Bayi Pramatang Ini Dilahirkan Terlalu Awal Sehingga Boleh Lihat Di Dalam Kulitnya!

Ikuti perjuangan bayi kecil ini. Apabila bayi dilahirkan terlalu awal, mereka boleh mengalami banyak komplikasi kesihatan dan peratusan untuk hidup sangat rendah!

Sayu dan terkaku apabila melihat sebuah gambar bayi pramatang 7 bulan yang dilahirkan terlalu awal, sehingga nampak otak, yang telah dikongsi oleh ibunya dengan media tempatan SWNS tidak lama dulu.

Bayi dalam gambar itu berasal dari England dan beliau telah dilahirkan pramatang pada usia 23 minggu. Seluruh badan bayi itu nampak kemerah-merahan disebabkan kulit yang sangat nipis.

Otak bayi itu juga boleh kelihatan disebabkan tengkorak yang belum terbentuk sepenuhnya.

Ibu mula mengalami kontraksi pada 20 minggu

bayi pramatang, tanda bersalin awal, bayi dilahirkan, bayi lahir awal, komplikasi bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, kelahiran bayi pramatang, bayi pramatang selamat

Satu hari, Cheri Price, ibu kepada bayi tersebut telah mengalami kontraksi tiba-tiba ketika berada di rumah. Lendir ‘mucus plug’ yang menutupi ruang rahim pun sudah tertanggal tetapi dia baru hamil 2o minggu! 

Pasangan tersebut kemudiannya terus bergegas ke hospital terdekat. Tetapi malangnya hospital itu tidak mempunyai kemudahan lengkap untuk menjaga bayi pramatang yang kurang dari 24 minggu.

Mereka terpaksa memandu hampir 500km ke hospital lain yang mempunyai kelengkapan lebih baik.

Menurut American College of Obstetricians dan Gynecologists durasi kehamilan normal mengambil masa kira-kira 40 minggu. Risiko kelahiran akan meningkat untuk bayi yang dilahirkan lebih awal dan sangat pramatang.

Kemungkinan bayi yang dilahirkan sebelum 23 minggu untuk hidup adalah sangat kecil!

Bayi pramatang 23 minggu selamat dilahirkan

bayi pramatang, tanda bersalin awal, bayi dilahirkan, bayi lahir awal, komplikasi bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, kelahiran bayi pramatang, bayi pramatang selamat

Sumber gambar: (© Cheri Price / SWNS.com)

Di Hospital Universiti James Cook, doktor telah memberi Cheri ubat untuk menghentikan kontraksinya supaya kehamilan itu dapat dipanjangkan. Tapi tiba-tiba, air ketubannya pecah dan Hailie dilahirkan pramatang pada 23 Februari. 

Sejurus Hailie dilahirkan, dia tidak bernafas selama 7 minit disebabkan komplikasi paru-paru dan terpaksa disedarkan semula melalui alat bantuan pernafasan.

“Apabila Hailie dilahirkan, dia kelihatan seperti makhluk asing yang berwarna merah,” kata ibu yang berusia 22 tahun itu.

Sebenarnya kelahiran bayi pramatang 7 bulan itu adalah berusia 23 minggu, kalau dikira masih tidak sampai 7 bulan.

Oleh sebab Hailie dilahirkan terlalu awal, kulitnya masih belum sempat untuk menghasilkan pigmentasi yang biasanya berlaku pada peringkat akhir kehamilan.

“Dari lahir, Hailie terpaksa tinggal di dalam inkubator dan di bawah jagaan NICU. Kami tidak dapat menyentuhnya dan cuma boleh melihat dari luar inkubator.

Semua saluran darah pada otak Hailie dapat dilihat kerana kulitnya yang begitu nipis. Kami tidak percaya dia masih hidup!” kata Cheri memberitahu SWNS.

Komplikasi bayi pramatang 7 bulan yang ibu bapa perlu tahu

Ini antara komplikasi bayi pramatang yang harus anda tahu.

Komplikasi awal:

  • Masalah pernafasan disebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan dalam paru-paru.
  • Pendarahan otak
  • Penyakit kuning.
  • Masalah penyusuan disebabkan usus bayi
  • Jangkitan darah, radang paru-paru, jangkitan selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus.
  • Penyakit retina bayi pramatang (Retinopathy of Prematurity) – pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik
  • Salur darah di antara jantung dan paru-paru tidak tertutup yang boleh menyebabkan kesesakan atau kegagalan jantung.
  • Kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat:

  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidak upayaan untuk belajar
  • Perkembangan lambat
  • Pembesaran perlahan

Gambar Hailie 1 tahun kemudian..

bayi pramatang, tanda bersalin awal, bayi dilahirkan, bayi lahir awal, komplikasi bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, kelahiran bayi pramatang, bayi pramatang selamat

Sumber gambar: (© Cheri Price / SWNS.com)

Tapi bayi pramatang yang berusia 23 minggu ini kuat. Hailie berjaya mengharungi semua cabaran dan beliau kini menjadi bayi yang sihat. 

Pada usia 3 bulan, Hailie didiagnosis dengan penyakit retina bayi pramatang (Retinopathy of Prematurity) dan berisiko buta seumur hidup. Nasib baik retina yang sedang menghadapi masalah perkembangan itu berjaya diselamatkan oleh doktor dan Hailie tidak kehilangan penglihatannya.

Setelah lama berada di NICU, Hailie akhirnya dibenarkan untuk pulang ke rumah June tahun lepas.

Tahniah Hailie! Anda memang bayi yang kuat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Pramatang Usia 23 Minggu Ini Selamat, Terima Kasih Pada Beg Plastik!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!