Garu kepala si ibu apabila anak tak mahu berenggang langsung. Bayi ngempeng setiap masa, aduhai peningnya. Tak tahu apa silapnya tapi asal tinggal sahaja, mulalah anak menangis dan melalak sampai riuh rumah dibuatnya. Alahai, tak boleh langsung si anak berpisah dengan ibu. Malah, kalau si ibu tak berada di depan mata, habis satu rumah anak mencari memanggil nama si ibu berulang kali.
Pernahkah perkara ini terjadi kepada anda? Atau adakah anda sedang mengalaminya sekarang?
Kepada para ibu yang baru pertama kali menghadapi situasi ini, memang boleh jadi satu masalah sebenarnya. Apatah lagi kalau si ibu perlu pergi kerja ataupun perlu melakukan tugasan rumah. Seperti kita sedia maklum, tugasan di rumah memang banyak dan bukannya mudah. Kalau anak asyik berkepit sahaja, nampak gayanya memang tak siaplah satu kerja. Lagi-lagi kalau anda kena mengendong anak sambil buat kerja rumah. Boleh penat tangan kan ibu?
Adakah anda tertanya-tanya kenapa agaknya ya anak anda tak boleh berpisah dengan anda langsung? Mari kami ceritakan.
Sebab utama bayi ngempeng & tak mahu berenggang
#1 Separation anxiety
Pernah dengan sindrom mak-mak? Sindrom yang mana si ibu tak boleh tinggalkan anak sekejap? Jangan tak tahu kalau si mak ada, anak pun ada tau! Situasi yang mana anak tidak boleh berenggang dengan mak adalah satu situasi yang dipanggil Separation Anxiety.
Keresahan untuk berpisah. Itulah yang anak anda rasakan sebenarnya bila anak anda tidak nampak anda di depan mata. Menangis, dan tak boleh tidur kalau anda tak bersama anak anda.
Ini terjadi lagi-lagi untuk ibu yang menyusu badan, bayi ngempeng itu adalah perkara biasa. Nak tidur mesti kene ngempeng!
#2 Terlalu manja dan rapat
Bayi ngempeng kalau dah manja dengan ibu ke hulur ke hilir nak berkepit memang susahlah anak anda nak lepaskan anda ke mana sahaja. Sebabnya satu sahaja, anda mungkin banyak menghabiskan masa dengan anak jadi hubungan anda dan anak anda bertambah erat. Makin resah anak dibuatnya kalau anda tiada disamping anak anda.
#3 Anak takut anda tidak kembali
Perasaan takut kalau ibu tak ada ini memang salah satu punca kenapa anak anda tidak mahu berpisah dengan anda. Mungkin juga disebabkan anda kurang menghabiskan masa dengan anak. Ia boleh menjadi satu faktor mengapa anak anda takut bila anda tiada.
“Saya stress sangat ini apa yang patut saya buat?”
Jangan risau para ibu! Situasi ini tersangatlah normal. Cuma anda kena tahu macammana cara nak menangani dan mengawal situasi ini. Kebiasaannya, anak tidak mahu berenggang dengan ibu apabila umurnya sudah masuk 7 bulan sampailah kanak-kanak. Sebab anak dah mula kenal ibu dan boleh rasakan kehadiran ibu. Jadi, bila berpisah, memang resah gelisahlah anak anda kalau tak nampak anda.
Bertenang para ibu. Memang boleh pening dibuatnya tetapi keadaan ini tidak lama. Biasanya ia akan berakhir menjelang anak anda memasuki umur 3 tahun. Bawakkan bersabar ya.
6 cara untuk elak bayi ngempeng
Dengan mengamalkan cara-cara yang kami cadangkan ini, secara tidak langsung ia akan membantu anda dan anak anda terutamanya untuk lebih berdikari.
#1 Beritahu anak anda
Kalau anda hendak pergi ke dapur, beritahu anak anda atau pun kalau anda hendak buat kerja. Ini kerana walaupun anda rasa bahawa anak anda tidak memahami anda, tetapi sebenarnya bila anda beritahu anak anda yang anda nak buat kerja dan akan kembali semula. Sekaligus, ianya akan mengajar anak anda untuk melepaskan anda. Memang susah mula-mula tapi anda boleh cuba. Kalau anda tiba-tiba hilang, lagi parah dibuatnya untuk anak anda.
#2 Ajar bye bye
Ni adalah satu saranan daripada Maryam Jamadi seorang pakar Pediatrik Cara Kerja yang menyarankan agar ibu mengajar anak bye-bye setiap kali hendak keluar. Dari situ, anda memberitahu bahawa anak anda bahawa anak nak keluar. Buat seronok-seronok sikit barulah anak anda rasa terbiasa lama kelamaan.
#3 Cepat-cepat tinggalkan
Ini bukanlah bermaksud anda harus jadi kejam ya. Ini maksudnya anda tidak boleh berlengah-lengah di hadapan pintu dan mengucapkan selamat tinggal. Kalau anda dah lambat-lambat dekat situ, lagilah anak anda susah nak lepaskan anda. Yang penting, anak anda kena belajar berhenti menangis kalau anda tak ada.
#4 Cuba latih anak anda
Perkara-perkara ini begini memerlukan usaha dan masa sampailah anak anda dah biasa bila anda tiada. Jadi apa yang anda perlu buat ialah latih anak anda biasakan diri bila anda tiada. Sebagai contoh, kurangkan masa anda melayan anak atau keluar ke kedai dan tinggalkan anak anda dengan suami anda.
#5 Tunggu masa sesuai
Nak tinggalkan bukan sebarang tinggal tau. Kena tengok masa yang sesuai juga. Kalau masa anak anda hendak tidur atau waktu makan. Baiklah anda jangan tinggalkan anak anda kerana masa tersebut memang tak sesuai. Cari waktu anak anda bermain atau sebagainya. Bayi ngempeng waktu tidur adalah normal jika mereka masih 3-6 bulan. Tapi selepas itu bolehlah belajar tidur sendiri ya.
Sumber: The Zuriat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Susah Bila Anak Selalu Nak Berdukung! Ibu Jangan Stres, Ini Sebab & Cara Menghadapinya!