabel dan wayar elektrik jauh dari capaian mereka. Jika si kecil anda boleh capai wayar, mereka boleh tarik barang yang berat seperti lampu dan besi, pasti membahayakan nyawa!
- Guna penutup keselamatan untuk mengelak anak memasukkan jarinya atau permainan ke dalam suis elektrik.
- Pastikan lantai bersih dari benda-benda yang boleh nuat bayi anda tercekik, beracun atau benda tajam.
- Jangan lupa untuk memasang pagar keselamatan untuk menghalang bayi anda dari merangkak atau terjatuh dari tangga.
Keselamatan anak di luar rumah juga adalah tanggungjawab anda.
Panduan keselamatan bila keluar bersama anak
- Apabila menaiki kenderaan, pastikan anda menggunakan car seat yang sesuai dengan umur dan berat anak anda. Pastikan juga car seat dipasang dengan betul mengikut panduan.
- Jangan sesekali meletakkan anak anda di paha semasa memandu.
- Pastikan anda periksa dulu tempat duduk belakang sebelum keluar kereta. Anda boleh tinggalkan barang di tempat duduk belakang untuk memastikan anda tidak terlupa untuk membawa anak anda keluar.
- Pastikan kereta berkunci walaupun anda letak kereta di dalam rumah.
- Pastikan kunci tidak diletakkan berdekatan dengan anak.
Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Sama-sama kita menjaga keselamatan si kecil yang tercinta ini, ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcar-seat-untuk-bayi/