TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi Patah Tulang Paha Lepas Balik Taska - Anda Tahu Apa Tanda Anak Didera?

4 min bacaan
Bayi Patah Tulang Paha Lepas Balik Taska - Anda Tahu Apa Tanda Anak Didera?

Bayi patah tulang paha selepas bapanya jemput dari taska. Pengasuh mendakwa yang mereka tidak tahu apa yang terjadi sehingga tulang paha patah.

Ibu bapa mana yang tidak berang apabila anak yang dihantar ke taska pulang dalam keadaan menangis. Ini yang dilalui oleh Muhsin Zaidi, apabila mendapati anaknya yang masih bayi patah tulang paha selepas beliau menjemput anaknya itu dari tadika.

Apa yang terjadi? Bagaimana bayi berusia 3 bulan boleh patah tulang paha?

Bayi patah tulang paha: Luahan hati seorang bapa

bayi patah tulang peha, bayi patah tulang paha, pengasuh dera budak, pengasuh, bayi didera, bayi cedera, tulang peha patah

Muhsin kongsikan luahannya di Facebook. Ini apa yang diutarakan ayah tersebut.

Anak aku, Hannah, yang berusia tiga bulan itu patah paha. Tak tahu jadi macam mana. Tahu-tahu pengasuh call suruh datang ambil,” demikian perkongsian awal Muhsin Zaidi mengenai bayi perempuannya yang mengalami patah kaki di bawah jagaan pengasuh semalam.

Muhsin yang juga bekerja sebagai pembantu perubatan di hospital kerajaan pernah mengendalikan kes patah tulang.

Dia memberitahu ketika dia mengambil Hannah apabila mendapat panggilan dari pengasuh, dia telah membuat pemeriksaan biasa pada anaknya dan mengatakan anaknya jelas patah tulang.

Yes, it was very obvious deformity!! Kau tahu spiral fracture ini apa mekanisme kecederaan dia? Orang pegang dan pulas. Cuba kau pegang ranting sebesar ibu jari, kau pulas kuat-kuat. Ha, itulah dia punca spiral fracture. Budak tiga empat tahun ada tenaga sekuat itu ke? bayi patah tulang peha, bayi patah tulang paha, pengasuh dera budak, pengasuh, bayi didera, bayi cedera, tulang peha patah

Muhsin mengesyaki yang Hannah didera di taska dan meminta mana-mana individu yang arif tentang perundangan untuk menghubunginya.

Bayi patah tulang paha – Adakah dia didera?

Melalui status Facebook-nya yang lain, seorang wanita yang mengatakan dirinya sebagai seorang pengasuh menyuruh Muhsin untuk tidak menuduh taska atau pengasuh kerana mungkin kecederaan ini berlaku atas kesalahan parents sendiri.

bayi patah tulang peha, bayi patah tulang paha, pengasuh dera budak, pengasuh, bayi didera, bayi cedera, tulang peha patah

bayi patah tulang peha, bayi patah tulang paha, pengasuh dera budak, pengasuh, bayi didera, bayi cedera, tulang peha patah

Screenshot di atas menunjukkan wanita tersebut mengatakan dia “masak” dengan perangai ibu bapa yang gemar menyalahkan pihak taska atau pengasuh jika sesuatu berlaku pada anak mereka. 

Bayi patah tulang paha: Tanda-tanda anak didera di tempat pengasuh

Sebagai ibu bapa yang bekerja, kita memang tiada pilihan lain selain menghantar anak untuk dijaga pengasuh. Walaupun berat hati untuk membiarkan orang lain menjaga anak, kita terpaksa percaya pada tempat asuhan untuk menjaga anak kita.

Tapi sebagai ibu bapa, tugas kita adalah untuk tahu apa tanda-tanda anak didera di tempat pengasuh.

Menurut seorang doktor pakar homeopati, Dr. Suriyakhatun, ada beberapa petanda yang yang ibu bapa harus tengok untuk lebih berhati hati.

Selalunya tandanya jelas apabila kita menghantar anak ke rumah pengasuh atau semasa mereka tidur. Antara tanda-tandanya adalah:

  • Anak menunjukkan tanda tidak suka seperti menangis atau tak mahu keluar dari kenderaan.
  • Muka anak berubah apabila melihat pengasuh.
  • Anak tidak mahu dipegang atau didukung pengasuh.
  • Sering kencing malam tetapi sebelum ini tidak pernah atau jarang kencing malam.
  • Anak ketap gigi.
  • Anak menggigit kuku atau bibir.
  • Anak menjadi lebih sensitif di luar kebiasaan.
  • Anak menjadi nakal dan cepat marah.
  • Tanda-tanda lebam pada tubuh badan.

Anak didera juga akan menunjukkan trauma dan menurut The National Child Traumatic Stress Network, ini adalah beberapa simptom yang ditunjukkan apabila kanak-kanak mengalami stress:

  • Mudah terkejut seperti contoh tersentak badan apabila kita memegang tangan atau kepalanya
  • Takut apabila didekati oleh orang dewasa yang tidak dikenali
  • Takut apabila berjauhan dengan ibu atau bapanya
  • Tiada selera makan
  • Tidur terganggu pada waktu malam
  • Mengigau atau meracau dalam tidur

Jika anak anda mengalami sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu berhati-hati dan jika anak anda sudah boleh menjawab soalan, tanya mereka tentang apa yang berlaku.

Cara lain yang boleh anda lakukan adalah dengan melalukan spotcheck. Datang ke taska anak anda pada masa yang mereka tidak jangka. Dari situ anda boleh melihat cara mereka melayan anak anda.

Cara ini juga boleh membuatkan pengasuh lebih berhati-hati jika mereka tahu yang mereka diawasi dan anda boleh datang pada bila-bila masa.

Kami berharap isu ini tidak akan berulang lagi dan kami juga doakan agar Hannah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa
The Baby Brand Every Malaysian Parent is Talking About — Don’t Be the Last to Try It
The Baby Brand Every Malaysian Parent is Talking About — Don’t Be the Last to Try It

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Muhsin Zaidi

Baca juga:

5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Orang gaji
  • /
  • Bayi Patah Tulang Paha Lepas Balik Taska - Anda Tahu Apa Tanda Anak Didera?
Kongsikan:
  • Pengasuh Dera Bayi Sambil Cakap "Anak Jahat", Dirakam Dalam Video, Cukup Kejam!

    Pengasuh Dera Bayi Sambil Cakap "Anak Jahat", Dirakam Dalam Video, Cukup Kejam!

  • Kisah Benar Majikan dan Pembantu: Saya Tangkap Suami Curang Dengan Pembantu Di Rumah Sendiri!

    Kisah Benar Majikan dan Pembantu: Saya Tangkap Suami Curang Dengan Pembantu Di Rumah Sendiri!

  • Gaji Pengasuh Anak Meghan & Harry Bukan Biasa-Biasa, Ia Mencecah 70K Pound Setahun!

    Gaji Pengasuh Anak Meghan & Harry Bukan Biasa-Biasa, Ia Mencecah 70K Pound Setahun!

  • Pengasuh Dera Bayi Sambil Cakap "Anak Jahat", Dirakam Dalam Video, Cukup Kejam!

    Pengasuh Dera Bayi Sambil Cakap "Anak Jahat", Dirakam Dalam Video, Cukup Kejam!

  • Kisah Benar Majikan dan Pembantu: Saya Tangkap Suami Curang Dengan Pembantu Di Rumah Sendiri!

    Kisah Benar Majikan dan Pembantu: Saya Tangkap Suami Curang Dengan Pembantu Di Rumah Sendiri!

  • Gaji Pengasuh Anak Meghan & Harry Bukan Biasa-Biasa, Ia Mencecah 70K Pound Setahun!

    Gaji Pengasuh Anak Meghan & Harry Bukan Biasa-Biasa, Ia Mencecah 70K Pound Setahun!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham