Penumpang Sepakat Nyanyikan Lagu Baby Shark, Tenangkan Bayi Naik Kapal Terbang

Bayi naik kapal terbang adalah sesuatu sukar diramal kerana ada kalanya mood si manja baik dan juga meragam hingga mengganggu penumpang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa pasti tahu akan kesukaran untuk membawa bayi naik kapal terbang. Mungkin juga ada di antara anda yang pernah mengalaminya.

Memandangkan perjalanan yang mengambil masa agak lama, tidak semua anak kecil boleh duduk diam di dalam kapal terbang

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Penumpang menyanyi untuk hilangkan ketakutan bayi dalam kapal terbang
  • Tips terbaik untuk bawa anak anda naik kapal terbang 

Penumpang menyanyi untuk hilangkan ketakutan bayi naik kapal terbang

Begitulah menurut perkongsian sebuah video yang tular di Facebook baru-baru ini yang mana seorang bayi menangis dan cuba ditenangkan oleh bapa dan penumpang.

“People are amazing!”Begitulah kapsyen untuk video tersebut yang memperlihatkan video seorang bayi menangis yang kemudian ditenangkan oleh kesemua penumpang di dalam kapal terbang tersebut sambil menyanyikan lagu rancangan kartun popular. 

Apa yang menarik sekali adalah penumpang-penumpang kapal terbang ini menyanyikan lagu Baby Shark! Sudah pastinya, lagu tersebut adalah lagu kegemaran anak kecil ini. Bayi yang dilihat menangis ini sambil didokong oleh bapanya kelihatan sudah semakin tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sikap bertimbang rasa yang ditunjukkan oleh penumpang-penumpang di dalam video wajar dipuji kerana mereka dilihat tidak terganggu sewaktu bayi berkenaan meragam, namun sama-sama membantu seorang ayah menenangkan anaknya.

Perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan dihujani dengan beberapa komen.

Ramai berpendapat bahawa penumpang kapal tersebut mempunyai hati yang sangat baik. Malah, ada juga yang turut memuji penumpang-penumpang yang tahu mengenai lagu Baby Shark! Memang menarik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips terbaik untuk bawa anak anda naik kapal terbang 

Seperti yang anda sendiri sudah sedia maklum, bukannya mudah untuk membawa bayi sewaktu mengembara atau melancong. Kadang-kala, ia boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa. Tidak mengapa! Kami ingin kongsikan beberapa tips mudah untuk anda yang ingin membawa anak anda terutamanya bayi untuk naik kapal terbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa

Ibu bapa kena pastikan bayi anda berasa kenyang dan selesa. Kalau boleh, tukar lampin bayi siap-siap. 

#2. Susukan bayi atau beri mainan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyusu boleh membantu menghilangkan dengung pada telinga bayi. Selain itu, anda juga boleh cuba beri mainan pada anak anda untuk alihkan perhatian.

#3. Bawa makanan kudapan untuk bayi

Bayi pun suka makanan kudap-kudap atau snek. Waktu inilah anda boleh cuba beri makanan kepada anak anda. Tidaklah nanti anak anda terasa lapar sewaktu berada dalam kapal terbang.

Ibu bapa, apa kata cuba tips ini terlebih dahulu untuk bantu anak anda lebih selesa dalam kapal terbang. Barulah, anda sendiri boleh naik kapal terbang dengan selesa lepas ini tanpa perlu risaukan anak anda. Sekian, perkongsian untuk kali ini. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Detik-Detik Cemas Seorang Ibu Bersalin Dalam Kapal Terbang, Bayi Diberi Nama ‘Sky’

Baca juga: Kapal Terbang Mainan Terbaik, Jom Lihat 6 Pilihan Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Si Kecil

Baca juga: Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Penulis

Nina Osman