Bayi Perempuan 16 Bulan Melecur Terkena Seterika Jenis Wap Di Belakang Badan

Bayi perempuan 16 bulan melecur selepas terkena seterika yang dipegang oleh kakak sepupunya yang cuba memujuk mangsa ketika menggosok baju.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi perempuan 16 bulan melecur di bahagian belakang badan selepas terkena seterika wap yang dipegang oleh kakak sepupunya secara tidak sengaja ketika sedang bermain dengan sepupunya.

Bayi Perempuan 16 Bulan Melecur Di Belakang Badan Selepas Terkena Seterika

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, ketika kejadian, sepupu mangsa yang berumur setahun mengusik mangsa sehingga menangis.

Pada masa yang sama, kakak sepupunya yang berusia 11 tahun sedang menggosok baju dengan seterika jenis wap air datang untuk memujuk mangsa.

Dan tanpa sengaja mangsa terkena seterika yang dipegang oleh kakak sepupunya itu.

Beliau berkata, kakak sepupunya cuba memujuk mangsa dengan memeluknya sambil memegang seterika kerana bimbang terjatuh.

“Adiknya datang dan seterika terkena pada bahagian belakang badan mangsa,”katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi malang itu kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil

Tips Mencegah Risiko Bayi Melecur Terkena Seterika

Bagi mengelakkan risiko bayi melecur akibat terkena seterik atau benda panas, mungkin beberapa tips ini boleh membantu ibu ayah untuk mencegahnya.

1. Jauhkan Seterika dari Jangkauan Bayi

 Sentiasa letakkan seterika di tempat yang tinggi dan tidak mudah dicapai oleh bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  Simpan seterika di tempat yang selamat selepas digunakan seperti di dalam almari yang berkunci.

2. Gunakan Penyangkut Seterika

Pasang penyangkut seterika di dinding yang tinggi untuk menyimpan seterika dengan selamat selepas digunakan.

3. Matikan dan Cabut Plug

Pastikan seterika dimatikan dan plug dicabut dari soket selepas digunakan.Jangan biarkan seterika dalam keadaan panas tanpa pengawasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Berhati-hati Semasa Menggosok Baju

Jangan menggosok di tempat yang mudah diakses oleh bayi, seperti di lantai atau meja rendah. Gunakan papan seterika yang stabil dan jauh dari jangkauan bayi.

5. Pengawasan Berterusan

Sentiasa awasi bayi anda semasa menggunakan seterika. Jangan biarkan bayi anda bermain berhampiran seterika yang sedang digunakan atau masih panas.

6. Beri Pendidikan Awal

Ajarkan anak anda yang lebih besar tentang bahaya seterika dan mengapa mereka perlu menjauhkan diri daripadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Elakkan Penggunaan Seterika di Hadapan Bayi

Sebolehnya elak menggunakan seterika di hadapan bayi untuk mengelakkan mereka tertarik dan cuba mendekatinya.

Dengan langkah-langkah pencegahan ini, anda dapat mengurangkan risiko bayi melecur akibat terkena seterika dan memastikan keselamatan mereka di rumah.

Cara Merawat Luka Melecur Di Rumah

Kebanyakan luka bakar dan lepuh kecil boleh dirawat di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

  1. Lalukan air sejuk di kawasan lecur selama kira-kira 5 minit. Ia dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan menjadi bengkak yang memburukkan lagi luka.
  2. Balut kulit yang melecur dengan pembalut yang bersih supaya tidak terjadi sebarang risiko jangkitan.
  3. Jangan sesekali sapukan mentega, minyak atau ubatan yang lain pada tempat melecur sebelum mendapatkan nasihat doktor.

Kenal pasti tahap melecur dan sekiranya tidak pasti bawa segera ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera. Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

Baca juga: Bahayanya Membawa Anak Meluncur Papan Gelongsor

Baca juga: Tip-Tip Keselamatan Membenarkan Anak Berjalan Raya

Penulis

Noorhidayah