Selepas Melahirkan 14 Anak Lelaki, Akhirnya Pasangan Ini Dikurniakan Bayi Perempuan, 27 Tahun Menunggu!

Penantian selama 27 tahun akhirnya berbaloi apabila mereka ‘berjaya melahirkan seorang bayi perempuan baru-baru ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sangka setelah 14 kali melahirkan anak lelaki, akhirnya pasangan ini dapat juga merasa kehadiran anak perempuan. Penantian selama 27 tahun akhirnya berbaloi apabila mereka ‘berjaya melahirkan seorang bayi perempuan baru-baru ini.

Bagi pasangan biasa selalunya menetapkan had sekiranya kali 3 atau ke 4 masih tidak dikurniakan anak berlainan jantina maka tak mengapalah mungkin tiada rezeki barangkali. Namun bukan untuk pasangan ini. 

Menurut laporan dari portal Siakap Keli, Kateri Schwandt, 45, menikmati detik indah itu bersama suaminya, Jay Schwandt dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.

“Kami sangat gembira dan begitu teruja untuk menerima ‘kehadiran’ Maggie Jayne dalam keluarga kami.

Anugerah terbesar tahun ini

Menurut laporan India Times, “Tahun ini mungkin sangat mencabar dan mempunyai banyak kisah berbanding tahun-tahun lain, tapi Maggie adalah anugerah terbesar yang kami dapat setakat ini,” kata Jay.

Sementara itu anak sulung mereka, Tyler Schwandt, 28, berkata, “Ibu bapa saya akhirnya dikurniakan seorang bayi perempuan yang mereka sendiri tidak pernah menyangka akan dapat jua akhirnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas Tyler, ada 13 lagi adik-adiknya iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco dan Finley.

Menurut laporan itu lagi, anak lelaki termuda mereka (sebelum kelahiran Maggie), Finley mempunyai nama penuh yang menarik, iaitu Finley Sheboygan.

‘She’s a boy again’, ini kerana pada awalnya dia disangka perempuan, rupanya lelaki lagi.

Kisah menarik di sebalik nama Finley Sheboygan ini pernah menjadi perbualan hangat dan tular di media-media pada 2018 lepas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan Buzz Feed, Kateri pada waktu itu sedang mengandungkan anak yang terakhir (sebelum Maggie).

Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya yang ke-14 itu ialah anak perempuan.

Namun masih tiada rezeki untuk menimang anak perempuan kerana anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya Finley Sheboygan.

‘Sheboygan’ itu merupakan singkatan daripada ‘she’s boy again’ yang bermaksud, anak perempuan yang diidamkan akhirnya ‘menjadi’ lelaki juga.

Mengimbas kembali pertemuan Jay Schwandt dengan isterinya Kateri Schwandt pada usia muda mereka dan berkahwin pada tahun 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka ‘sempat’ memperoleh tiga anak lelaki sebelum tamat pengajian di kolej.

Cara hamil bayi perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahu tak kalau anda teringin sangat mahukan anak perempuan, ada ikhtiarnya. Ini antara cara-cara yang anda boleh cuba! Manalah tahu berkesan nanti. 

Jaga pemakanan anda!

Penyelidikan dari United Kingdom menyatakan ada dua cara hamil bayi perempuan. Pertamanya melalui pemakanan ibu ketika mengandung. Keduanya melalui hubungan seksual suami isteri

Wanita yang ambil makanan mengandungi kalium, kalsium, vitamin C dan B12 cenderung melahirkan bayi lelaki berbanding perempuan. 

Dr. Stoloski menjelaskan, makanan yang perlu dimakan ibu bagi mendapatkan anak perempuan iaitu makanan yang kurang kalium seperti susu, telur, sayuran hijau, buah-buahan kering dan mentega kurang masin. 

Selain itu, anda juga perlu elak makanan masin seperti teh, kopi, mentega masin, jus segar, garam, ikan masin, sos ikan dan jus limau. Selain makanan, anda juga dilarang ambil sebarang bentuk ubat-ubatan. 

Klimaks isteri ketika bersama 

Bila mengimpikan anak perempuan, sebaiknya suami terlebih dahulu mencapai kepuasan sebelum isteri. Ini untuk merangsang sperma X. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahu kitaran haid setiap bulan dan waktu subur 

Bagi wanita yang kitaran haidnya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14 hari, maka itulah waktu subur anda.

Waktu subur ini adalah hari ovum dilepaskan dari ovari. Waktu subur penting kerana ia dapat menentukan sama ada anda boleh dapat bayi perempuan atau lelaki.

Jika anda ingin anak perempuan, kalian perlu bersama dua hari sebelum hari subur. Ini disebabkan kromosom Y, hayatnya pendek dan ia cepat mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X maka terhasilnya XX (perempuan). 

Kalau bayi lelaki, ia jadi terbalik di mana anda perlu bersama ketika waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu dari ovum untuk disenyawakan maka jadilah XY (lelaki). 

Sumber: Siakap Keli, India Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comnama-bayi-perempuan-italia