Bayi Pramatang Bertarung Nyawa Berjaya Diselamatkan Oleh Kembarnya

Apa yang dilakukan oleh bayi kembar ini sungguh meruntun kalbun. Si adik berhenti menangis apabila diletakkan berhampiran kakakknya. Mari baca kisah ini. Selain itu, ketahui juga risiko kelahiran pramatang dan cara untuk menanganinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk beberapa minggu, keadaan di Massachusetts Memorial Hospital agak mendebarkan apabila pasangan bayi kembar pramatang ini telah dilahirkan 12 minggu terlalu awal. 

Kyrie dan Brielle Jackson sangat kecil dengan berat badan hanya satu kilo seorang, dan prospek kehidupan mereka yang kurang cerah; tidak mampu hidup lama. 


Apabila mereka dilahirkan, kedua-dua adik-beradik pramatang itu telah dipisahkan ke dalam dua inkubator yang berbeza.

Walaupun Kyrie mula stabil selepas beberapa hari dan berjaya menambahkan berat badan, prognosis doktor untuk Brielle pula kurang baik. 

Kalau keadaannya tidak bertambah baik, doktor berpendapat dia mungkin tidak akan bertahan lama…

Kuasa ikatan emosi anak kembar

Ada satu ketika, bayi Brielle menangis tanpa henti sehingga termengah dan wajahnya bertukar biru!

Jururawat Gayle Kasparian dari Newborn Intensive Care Unit (NICU) telah mencuba segalanya untuk menenangkan si kecil itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Brielle telah didukung, dibedung dan hidungnya disedut supaya saluran pernafasannya tidak tersumbat.

Tetapi baby Brielle masih tidak berhenti menangis.

Kemudian, jururawat Gayle teringat tentang prosedur yang pernah dilakukan di Eropah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lalu, dia meletakkan Brielle ke dalam inkubator kakaknya, Kyrie

Bayi Brielle seolah-olah dapat merasakan kehadiran kakaknya dan telah berhenti menangis. Sungguh menakjub dan mengharukan! 

Tahap ketepuan oksigen darahnya, yang pada mulanya sangat rendah, telah mula meningkat naik.

Dia mula bernafas dengan tenang dan warna wajahnya juga telah beransur normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan Brielle semakin stabil beberapa minggu kemudian dan kesihatannya juga bertambah baik.

Gambar Kyrie and Brielle Jackson yang diambil oleh Chris Christo, Worcester Telegram & Gazette.

Awww…sweet sungguh dua beradik kecil ini. Mereka menyokong emosi antara satu sama lain walaupun masih tidak mampu mengerti apa-apa!

Punca kelahiran bayi pramatang 

Adakah anda tahu punca kelahiran bayi pramatang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya, kebanyakan kelahiran pramatang berlaku secara tiba-tiba sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui.

Ia boleh berlaku kepada semua ibu hamil, termasuklah mereka yang sihat dan yang telah melakukan penjagaan diri dan bayi yang terbaik sepanjang kehamilan itu!

Walaupun begitu, masih ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kelahiran sebegini.

Faktor-faktor mengapa ibu hamil berisiko tinggi untuk mengalami kelahiran pramatang

Antaranya adalah:

  • sejarah kelahiran pramatang dalam keluarga
  • komplikasi mengandung seperti pra-eklampsia dan plasenta yang terasing dari dinding rahim sebelum bersalin
  • jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal
  • kecacatan pada bayi, serviks, rahim dan plasenta
  • pendarahan rahim semasa mengandung
  • mengandung terlalu kerap
  • merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung
  • kehamilan kembar
  • serviks tidak mampu tutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage
  • kekurangan rawatan dan penjagaan kehamilan
  • hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun

5 Manfaat Mempunyai Anak Semasa Usia Tua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko kelahiran pramatang kepada bayi

Bayi pramatang lebih terdedah kepada banyak masalah yang boleh membawa maut.

Ini disebabkan oleh organ-organnya yang belum cukup matang dan perlu mendapatkan rawatan hospital yang lengkap dengan perkhidmatan ICU kanak-kanak.

Semakin awal bayi itu dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihadapinya!

Terutamanya, jika bayi tersebut kurang dari 32 minggu atau kurang dari 1 kg. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi adalah:

  • kesusahan untuk bernafas secara normal,
  • kesejukan,
  • kesukaran menyusu,
  • masalah pada penglihatan,
  • usus dan saraf otak bayi.

Penjagaan Bayi Pramatang Perlu Lebih Perhatian, Ibu Ayah Perlu Pastikan 5 Perkara Ini

Kaedah “Kangaroo care”

Kaedah yang boleh digunakan untuk menstabilkan bayi pramatang adalah “Kangaroo care.”

“Kangaroo care” adalah istilah untuk hubungan kulit ke kulit yang berpanjangan antara bayi dengan ibu bapa atau penjaga.

Teknik ini telah diberikan nama sebegitu kerana persamaannya dengan haiwan kanggaru yang menggunakan kantung untuk menjaga anak-anak mereka.

Ia melibatkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi pramatang, dimana bayi itu hanya memakai lampin dan ditutup dengan selimut, kemudian diletakkan di atas dada ibu bapanya yang terdedah (nampak kulit). 

Kaedah ini amat berkesan untuk bayi pramatang yang sangat lemah dan mempunyai kulit hampir senipis tisu apabila dilahirkan.

Mereka yang menyokong kaedah ini mengatakan yang ia mempunyai kesan yang menakjubkan.

Antaranya seperti kadar denyutan jantung yang lebih stabil, pernafasan yang lebih baik, kepuasan emosi yang lebih tinggi dan tidur yang lebih nyenyak.

Tolong! Bayi Asyik Nak Dukung & Bayi Menangis Bila Di Letak! Apa Patut Saya Buat?

Apa doktor akan lakukan untuk mengelakkan kehamilan pramatang?

Kalau boleh, doktor akan cuba sedaya upaya untuk memanjangkan kehamilan selewat mungkin supaya kandungan mempunyai peluang untuk mencapai tahap kematangannya.

Ubat untuk memberhentikan atau mengurangkan kontraksi akan diberikan kepada ibu hamil tersebut, dengan harapan ia akan berkesan untuk mengelakkan kelahiran pramatang!

Sumber: SnopesKementerian Kesihatan Malaysia

Penulis

Rosanna Chio