Rambut Bayi Comel Bila Lebat, Tapi Betul Ke Jadi Lagi Lebat Lepas Dicukur?

Bayi rambut lebat memang comel, ini antara tips yang boleh dicuba untuk bayi anda miliki rambut lebat dan sihat! Antaranya kena cukur, betul ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa mana yang tak nak bayi rambut lebat, kan? Seronoknya kalau bayi rambut lebat. Nampak macam “Trojan” ha kadang-kadang! 😀 

Tapi, pernah tak anda dengar nama baby Chanco? Chanco yang baru berusia tujuh bulan ini sudah mempunyai 168K followers di Instagram.

Ini semua gara-gara dia dilahirkan dengan rambut hitam lembat yang sangat cantik! Tak percaya? Lihatlah sendiri. 

Bayi rambut lebat disukai orang dari seluruh dunia

Comel sungguh, kan? Bayi perempuan ini keluar dari perut ibunya dengan kepala yang penuh rambut pada Disember 2017.

Ibunya mula memuat naik gambar-gambar Chanco di Instagram pada bulan Mei lalu semasa dia baru saja berusia 4 bulan. Dia menggayakan rambut yang dikagumi ramai!

Baby Chanco mula digilai ramai netizen di seluruh dunia selepas diari rambutnya menjadi viral di media sosial.

Anda pun boleh agak kenapa dia menjadi popular dengan melihat gambar-gambarnya di bawah ini, kan?

Bayi ini mempunyai rambut yang epik digabungkan pula dengan pipi yang gebu dan mata yang besar dan bulat, memang buat kita tak berhenti-heti memujinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam beberapa gambarnya di Instagram,  ibunya ada menggayakan rambut Chanco dengan riben dan klip rambut.

Tapi kebanyakannya dibiarkan saja dan tetap comel dengan pipinya yang tembam. 

Tips bayi rambut lebat

Foto ehsan siraplimau

Ramai peminat yang bertanyakan rahsia di sebalik rambut Chanco yang lebat. Tapi, ibu bapa Chanco tak mendedahkan rahsianya kepada media lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun begitu, untuk tak mengecewakan anda, kami menyediakan beberapa tips untuk lebatkan rambut bayi seperti di bawah ini:

  • Campur sedikit madu dan sedikit minyak zaitun dan sapukan di kepala bayi setiap hari untuk melebat dan menghitamkan rambut. Biarkan seketika dan basuh hingga bersih.
  • Ambil sedikit minyak kelapa dan perah sedikit jus lemon. Lumur pada kepala bayi di waktu malam. Bilas di pagi hari.
  • Campur santan kelapa, madu dan buah avakado untuk dilumurkan di kepala bayi. Biarkan beberapa minit dan basuh hingga bersih.
  • Lumatkan beberapa biji pisang dan campurkan dengan sedikit madu dan minyak zaitun. Jika ada yogurt, tambahkan sekali. Lumur di kepala bayi, biarkan beberapa minit, dan basuh.
  • Kisar daun aloe vera dengan air. Tapis dan basuh kepala bayi dengan jus aloe vera ini.
  • Pernah dengar tentang minyak rambut Zam-zam? Minyak rambut ini biasa digunakan oleh kaum India untuk mendapatkan rambut yang hitam dan lebat dan ianya sangat mujarab. Cari saja di kedai-kedai runcit, pasti ada!

Betulkah selepas cukur rambut jadi lebat?

Menurut Leonica Kei, seorang pengarah dan trikologis kanan di Philip Kingsley Trichological Centre, Singapura, tekstur rambut anak anda telah diperolehi secara genetik sejak lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi telah dilahirkan bersama semua folikel rambut yang mereka akan ada.

Folikel rambut ialah poket sel di dalam kulit kepala yang akan menghasilkan rambut. Lebih banyak bilangan folikel, lebih banyak rambut yang akan tumbuh.

Mencukur sudah tentu tidak mengubah folikel yang tertanam di dalam kulit kepala bayi anda. Ini bermakna, mencukur tidak menyebabkan rambut anak anda sihat dan cantik, dan terbukti tidak melebatkan rambut anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, berterima kasihlah kepada genetik. Malah, ramai pakai menasihatkan ibu bapa untuk melambatkan mencukur kepala bayi kerana risau akan kecederaan kerana kulit kepala bayi adalah sangat lembut.

Malah di atas kepala bayi terdapat fontanellla (umbun-umbun) yang sangat lembut kerana tulang otak belum bersambung sepenuhnya.

Mengapa Rambut Bayi Kelihatan Berlainan Dari Rambut Asal?

Sebenarnya terdapat jawapan yang baik untuk persoalan ini.

Bayi dilahirkan dengan rambut vellus, iaitu pendek, halus dan pigmen tidak cantik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi berusia dua bulan, rambut asal ini akan digantikan oleh lush, iaitu rambut matang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Rambut Bayi Tumbuh Tak Sekata Sebab Cukur Bantal? Ini Penjelasannya

Penulis

Nadia Ghafar